APAHAL MENGADA NGADA SANGAT UYUL

/
5 000 Comments
March 09, 2018
APAHAL MENGADA NGADA SANGAT UYUL | Salam. Uyul je ke yang ada masalah mengada ngada terlampau? Clingy macam budak budak tak dapat mainan? Ikut kata emosi yang madah nak merajuk, marah marah tak tentu pasal? Yeahhh thats me. Teruknya MashaAllah. Apahal perangai macam budak budak nih.

Tak de lah, kisahnya Uyul ada nampak satu video nih dekat Instagram. So rasanya macam terkena batang hidung sendiri pulak. Sebab dia punya marah tuh, mengada ngada tuh nak orang pujuk ehhhh sebijik. Hahaha.



Mood perempuan nih mudah betul kan swing swing. Uyul lagi lah. Uyul tak paham kenapa emosi nih selalu sangat tak stabil. Ada je benda yang nak jadi isu marah. Ada je benda nak jadi isu merajuk. Ada je laaaa sikit sikit nak angin. Ehhhh tolong lahh ubah perangai tuh sikit. Kesian kat bakal suami nak adapt perangai kita yang macam tah apa apa nih.

Hahaha. Kesian sebenarnya dekat Syahrul. Bila Uyul ngadu lapar, dia ajak keluar Uyul refuse. Bila dia suruh masak nasi goreng, Uyul pulak mengada ngada "Ehhh awak nih tak paham ke saya nak awak datang amik saya kita pergi makan luar." Cehhh tapi cakap dalam hati je lahhh mampu. Nak reply WhatsApp dia macam tuh boleh jadi gaduh hahaha. Banyak je sebab boleh buat gaduh weyh. Lagi lagi kalau mengada datang tuh, cakap je laaa nak makan kat KFry, nih main dolak dalih lepas tuh Syahrul pulak terus tak pandai nak pujuk aku, lantak kau lahh sana Uyul. Craving lahh kau sana sorang sorang.

Tapi naseb baik ahh Syahrul nih penyabar orang nya. Sampai kan satu tahap tuh, Uyul balik kampung, bagitahu Mak Abah yang Uyul tak jadi kahwin. Mak Abah terus monyok ahh. Dia macam nak tahu lahh apa masalah sampai Uyul nak cancel kahwin. Bila Uyul cerita kat adik adik Uyul yang kami asek gaduh, hamek kau sebijik, "Kau nih kan Longgg cuba lahh jangan macam budak budakkk! Kau boleh tak mengalahhhh!! Kau boleh tak jangan ego!" Huwarghh tak masal gara gara emosi tak terkawal, dah kena maki dengan adik adik tau. Endup, rendahkan ego nih pujuk lah hati sendiri sambil sambil pujuk Syahrul hahahahaha.

Haihhh lahhh mengada ngada nih normal ke? Ye laaa dah lama tak bercinta almost 4 years kan, so bila nak start hubungan baru, dia terus tak pandai tau. Kerja nak emosi je, kerja nak marah je. Dah laaa Cik Abang tuh anak sulong, kita ni pun anak sulong. Masing masing nak tunjuk ego. Cemana ni nak kahwin nih. Karang dah kahwin, nak ikut lagi emosi dan perasaan dalam buat keputusan memang ke jinjang mahkamah lah jawabnya. Tolonglahh Uyul jadi matang sikit. Hahahaha kelakar betul lahh dah tua tua nak merajuk sumpah kelakar. Nak kahwin pun masih mengada ngada. Ehhh dah kena sekolah dengan kawan kawan dengan adik adik semua baru lahhh nak tersedar dari lamunan yang panjang.

Tengok ahh video kat atas tuh. Elehhh siap suruh read my mind bagai. Lelaki nih bukan paham pun laa apa dalam hati tu nak. Terus terang je senang. Mengada ngada betul. Tapi korang korang yang lelaki nih, jangan lah amik mudah kalau pasangan korang kuat merajuk, kuat sentap. Korang amiklah inisiatif cari punca dia. Pahtu kalau tak pandai pujuk tuhh pandai pandai kan lahhhhh.

Kalau nak pujuk Uyul? Senang je, bawak je pergi kedai makan! Hahaha. Patutlahh gemok tak sudah sudah. :p



Regards,
Uyul Cantik



YOU MAY ALSO LIKE:

5 comments:

  1. seronok jugak ek bawak g kedai makan

    ReplyDelete
  2. Hehehe ena ni pulak jenis terus terang. Tak suka terus cakap. Tak suka sakitkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. hahaha
    bawa gi kedai makan sekali makanan tak sedap
    haha

    ReplyDelete
  4. hahaha perempuan mmg akan ada mood yg mcm tuhh :D
    follow sini #803

    ReplyDelete
  5. sy pun sama mmg x tau mengape hahaha
    Liza Razak

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>