TASNEEM NATUREL | BABY AAIRA DAH TAK MERAGAM LAGI. Salam. Hai semua. Ya ampun busy teramat. Nak balik kampung pun tak dan. Hujung minggu pun banyak aktiviti kat sini. Nih curi curi masa jap update blog. Ehh hari tuh ada borak borak dengan adik ipar. Yelaa lama tak balik kampung kan, WhatsApp je mampu nih hah. Tengah duk borak borak tuh, adik ipar pun cerita pasal baby Aaira dah start meragam tak sedap badan katanya. Haaa Uyul terus lah cari apa punca baby meragam. Oh rupanya sebab perut Aaira kembung. Okay jom, Uyul nak share dengan korang antara punca perut kembung yang membuatkan bayi tak selesa dan meragam. 


PUNCA PERUT BAYI KEMBUNG

1. TEKNIK MENYUSU YANG SALAH
Antara punca perut bayi kembung adalah kerana teknik menyusu yang salah. Keadaan mulut bayi kurang tepat semasa menyusu sehingga udara boleh masuk ke dalam mulut bayi menjadi punca perut kembung. Ibu perlu memastikan proses penyusuan berjalan dengan baik supaya bayi mendapatkan makanan yang mencukupi. Posisi semasa menyusu perlu diambil kira dengan cara meletakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya dan pastikan juga mulut bayi betul betul mencakupi puting susu. Dan yang paling penting, sendawakan bayi setiap kali dia menyusu bagi mengelakkan perut kembung.

2. ALAH DENGAN SUSU FORMULA
Ya, ada juga bayi yang alah dengan susu formula menyebabkan perut mereka kembung. Susu merupakan sumber utama untuk bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ibu ibu perlu memastikan anak anak mereka sesuai dengan susu brand apa sekiranya tidak menyusu badan. Sekiranya korang perasan yang bayi tidak sesuai dengan susu formula, dinasihatkan untuk hentikan pengambilan susu formula tersebut.

3. MENANGIS YANG BERPANJANGAN
Bayi tak pandai berkata kata, maka mereka akan menangis sekiranya mahukan sesuatu. Nak nak kalau lapar. Dorang tak pandai nak mintak makan. Yang mereka tahu hanyalah menangis. Korang kena tahu, menangis yang berpanjangan boleh menyebabkan angin masuk ke dalam perut bayi dan akan mengakibatkan kembung perut.

4. BERMAIN DI LANTAI TERLALU LAMA
Bayi yang sudah pandai merangkak, pastinya menghabiskan masa mereka di atas lantai kan? Yes, bermain terlalu lama pun boleh menyebabkan kembung perut. Ye laa kan lantai tuh sejuk. Perut memang masuk angin punya. Tak kira la korang dah letak bayi atas karpet ke tikar ke, tetap boleh menyebabkan perut kembung.

Ini antara 4 punca perut bayi boleh kembung. Uyul pun cakap lah kat adik ipar Uyul untuk pastikan perut Aaira tak kembung. Sebabnya bila perut kembung, Aaira pun tak selesa. Bukan itu je, kang boleh sebabkan sakit lain pulak. Ye laaaa berbekalkan sedikit pengalaman jaga baby masa kerja taska dulu, Uyul pun suggestlah dekat adik ipar Uyul untuk selalu sapu balm kat perut Aaira sambil buat urutan manja. Tapi tuh lah, pemilihan balm pun kene bersesuaian dengan umur bayi. Kang pakai yang Mak selalu pakai kang, berasap pulak Aaira. Haaa apa lagi, Malong kan bab bab cari barang online laju je kan. Terus terjumpa Tasneem Naturel tau. Terus Malong dapatkan 1 set untuk Aaira. Tapi kena tunggu Malong balik minggu depan baru boleh bagi Aaira.

BALM BAYI TASNEEM NATUREL
Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati yang bermutu tinggi. 


Balm Tasneem Naturel ini terdapat 4 variasi yang mempunyai fungsi berlainan. Ianya adalah Sleep Time, Calm Time, Tummy Time dan Cough Flu Time.


1. SLEEP TIME - Ianya dirumus khas untuk membantu anak yang sukar tidur untuk tidur dengan lena dan bangun dalam mood yang ceria. Bahkan untuk dapat tidur yang berkualiti.


Kegunaan - Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan. Balm ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Sapu di kaki, belakang telinga, pergelangan tangan dan ubun-ubun.100% dari Essential oils 

Kandungan - Lavender, Cedarwood, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot dan Ylang ylang.

****************************************

2. CALM TIME - Ianya dirumus khas untuk memberikan keselesaan, mengurangkan tekanan kepada bayi dan mengurangkan keletihan serta ianya membantu bayi untuk lebih tenang.



Kegunaan - Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum / mengamuk / menangis tanpa henti.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile.

****************************************

3. TUMMY TIME - Yang ini pula untuk melegakan perut anak yang kembung, sembelit, dan juga perut sebu.



Kegunaan - Sapu pada perut & tapak kaki.Balm ini membantu anak yang mengalami masalah perut seperti kembung, sembelit, cirit birit.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender.

****************************************

4. COUGH FLU TIME - Melegakan batuk dan selesema serta mencairkan kahak. Malahan ianya membantu untuk melegakan asma dan mengurankan suhu ketika bayi demam.



Kegunaan - Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada. Boleh juga bagi anak hidu balm ini.Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.

Kandungan - Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence.


KELEBIHAN BALM BAYI TASNEEM NATUREL
Mengandungi hampir 10 jenis essential oil
Boleh tahan sehingga 2 ke 3 bulan
Tidak pedih, tidak panas dan tidak berminyak
Tiada bahan kimia berbahaya seperti SLS, Paraben, dan bahan pewarna
Semestinya mendapat kelulusan KKM


HARGA TASNEEM NATUREL

Harga: RM49/18gm


JOM DAPATKAN BALM TASNEEM NATUREL

Instagram: @tasneemnaturel
Alamat: 15-1, Jalan Putra Kajang 2, Taman Putra Kajang, Selangor
No. Tel: 011-20964665 (Tempahan)



SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS GULA BERBENTUK SERBUK. Salam. Pernah dulu, kalau makan dengan family dekat luar, adik Uyul dan suaminya pasti order minuman tanpa gula. Mula mula tu macam pelik lahh jugak. Kemahin dua dua nih nak diet ek sampai order teh o pun takde gula. Kita pun rasa macam tercabar. Sekali cuba lah minum tanpa gula, jenuh nak menghabiskan weyh. Setelah beberapa kali perasan yang dorang ada tuang sesuatu dalam minuman yang dorang order, Uyul pun tanya lah apabenda yang dorang bubuh dalam minuman dorang tuh. Laaaaaaaa Stevia ke? Gilaa ahh loser betul Uyul masa tuh tak tahu apa itu Stevia. But for now, Uyul dah tahu okayy! Selalunya Stevia dalam bentuk cecair. Jangan tak tahu, Sweet Royal Stevia pemanis gula berbentuk serbuk telah diinovasikan baru baru ini oleh Pharmaniaga! Jom! Uyul nak kongsikan apa itu Sweet Royal Stevia.



Stevia berbentuk serbuk ini telah dihasilkan daripada daun daripada daun Stevia Rebaudiana original okay. Kalau sebelum nih duk tengok adik Uyul titiskan Stevia jenis cecair tuh, walau setitis, dia tetap rasa manis gila. Tapinya Stevia keluaran Pharmaniaga nih makk aihh, just nice okay manis dia. Tak terlalu manis pun tau. Sedap lah tekak nih minum. En.Merah kemahin cakap tak manis nak bubuh satu sachet lagi. Ye laaa dia kan hantu manis.


Itulah kan, Uyul duk tengok badan sendiri kemahin debabnya. Nih pun tak reti nak kawal gula. Memang kalau ke kedai makan lah biasanya, Uyul akan order air manis sokmo. Kadang kadang kalau duk melepak dengan kawan kawan sampai dua tiga cawan okay! Perghh boleh bayangkan tak banyak mana pengambilan gula dalam diet seharian. 

Kalau korang nak tahu, Uyul dah jatuh cinta tahap gaban dah nih dengan Sweet Royale Stevia! Mana tak nya, sekarang dah tak perlu risau sangat kalau makan luar. Sweet Royale Stevia nih banyak betul kelebihan dia berbanding dengan Stevia yang ada dipasaran. Jom tengok apa kelebihan Sweet Royale Stevia nih sampai Uyul jatuh cinta dan tak sekat lagi pengambilan air manis.


KELEBIHAN SWEET ROYALE STEVIA

1. Setiap 2 gram Sweet Royale Stevia ini mempunyai rasa manis dengan 2 sudu teh gula. Pengambilan Stevia yang sedikit tetapi memberi rasa sehingga 2 sudu teh gula. Kan berbaloi tuh?? Tak ada lah main bantai gula je kan.

2. Ianya diformulasikan dalam bentuk serbuk dan dipaketkan menjadi sachet yang senang untuk dibawa ke mana mana. Dan tak ada lah isi terlebih Stevia kalau dah dipeketkan macam nih. Haihh kalau Stevia jenis cecair tuh mahunya lahhh kan terlebih titik lah.

3. Rasa Stevia keluaran Pharmaniaga nih memang tak terlalu manis. Macam Uyul mention kat atas tadi, rasa dia memang just nice. Ishh kalau terlalu manis sangat pun tak bagus kan. Perlu diingatkan, pengambilan Stevia yang berlebihan juga memberi kesan ya kepada si peminum.

4. Selain daripada itu, Sweet Royale Stevia nih mudah di dapati dan harganya sangatlah berpatutan! Satu kotak ada 40 Sachet. Setiap satu kotak tuh hanya RM15.90 gais!

5. Ofcourselah disahkan HALAL oleh JAKIM. Nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017



HARGA SWEETROYALE STEVIA 

Kalau dah artis pun gantikan gula dengan Sweet Royale Stevia, takkan korang tak nak cuba weyh! Haaa tak caya?? Cuba tengok testimoni mereka dia Instagram Royale Pharma!





HARGA SWEETROYALE STEVIA  

Pos: RM15.90 + Postage
COD: RM17.00
(Sekotak 40 sachets/2gram)


JOM DAPATKAN SWEET ROYALE STEVIA

Jom dapatkan Sweet Royale Stevia dari Agen mahupun di kesemua cawangan terpilih:


1) Agent SweetRoyale Stevia
Whatsapp: 013-473 1696
COD area Shah Alam/Kuala Lumpur atau Pos ke Seluruh Malaysia

2) Semua cawangan Farmasi Royale Pharma seluruh Malaysia
Farmasi RoyalePharma Seksyen 7 Shah Alam
Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
Farmasi RoyalePharma MyTown
Farmasi RoyalePharma Vista Alam
Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
Farmasi Royale Pharma Bangi

3) Anda juga boleh dapatkan SweetRoyale Stevia ini di website RoyalePharma

4) Dapatkan produk ini di Lazada, 11Street dan Shopee!!