JEPUNIAGA | LUBUK KAMERA DIGITAL TERPAKAI. Salam. Haaaa macam dah lama kan tak update berkenaan fotografi. Maklumlahh busy yakmat weyhh. Ini pun amik masa nak edit gambar client minggu lepas. Bercakap pasal fotografi nih, Uyul baru berkecimpung dalam dunia fotografi selama setahun 10 bulan. Mungkin rasa macam eh dah hampir dua tahun. Tapi kalau diikutkan job wedding tak adalah banyak mana. Banyak lagi Uyul nak kena belajar. Uyul start cari sifu pada awal tahun 2017, dan beberapa kali ikut turut serta outing anjuran fotografer Batu Pahat.

Sebelum Uyul bercerita lanjut, korang jemputlah baca perkongsian Uyul dalam entri  ini >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/05/terjebak-dengan-dunia-fotografi.html dan juga yang ini >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/02/kelas-fotografi-bersama-otai-uyuldslr.html. Eh ada lagi, baca yang ini jugakkkk >>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/07/sifu-ucap-tahniah.html. Wajib baca! Hahaha. Kalau takkkkkkkkkkk, tak nak kawan. Kahkahkah lempang meninggal. Takdelaaa gurau je. Baca lahh kalau sudi. 

Seronok sebenarnya terjun dalam bidang yang kita minat. Ehhh minat ke at the first place? Tahhh, dia sebenarnya masa tuh join fotografi pun sebab rasa tercabar dengan Faizi gonjeng! Hahaha kalau siapa baca entri kat atas tuh tahu lahh kenapa boleh terterjun masuk bidang yang tak pernah termimpi langsung akan terjun bersama labu labunya. Eh?? Hahaha.

Korang tahu tak, dalam bidang fotografi, gear atau dalam bahasa mudahnya gajet, amatlah penting dari segi penggunaanya dan sejauh mana mampu gajet korang tuh boleh sehabis daya hasilkan foto yang terbaik. Kalau ikutkan setiap kelas yang Uyul hadiri bersama sifu, sifu tak kan lupa nasihatkan "Kenali kemampuan gajet anda. Pastikan anda tahu sejauh mana gajet anda boleh hasilkan foto yang terbaik." Buat masa sekarang, Uyul menggunakan body Canon 550D dan Canon 5D Mark ii. Manakala lens, Uyul menggunakan Canon 50mm f1.8, Sigma 24mm f1.8 dan kit lens untuk 550D. Kalau orang nak tahu, kesemua harga untuk aset Uyul dalam bidang fotografi nih bernilai RM7k++. Ya, harga untuk kamera DSLR dan accessories dia bukan murah ye anak anak. Tapi tak ada lah invest RM7k sekelupuk. Kumpul sikit sikit awak. Ada duit upgrade lens, upgrade body. Kesemua asset fotografi Uyul ni Uyul beli yang terpakai je awak. Kalau nak beli yang new set emangnya tak cukup RM7k. Korang ada yang teringin nak beli kamera digital terpakai? Jom ikuti tips membeli kamera digital terpakai.


TIPS MEMBELI KAMERA DIGITAL TERPAKAI

Terdapat 5 tips semasa membeli kamera digital terpakai. Antaranya:

1. Periksa Bilangan Shutter Count



Sangat penting untuk memeriksa bilangan shuttter count untuk setiap kamera terpakai yang dibeli. Sebaik baiknya, korang yang nak beli kamera terpakai, carilah yang mempunyai shutter count bawah 10k. Contohlah, korang nih memang aktif mengambil gambar, limit untuk bilangan shutter count hanya 100k, sekiranya shutter count sedia ada sudah melebihi 50k, korang cuma boleh gunakan kamera korang dalam tempoh sekejap je. Macam Uyul, kalau satu wedding je dah ketik sampai 1000++, 10 wedding dah 10k. Tapi mustahil lah hanya 1000 gambar kan untuk setiap wedding? So selamat lahh kalau korang dapat kamera terpakai yang shutter countnya sedikit sahaja.


2. Periksa Sensor



Menurut perkongsian rakan fotografer Uyul, korang kena periksa senso korang untuk mencari titik dust atau masalah lain seperti calar pada sensor. Masalah pada sensor nih sememangnya boleh diservis, tapi duit nak keluar lagi lahh pulak kalau dust terlalu banyak. Baiklah korang cari yang betul betul elok.


3. Periksa Keadaan Fizikal Kamera



Untuk pemeriksaan keadaan fizikal kamera, yang nih mudah dilakukan sebab korang boleh nampak dengan mata kasar dan sentuhan jari je. Korang periksa lahh kot kot body ada calar ke, kemek ke. Atau getah tercabut ke kan. Kebiasaannya benda benda camni tak lah mengurangkan mutu gambar korang, cuma body kamera dah tak cun ahh. Tak secun noghadanishhhh katanya. So, beli memahal, mestilah nak body lawa kebabom. Ye dak?



4. Periksa Kelancaran Auto-Fokus



Sangat penting untuk periksa kelancaran Auto-Fokus. Caranya korang kena lah pasangkan lens pada kamera dan try test tengok dia fokus dengan baik ke tidak. Cubaa fokus subject jauh dengan menggunakan mode live view. Then korang zoom gambar yang dah di snap, tengok ahh fokus ke tak fokus. Kamera Uyul sekarang pun mengalami masalah back focus tapi dah belajar untuk calibrate body dan lens, so takde masalah untuk Uyul.


5. Bawa Bersama Orang yang Mahir Semasa Membeli
Yang ini paling penting ah. Kalau korang baru pertama kali nak beli kamera, lagi lagi yang terpakai, sila bawa bersama orang yang mahir semasa membeli. Secara tak langsung dia boleh tolong korang periksa kamera korang. Ye laaa dah tak mahir kan, jangan lah buat buat pandai. Hahaha. Uyul masa nak beli 5D pun bawak member kalau tak memang bodoh bodoh alam je laa. Buat buat pandai.


So cukup la ekkk 5 tips je dulu. Dan dan dan! Untuk cik abang cik akak yang sememangnya berkecimpung dalam dunia fotografi, korang tahu tak lubuk kamera digital terpakai yang murah yakmatt kat mana?? Kalau tak tahu, nih nak habaq maihhh. Korang pernah dengar nama Jepuniaga dak??




Jepuniaga nih tak asing dah dalam dunia fotografi. Uyul tahu berkenaan dengan servis mereka pun dari sifu. Itu pun sebab sifu suruh Uyul calibrate body dan lens 24mm Uyul malang sekali buat masa sekarang Jepuniaga tak tawarkan servis tersebut. Mungkin in future pemilik boleh lah tawarkan servis tersebut semula.


JOM KENALI JEPUNIAGA
Jepuniaga memulakan perniagaan pada 1 Januari 2013. Pada ketika itu pemiliknya masih menetap di negara Jepun. Namun, tak usah bimbang, korang dah tak payah pergi Jepun dah. Sebabnya Jepuniaga telah meneruskan perniagaannya di Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.



Sebenarnya, Jepuniaga bukan sahaja menawarkan kamera terpakai sahaja. Bahkan kamera baru pun ada. Ikut bajet korang lah nak baru ke nak yang terpakai. Semua hadooo. Dan di Jepuniaga, kamera DSLR yang dijual adalah dari jenama Nikon, Canon, Fujifilm, Leica dan Pentax.

Selain barang kamera, jangan tak tahu, Jepuniaga pun ada jual Macbook. Haaa ngam lahhh. Nanti nak survey Macbook boleh laaa Uyul ke Jepuniaga je. Harga pun murah weyhh. Bahkan kos penghantaran untuk kamera, lens, dan Macbook adalah percuma. Cuma untuk iMac akan dikenakan caj tambahan.



INFO JEPUNIAGA
Instagram: @jepuniaga
No. Telefon: 011-37740744
Alamat: Lot 4, Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.


APAHAL MENGADA NGADA SANGAT UYUL | Salam. Uyul je ke yang ada masalah mengada ngada terlampau? Clingy macam budak budak tak dapat mainan? Ikut kata emosi yang madah nak merajuk, marah marah tak tentu pasal? Yeahhh thats me. Teruknya MashaAllah. Apahal perangai macam budak budak nih.

Tak de lah, kisahnya Uyul ada nampak satu video nih dekat Instagram. So rasanya macam terkena batang hidung sendiri pulak. Sebab dia punya marah tuh, mengada ngada tuh nak orang pujuk ehhhh sebijik. Hahaha.



Mood perempuan nih mudah betul kan swing swing. Uyul lagi lah. Uyul tak paham kenapa emosi nih selalu sangat tak stabil. Ada je benda yang nak jadi isu marah. Ada je benda nak jadi isu merajuk. Ada je laaaa sikit sikit nak angin. Ehhhh tolong lahh ubah perangai tuh sikit. Kesian kat bakal suami nak adapt perangai kita yang macam tah apa apa nih.

Hahaha. Kesian sebenarnya dekat Syahrul. Bila Uyul ngadu lapar, dia ajak keluar Uyul refuse. Bila dia suruh masak nasi goreng, Uyul pulak mengada ngada "Ehhh awak nih tak paham ke saya nak awak datang amik saya kita pergi makan luar." Cehhh tapi cakap dalam hati je lahhh mampu. Nak reply WhatsApp dia macam tuh boleh jadi gaduh hahaha. Banyak je sebab boleh buat gaduh weyh. Lagi lagi kalau mengada datang tuh, cakap je laaa nak makan kat KFry, nih main dolak dalih lepas tuh Syahrul pulak terus tak pandai nak pujuk aku, lantak kau lahh sana Uyul. Craving lahh kau sana sorang sorang.

Tapi naseb baik ahh Syahrul nih penyabar orang nya. Sampai kan satu tahap tuh, Uyul balik kampung, bagitahu Mak Abah yang Uyul tak jadi kahwin. Mak Abah terus monyok ahh. Dia macam nak tahu lahh apa masalah sampai Uyul nak cancel kahwin. Bila Uyul cerita kat adik adik Uyul yang kami asek gaduh, hamek kau sebijik, "Kau nih kan Longgg cuba lahh jangan macam budak budakkk! Kau boleh tak mengalahhhh!! Kau boleh tak jangan ego!" Huwarghh tak masal gara gara emosi tak terkawal, dah kena maki dengan adik adik tau. Endup, rendahkan ego nih pujuk lah hati sendiri sambil sambil pujuk Syahrul hahahahaha.

Haihhh lahhh mengada ngada nih normal ke? Ye laaa dah lama tak bercinta almost 4 years kan, so bila nak start hubungan baru, dia terus tak pandai tau. Kerja nak emosi je, kerja nak marah je. Dah laaa Cik Abang tuh anak sulong, kita ni pun anak sulong. Masing masing nak tunjuk ego. Cemana ni nak kahwin nih. Karang dah kahwin, nak ikut lagi emosi dan perasaan dalam buat keputusan memang ke jinjang mahkamah lah jawabnya. Tolonglahh Uyul jadi matang sikit. Hahahaha kelakar betul lahh dah tua tua nak merajuk sumpah kelakar. Nak kahwin pun masih mengada ngada. Ehhh dah kena sekolah dengan kawan kawan dengan adik adik semua baru lahhh nak tersedar dari lamunan yang panjang.

Tengok ahh video kat atas tuh. Elehhh siap suruh read my mind bagai. Lelaki nih bukan paham pun laa apa dalam hati tu nak. Terus terang je senang. Mengada ngada betul. Tapi korang korang yang lelaki nih, jangan lah amik mudah kalau pasangan korang kuat merajuk, kuat sentap. Korang amiklah inisiatif cari punca dia. Pahtu kalau tak pandai pujuk tuhh pandai pandai kan lahhhhh.

Kalau nak pujuk Uyul? Senang je, bawak je pergi kedai makan! Hahaha. Patutlahh gemok tak sudah sudah. :p



Regards,
Uyul Cantik

NGETEH LEPAS OFFICE HOUR DI D'QASEH | Salam. Kisahnya semalam lepas balik dari kerja nak kena ke Pejabat Pos. Biasalah awal bulan kan nak pos Statement of Account untuk defaulter. Disebabkan sejak dua tiga bulan nih memang tumpang kereta Redza untuk ke tempat kerja, so dia cakap pergi Pejabat Pos area Perling dah alang alang nak sangat makan keropok lekor kan.

Biasanya memang akan lepak D'Qaseh sebab dekat dengan rumah Uyul. So disebabkan masih awal lagi, dan perut pun masih kenyang lagi. Uyul order keropok lekor dan jus tembikai. Redza pulak macam biasa Nes dia tak sudah dan jugak tauhu bakar. 




Budaya melepak lepas office hour nih memang dah selalu sangat dah Uyul buat. Cehhh, dari zaman kerja dekat MPS Batu Pahat lagi kalau nak tahu. Lepas kerja je mesti lepak dengan officemate. Bukan lah melepak untuk buang masa suka suka. Orang kata, melepak untuk lepaskan stress weyh. Ye laaaa satu hari kerja kan. Kalau dulu balik rumah ada Mak Abah dan adik adik. Duk JB  nih kalau balik kerja terus balik rumah, memang tepu lah otak. Sebab dekat rumah bukan ada buat apa pun.

Tapi Uyul biasanya melepak dengan kawan kawan takde laa borak sakan pun. Masing masing anti sosial gak. Duk pegang handphone, masing masing madah skrol socmed. Cuma kalau melepak dengan Redza, ada lah topik dia. Selalunya akan share problem dekat site masing masing ah. Then sama sama cerita pasal kerja masing masing. Yelaaa dah bidang yang sama kan, Uyul ni pulak dah lah tak ramai officemate so memang Redza je laaa yang selalu jadi mangsa Uyul share everything pasal kerja.



Oh yes, Uyul baru je 3 bulan kerja di Johor Bahru nih. Dan Redza pulak baru join company yang Uyul kerja selepas 1 bulan Uyul on the board. Kiranya kami ni satu company cuma lain lain site je. So now my current majikan doing property management business. Bidang nih baru bagi kami. Uyul as Admin Executive, manakala Redza as Building Executive. Dalam bidang sekarang nih, lebih kepada manage property dan site Uyul lebih kecil compare dengan site Redza. Of course lahh dari segi workload, site Redza lebih banyak which is 944 units compared to my site, only 120 units to be handled. 

Nampak je macam site Uyul tuh kecik dan tak banyak kerja tapi jangan tak tahu, job scope Uyul lagi banyak dari Redza. And ofcourselah sebab site Uyul tak banyak staff. Hanya ada Admin dan Building Executive. Site Redza pulak 3 level hierarchy ada kau. Manager ada, Building Exec ada, Admin Exec 2 orang, Defect Team lagi. Haaaa lagi seronok ahh kerja ramai ramai. Kita nih duk kerja berdua, dia punya stress tuh Allah je laaa tahu. Lagi lagi kalau abang Zali cuti, Uyul sorang sorang, memang tepu lah hidup nih.

Thats why lah, selalunya Redza akan teman Uyul. Gila weyhh dah laaa tak ramai kawan kat JB nih. Lepas tuh officemate pun sorang tu je la. Orang kata me time lepas office hour tuh takde. Nasib baik mamat sorang nih nak laaaa jugak teman kita ke sana ke mari. Kalau craving nak makan apa pun, memang paksa dia teman jugak. Dont care! Hahaha.

Tapi tuh laaa. Status dia sebagai Ex Uyul tuh laaa yang buat susah orang lain nak terima dek akal. Bakal dorang once Ex forever Ex. Bila dah jadi Ex pergi mampus lah kau nak jadi apa. And orang sekeliling memang tak boleh in kalau Ex rapat dengan Ex. Yang dia tahu cakap Uyul tak reti move on bagai. Alahai. Payah gini awak. Kita ni tak ramai kawan kat sini, duk office sorang sorang pun stress sorang sorang. Boleh botak kepala nih sebab stress dan migrain tak helok helok. Tapi tu lah kan malas nak fikir apa orang kata.



Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau orang tak boleh terima siapa kita, buat dunno je la. Kita tahu apa kita buat, dan apa kita nak dalam hidup. So chill ahh. Alaaa melepak je pun.



Regards,
Uyul Cantik
LAMA GILA TAK UPDATE BLOG | Salam. Ya Allah haihh lama gila tak update blog weyhhhh. Rindu nak blogwalking rindu nak up entry, paling rindu nak dapat duit review product, ehhhh! Hahahah. Ada yang rindu Uyul tak?


Rasa berdosa gila. Apahal tah tak pandai nak bahagi masa. Mungkin sebab dah hilang passion ke camne? Cis, mana boleh hilang passion Uyul hoi. Belum capai target lagi nak jadi blogger yang memberi manfaat kepada alam dan seluruh isinya. Kamon, gali lah semangat yang hilang tuh hoi!

Cuba jeles sikit dekat blogger blogger yang dah tuai hasil tanaman, yang dah cashout earning Adsense. Haihhh kenapa laa malas nih. Lempang laju laju kang baru tahu. Hahahahah.

Okaylah okaylah. Lepas nih kite rajin semula. Blogwalking semula. Macam awal awal aktif balik. Mana boleh sekerat jalan nih. Tapi tuh lahh dah sampai tahap pernah terfikir nak jual akaun Adsense dan domain nih weyh. Sampai kan tuari kemahin pemalas nak update, tertiba domain buat hal pulak dia. Menggelupur ahh jugak. Okay takkan berulang lagi okay!

Korang yang masih follow Uyul tuh, terima kasih eh. Uyul nak serang blog masing masing!


Nah belanja sikit gambo lama! Hahaha. Selfie pun malas cemana tuh?