Setiap pemilik rumah pasti mempunyai citarasa tersendiri dalam menghias rumah mereka. Anda yang gemarkan rumah yang kelihatan mewah, ada yang lebih mementingkan elemen hijau atau nature, dan ada juga yang sukakan rumah bertema antik. Kini, gaya hiasan dalaman minimalis merupakan salah satu tema kegemaran pemilik rumah di Malaysia. 

Tema minimalis ini sangat terkenal dalam kalangan pemilik rumah yang berusia awal 30-an, dan yang tinggal di rumah yang kompak. Antara faktor yang menyebabkan tema ini sentiasa menjadi pilihan ialah kerana ia tidak memerlukan belanja yang banyak, tampak ringkas dan menarik, serta praktikal. 

Jika anda ingin renovate rumah anda lebih minimalis, lakukan empat langkah mudah di bawah dan anda pasti akan gembira dengan hasilnya.


Rumah minimalis di TTDI Plaza. Projek oleh Pocket Square


1. Kurangkan bilangan perabot
Anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan langkah pertama ini. Tetapi, luangkan sedikit masa untuk perhatikan perabot di dalam rumah anda yang jarang (atau langsung tidak) digunakan. Contohnya, jika anda mempunyai set meja makan untuk 8 orang, tetapi ahli rumah cuma 4 orang, tukarkan dengan set meja makan yang lebih kecil. Kabinet yang hanya digunakan untuk mempamer barang hiasan juga merupakan salah satu jenis perabot yang patut anda alihkan.


2. Gunakan lebih banyak warna asas
Warna tanah, putih dan kelabu muda adalah pilihan yang sesuai untuk lantai, dinding dan siling rumah anda. Walaupun pilihan warna ini agak terhad, tetapi anda bebas untuk bermain dengan corak dan tekstur yang minimal di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya, gunakan kertas dinding atau wallpaper pada feature wall dengan corak bunga timbul dalam warna yang sama. Anda juga boleh dapatkan khidmat contractor untuk memasang lantai jenis vinyl atau laminate yang bertekstur dalam tona warna asas untuk sedikit kelainan. 




3. Sediakan ruang simpanan yang cukup
Sangat penting untuk rumah minimalis berada dalam keadaan kemas setiap masa. Cara paling mudah untuk memastikan rumah anda sentiasa kemas ialah dengan menyediakan ruang simpanan yang khusus untuk setiap kategori barang. Contohnya, buku mesti sentiasa disusun rapi di rak buku dan mainan pula disimpan di dalam kabinet khas. Jangan letakkan barang di atas lantai atau meja makan walaupun untuk sementara waktu. Jadikan satu tabiat untuk segera simpan barang yang telah selesai digunakan atau baru dibeli di tempat yang sepatutnya. Dapatkan khidmat pakar renovate rumah yang berpengalaman untuk bina ruang simpanan yang cukup dan praktikal di rumah anda.


4. Tambah hiasan dengan perpada-pada
Jika anda mahu ceriakan ruang yang telah diubah suai tadi, tambah beberapa hiasan kecil yang berwarna terang dalam tona warna sejuk. Perhiasan yang sarat seperti lampu meja yang penuh dengan manik kristal atau cermin dinding dengan bingkai jenis kayu ukir adalah antara contoh perhiasan yang tidak sesuai untuk rumah yang bertema minimalis. Sebaliknya, tambah barang perhiasan yang tidak tetap tetapi menarik seperti kusyen kecil dalam pelbagai bentuk atau lapik meja bercorak geometri. Dengan itu, anda juga berpeluang untuk menukar perhiasan dengan lebih kerap kerana harganya yang tidak terlalu mahal.




Saya berharap perkongsian kali ini akan memberi manfaat, dan anda dapat menjadikan rumah anda lebih minimalis serta praktikal. Selain itu, anda juga boleh mengaplikasikan langkah-langkah mudah diatas untuk menjadikan ruang pejabat anda juga lebih minimalis.

Jika anda inginkan nasihat dan khidmat profesional untuk renovate rumah anda, sila layari Recommend.my. Dengan lebih 900 pakar renovation yang berdaftar di Recommend.my, anda pasti akan dapat mencari dan bekerjasama dengan kontraktor berpengalaman yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda.



























[FARM TRIP] BERMALAM DI TUNAMAYA RESORT, KOTA TINGGI.