TASNEEM NATUREL | BABY AAIRA DAH TAK MERAGAM LAGI

/
0 000 Comments
December 25, 2017
TASNEEM NATUREL | BABY AAIRA DAH TAK MERAGAM LAGI. Salam. Hai semua. Ya ampun busy teramat. Nak balik kampung pun tak dan. Hujung minggu pun banyak aktiviti kat sini. Nih curi curi masa jap update blog. Ehh hari tuh ada borak borak dengan adik ipar. Yelaa lama tak balik kampung kan, WhatsApp je mampu nih hah. Tengah duk borak borak tuh, adik ipar pun cerita pasal baby Aaira dah start meragam tak sedap badan katanya. Haaa Uyul terus lah cari apa punca baby meragam. Oh rupanya sebab perut Aaira kembung. Okay jom, Uyul nak share dengan korang antara punca perut kembung yang membuatkan bayi tak selesa dan meragam. 


PUNCA PERUT BAYI KEMBUNG

1. TEKNIK MENYUSU YANG SALAH
Antara punca perut bayi kembung adalah kerana teknik menyusu yang salah. Keadaan mulut bayi kurang tepat semasa menyusu sehingga udara boleh masuk ke dalam mulut bayi menjadi punca perut kembung. Ibu perlu memastikan proses penyusuan berjalan dengan baik supaya bayi mendapatkan makanan yang mencukupi. Posisi semasa menyusu perlu diambil kira dengan cara meletakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya dan pastikan juga mulut bayi betul betul mencakupi puting susu. Dan yang paling penting, sendawakan bayi setiap kali dia menyusu bagi mengelakkan perut kembung.

2. ALAH DENGAN SUSU FORMULA
Ya, ada juga bayi yang alah dengan susu formula menyebabkan perut mereka kembung. Susu merupakan sumber utama untuk bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ibu ibu perlu memastikan anak anak mereka sesuai dengan susu brand apa sekiranya tidak menyusu badan. Sekiranya korang perasan yang bayi tidak sesuai dengan susu formula, dinasihatkan untuk hentikan pengambilan susu formula tersebut.

3. MENANGIS YANG BERPANJANGAN
Bayi tak pandai berkata kata, maka mereka akan menangis sekiranya mahukan sesuatu. Nak nak kalau lapar. Dorang tak pandai nak mintak makan. Yang mereka tahu hanyalah menangis. Korang kena tahu, menangis yang berpanjangan boleh menyebabkan angin masuk ke dalam perut bayi dan akan mengakibatkan kembung perut.

4. BERMAIN DI LANTAI TERLALU LAMA
Bayi yang sudah pandai merangkak, pastinya menghabiskan masa mereka di atas lantai kan? Yes, bermain terlalu lama pun boleh menyebabkan kembung perut. Ye laa kan lantai tuh sejuk. Perut memang masuk angin punya. Tak kira la korang dah letak bayi atas karpet ke tikar ke, tetap boleh menyebabkan perut kembung.

Ini antara 4 punca perut bayi boleh kembung. Uyul pun cakap lah kat adik ipar Uyul untuk pastikan perut Aaira tak kembung. Sebabnya bila perut kembung, Aaira pun tak selesa. Bukan itu je, kang boleh sebabkan sakit lain pulak. Ye laaaa berbekalkan sedikit pengalaman jaga baby masa kerja taska dulu, Uyul pun suggestlah dekat adik ipar Uyul untuk selalu sapu balm kat perut Aaira sambil buat urutan manja. Tapi tuh lah, pemilihan balm pun kene bersesuaian dengan umur bayi. Kang pakai yang Mak selalu pakai kang, berasap pulak Aaira. Haaa apa lagi, Malong kan bab bab cari barang online laju je kan. Terus terjumpa Tasneem Naturel tau. Terus Malong dapatkan 1 set untuk Aaira. Tapi kena tunggu Malong balik minggu depan baru boleh bagi Aaira.

BALM BAYI TASNEEM NATUREL
Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati yang bermutu tinggi. 


Balm Tasneem Naturel ini terdapat 4 variasi yang mempunyai fungsi berlainan. Ianya adalah Sleep Time, Calm Time, Tummy Time dan Cough Flu Time.


1. SLEEP TIME - Ianya dirumus khas untuk membantu anak yang sukar tidur untuk tidur dengan lena dan bangun dalam mood yang ceria. Bahkan untuk dapat tidur yang berkualiti.


Kegunaan - Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan. Balm ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Sapu di kaki, belakang telinga, pergelangan tangan dan ubun-ubun.100% dari Essential oils 

Kandungan - Lavender, Cedarwood, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot dan Ylang ylang.

****************************************

2. CALM TIME - Ianya dirumus khas untuk memberikan keselesaan, mengurangkan tekanan kepada bayi dan mengurangkan keletihan serta ianya membantu bayi untuk lebih tenang.



Kegunaan - Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum / mengamuk / menangis tanpa henti.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile.

****************************************

3. TUMMY TIME - Yang ini pula untuk melegakan perut anak yang kembung, sembelit, dan juga perut sebu.



Kegunaan - Sapu pada perut & tapak kaki.Balm ini membantu anak yang mengalami masalah perut seperti kembung, sembelit, cirit birit.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender.

****************************************

4. COUGH FLU TIME - Melegakan batuk dan selesema serta mencairkan kahak. Malahan ianya membantu untuk melegakan asma dan mengurankan suhu ketika bayi demam.



Kegunaan - Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada. Boleh juga bagi anak hidu balm ini.Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence.


KELEBIHAN BALM BAYI TASNEEM NATUREL
Mengandungi hampir 10 jenis essential oil
Boleh tahan sehingga 2 ke 3 bulan
Tidak pedih, tidak panas dan tidak berminyak
Tiada bahan kimia berbahaya seperti SLS, Paraben, dan bahan pewarna
Semestinya mendapat kelulusan KKM


HARGA TASNEEM NATUREL

Harga: RM49/18gm


JOM DAPATKAN BALM TASNEEM NATUREL

Instagram: @tasneemnaturel
Alamat: 15-1, Jalan Putra Kajang 2, Taman Putra Kajang, Selangor
No. Tel: 011-20964665 (Tempahan)





YOU MAY ALSO LIKE:

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>