JEPUNIAGA | LUBUK KAMERA DIGITAL TERPAKAI

/
6 000 Comments
March 10, 2018
JEPUNIAGA | LUBUK KAMERA DIGITAL TERPAKAI. Salam. Haaaa macam dah lama kan tak update berkenaan fotografi. Maklumlahh busy yakmat weyhh. Ini pun amik masa nak edit gambar client minggu lepas. Bercakap pasal fotografi nih, Uyul baru berkecimpung dalam dunia fotografi selama setahun 10 bulan. Mungkin rasa macam eh dah hampir dua tahun. Tapi kalau diikutkan job wedding tak adalah banyak mana. Banyak lagi Uyul nak kena belajar. Uyul start cari sifu pada awal tahun 2017, dan beberapa kali ikut turut serta outing anjuran fotografer Batu Pahat.

Sebelum Uyul bercerita lanjut, korang jemputlah baca perkongsian Uyul dalam entri  ini >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/05/terjebak-dengan-dunia-fotografi.html dan juga yang ini >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/02/kelas-fotografi-bersama-otai-uyuldslr.html. Eh ada lagi, baca yang ini jugakkkk >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/07/sifu-ucap-tahniah.html. Wajib baca! Hahaha. Kalau takkkkkkkkkkk, tak nak kawan. Kahkahkah lempang meninggal. Takdelaaa gurau je. Baca lahh kalau sudi. 

Seronok sebenarnya terjun dalam bidang yang kita minat. Ehhh minat ke at the first place? Tahhh, dia sebenarnya masa tuh join fotografi pun sebab rasa tercabar dengan Faizi gonjeng! Hahaha kalau siapa baca entri kat atas tuh tahu lahh kenapa boleh terterjun masuk bidang yang tak pernah termimpi langsung akan terjun bersama labu labunya. Eh?? Hahaha.

Korang tahu tak, dalam bidang fotografi, gear atau dalam bahasa mudahnya gajet, amatlah penting dari segi penggunaanya dan sejauh mana mampu gajet korang tuh boleh sehabis daya hasilkan foto yang terbaik. Kalau ikutkan setiap kelas yang Uyul hadiri bersama sifu, sifu tak kan lupa nasihatkan "Kenali kemampuan gajet anda. Pastikan anda tahu sejauh mana gajet anda boleh hasilkan foto yang terbaik." Buat masa sekarang, Uyul menggunakan body Canon 550D dan Canon 5D Mark ii. Manakala lens, Uyul menggunakan Canon 50mm f1.8, Sigma 24mm f1.8 dan kit lens untuk 550D. Kalau orang nak tahu, kesemua harga untuk aset Uyul dalam bidang fotografi nih bernilai RM7k++. Ya, harga untuk kamera DSLR dan accessories dia bukan murah ye anak anak. Tapi tak ada lah invest RM7k sekelupuk. Kumpul sikit sikit awak. Ada duit upgrade lens, upgrade body. Kesemua asset fotografi Uyul ni Uyul beli yang terpakai je awak. Kalau nak beli yang new set emangnya tak cukup RM7k. Korang ada yang teringin nak beli kamera digital terpakai? Jom ikuti tips membeli kamera digital terpakai.


TIPS MEMBELI KAMERA DIGITAL TERPAKAI

Terdapat 5 tips semasa membeli kamera digital terpakai. Antaranya:

1. Periksa Bilangan Shutter Count



Sangat penting untuk memeriksa bilangan shuttter count untuk setiap kamera terpakai yang dibeli. Sebaik baiknya, korang yang nak beli kamera terpakai, carilah yang mempunyai shutter count bawah 10k. Contohlah, korang nih memang aktif mengambil gambar, limit untuk bilangan shutter count hanya 100k, sekiranya shutter count sedia ada sudah melebihi 50k, korang cuma boleh gunakan kamera korang dalam tempoh sekejap je. Macam Uyul, kalau satu wedding je dah ketik sampai 1000++, 10 wedding dah 10k. Tapi mustahil lah hanya 1000 gambar kan untuk setiap wedding? So selamat lahh kalau korang dapat kamera terpakai yang shutter countnya sedikit sahaja.


2. Periksa Sensor



Menurut perkongsian rakan fotografer Uyul, korang kena periksa senso korang untuk mencari titik dust atau masalah lain seperti calar pada sensor. Masalah pada sensor nih sememangnya boleh diservis, tapi duit nak keluar lagi lahh pulak kalau dust terlalu banyak. Baiklah korang cari yang betul betul elok.


3. Periksa Keadaan Fizikal Kamera



Untuk pemeriksaan keadaan fizikal kamera, yang nih mudah dilakukan sebab korang boleh nampak dengan mata kasar dan sentuhan jari je. Korang periksa lahh kot kot body ada calar ke, kemek ke. Atau getah tercabut ke kan. Kebiasaannya benda benda camni tak lah mengurangkan mutu gambar korang, cuma body kamera dah tak cun ahh. Tak secun noghadanishhhh katanya. So, beli memahal, mestilah nak body lawa kebabom. Ye dak?



4. Periksa Kelancaran Auto-Fokus



Sangat penting untuk periksa kelancaran Auto-Fokus. Caranya korang kena lah pasangkan lens pada kamera dan try test tengok dia fokus dengan baik ke tidak. Cubaa fokus subject jauh dengan menggunakan mode live view. Then korang zoom gambar yang dah di snap, tengok ahh fokus ke tak fokus. Kamera Uyul sekarang pun mengalami masalah back focus tapi dah belajar untuk calibrate body dan lens, so takde masalah untuk Uyul.


5. Bawa Bersama Orang yang Mahir Semasa Membeli
Yang ini paling penting ah. Kalau korang baru pertama kali nak beli kamera, lagi lagi yang terpakai, sila bawa bersama orang yang mahir semasa membeli. Secara tak langsung dia boleh tolong korang periksa kamera korang. Ye laaa dah tak mahir kan, jangan lah buat buat pandai. Hahaha. Uyul masa nak beli 5D pun bawak member kalau tak memang bodoh bodoh alam je laa. Buat buat pandai.


So cukup la ekkk 5 tips je dulu. Dan dan dan! Untuk cik abang cik akak yang sememangnya berkecimpung dalam dunia fotografi, korang tahu tak lubuk kamera digital terpakai yang murah yakmatt kat mana?? Kalau tak tahu, nih nak habaq maihhh. Korang pernah dengar nama Jepuniaga dak??




Jepuniaga nih tak asing dah dalam dunia fotografi. Uyul tahu berkenaan dengan servis mereka pun dari sifu. Itu pun sebab sifu suruh Uyul calibrate body dan lens 24mm Uyul malang sekali buat masa sekarang Jepuniaga tak tawarkan servis tersebut. Mungkin in future pemilik boleh lah tawarkan servis tersebut semula.


JOM KENALI JEPUNIAGA
Jepuniaga memulakan perniagaan pada 1 Januari 2013. Pada ketika itu pemiliknya masih menetap di negara Jepun. Namun, tak usah bimbang, korang dah tak payah pergi Jepun dah. Sebabnya Jepuniaga telah meneruskan perniagaannya di Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.



Sebenarnya, Jepuniaga bukan sahaja menawarkan kamera terpakai sahaja. Bahkan kamera baru pun ada. Ikut bajet korang lah nak baru ke nak yang terpakai. Semua hadooo. Dan di Jepuniaga, kamera DSLR yang dijual adalah dari jenama Nikon, Canon, Fujifilm, Leica dan Pentax.

Selain barang kamera, jangan tak tahu, Jepuniaga pun ada jual Macbook. Haaa ngam lahhh. Nanti nak survey Macbook boleh laaa Uyul ke Jepuniaga je. Harga pun murah weyhh. Bahkan kos penghantaran untuk kamera, lens, dan Macbook adalah percuma. Cuma untuk iMac akan dikenakan caj tambahan.



INFO JEPUNIAGA
Instagram: @jepuniaga
No. Telefon: 011-37740744
Alamat: Lot 4, Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.




YOU MAY ALSO LIKE:

6 comments:

  1. Menarik Jepuniaga. Ada Macbook tuuuuuu, harga pun macam ok. Nak beli baru mahai sangat, erk.
    Good luck ye Uyul in photography. Buat apa yg kita suka, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. senanglah uyul nak survey kan...hehe

    ReplyDelete
  3. dah dekat dah senang nak terjah jepuniaga..hehehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum uyul....lama dah x singgah ke sini...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. Jepuniaga memang sangat terkenal jual kamera terpakai

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>