TRAVELOKA FLY & WIN CNY 2018 CONTEST

January 26, 2018

TRAVELOKA FLY & WIN CNY 2018 CONTEST | Salam. Lama betul tak update blog kan? Busy semacam Cik Uyul kita nih. Almaklum ahh dua tiga bulan nih, memang tak dan langsung nak update blog. Nih Uyul update pun sebab nak share dengan korang yang Traveloka tengah menganjurkan Fly & Win CNY 2018 Contest. Eh jap, korang tahu tak Traveloka nih apa?



APA ITU TRAVELOKA?
Aplikasi Traveloka Malaysia (Klik Sini) adalah satu laman web yang dapat membantu kite untuk menempah hotel dan tiket flight di mana mana sahaja tempat di dalam atau di luar Malaysia. Korang pasti rambang mata macam Uyul kalau dah masuk ke Aplikasi Traveloka Malaysia nih weyh. Rasa macam nak pergi travel tiap tiap minggu dengan menggunakan Traveloka Malaysia ni. Traveloka Malaysia ni akan memberi harga yang terbaik untuk tempahan hotel dan tiket flight dan jugak takda langsung hidden charges, maksudnya apa yang korang tengok tu lah yang korang akan bayar.



TAK PERLU BAYAR LEBIH DENGAN TRAVELOKA MALAYSIA
Dengan Aplikasi Traveloka Malaysia, korang boleh book mana mana hotel yang korang nak sebab semua hotel dalam Malaysia nih boleh di tempah di Traveloka Malaysia. Korang boleh pilih ciri ciri yang macam mana korang nak untuk hotel korang nak stay tu. Contohnya, korang nak hotel korang berapa bintang, korang boleh pilih kat penarafan bintang, kat situ ada dari satu bintang sampai ke lima bintang. Korang juga boleh pilih kemudahan apa yang korang nak. Kalau korang nk book hotel yang mewah or yang bajet korang boleh cari kat pilihan penginapan tu dan kalau kalau korang nak hotel yang macam mana, korang boleh pilih kat jenis jenis penginapan kat situ ada dari rumah tetamu, hostel, sampai ke villa. Other than that, Traveloka Malaysia juga ada menawarkan diskaun hotel kat situ akan ada kod yang dorang akan bagi, korang just kena tulis balik bila korang nak buat tempahan nanti.

Jadi, korang tengok dah banyak duit korang boleh jimat, dah la semua hotel dan tiket flight dalam Traveloka nih murah murah tapi siap ada diskaun lagi. Korang tak perlu nak fikir sangat pasal bajet semua ni kalau korang book dengan menggunakan Traveloka Malaysia ni. Kalau korang nak bercuti yang best best dan juga murah dalam Malaysia ni dan nak senang bila nak book hotel dan tiket flight, tak payah susah susah nak fikir, just pergi bercuti dengan Traveloka Malaysia. Tak perlu fikir panjang dan berkerut dahi. kita nak bercuti untuk happy happy dan spending time dengan family, bukannya untuk fikir pasal duit yang kita guna untuk pergi bercuti ni.


FLY & WIN CNY 2018 CONTEST
Tengok ramai orang share dekat Facebook, so Uyul pun teruja laaa nak join. Mana tahu dalam join contest ada rezeki korang nak menang dan dapat bercuti dengan keluarga tercinta. 

CNY tahun nih akan jatuh pada 16 dan 17 Februari kan? Selain tawaran hotel dan tiket flight yang menarik dari Traveloka, contest yang Traveloka anjurkan jugak catch my eyes lah awak. 

SYARAT SYARAT PENYERTAAN

Untuk pengetahuan korang, contest nih bukan untuk blogger macam Uyul je boleh join. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Paling penting kena ada akaun Facebook official eh. Kalau takde akaun Facebook tuh pergi create sekarang jugak! Lagi satu, yang menariknya, contest nih mudah sangat. Adik adik tadika pun boleh main tau. 

Jom ahh tengok cara-cara untuk sertai CNY 2018 Contest yang dianjurkan oleh Traveloka kali ini.



CARA CARA PENYERTAAN

1. Korang pergi ke link Fly & Win CNY 2018 Contest
2. Login dengan akaun Facebook masing masing. Thats why kena ada akaun Facebook ye anak anak.
3. Jangan lupa baca terma dan syarat. Kang kalau join tak tahu syarat permainan, dah buang masa je kan.
4. Untuk contest kali ini, korang boleh main sebanyak mana yang korang nak. Rebut peluang untuk kumpul point terbanyak supaya peluang korang untuk menang tuh lebih tinggi.
5. Bila dah dapat point yang memuaskan, korang share ke Facebook korang. Korang boleh share 5 kali sehari.
6. Lepas dah share, korang boleh hantar markah masing-masing. Pemenang akan dipilih secara random dalam antara yang paling banyak markah.








HADIAH UNTUK DIMENANGI

1 x Pemenang Pertama
6h5m ke Seoul termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

1 x Pemenang Kedua
5h4m ke Phuket termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

1 x Pemenang Ketiga
4h3m ke Langkawi termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan

2 x Pemenang Saguhati
RM1,000 Traveloka Voucher


Apa lagi? Jom lahh join.
Takkan nak biarkan Uyul menang sorang sorang?





You Might Also Like

8 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>