SUSAH KE NAK UBAH KEBIASAAN

September 05, 2017

SUSAH KE NAK UBAH KEBIASAAN | Salam. Korang pernah tak struggle nak ubah kebiasaan? Tak kira lah kebiasaan apa pun. Susah ke nak ubah kebiasaan ni?

Uyul pun ada kebiasaan. Kebiasaan Uyul adalah Uyul dah terbiasa dengan Redza. Macam pelik kan? Apa punya kebiasaan tah. Kebiasaan yang macam mana? Kebiasaan yang dia tetap jadi pendengar, tetap orang yang akan jadi tempat rujukan, orang yang Uyul refer untuk semua benda. Yes, exactly. Kami dah clash hampir 3 tahun. Tapi kenapa masih berhubung? Ramai orang tak boleh terima hakikat yang ex masih baik dengan ex. Ramai cakap Uyul tak boleh nak move on lagi. Ramai cakap Uyul tak boleh nak lepas kan Redza. Yes, dia single. Uyul single. Why not get back dan perbetulkan semuanya? Cakap senang awak.

Well, Redza is not my boyfriend. He is literally my Ex boyfriend. Kalau korang biasa tengok kat wall Facebook tuh Uyul rajin tag dia kat status. Kadang kadang ke mana mana Uyul mesti dengan dia. Pergi Sepetang Bersama Blogger pun dengan dia. Bukan setakat aktiviti blogger je, bahkan sebenarnya dia business partner Uyul. Memang ke hulu ke hilir dengan dia.


Its took almost 2 years untuk move on. Bukan mudah. Kita nak lupakan orang yang dah hampir 7 tahun dengan kita. Ramai yang tak paham. Uyul masih belum boleh nak ubah kebiasaan kami since dia adalah business partner Uyul. Jodoh tu rahsia Allah. Uyul sendiri pun dah berusaha neutralkan perasaan, cuba splitkan personal dengan business. Be professional orang kata.

Apa? Tak buat business dengan dia? Haha, bukan tak pernah cuba. Pernah. Well, siapa yang ajar Uyul tentang dunia designer? Siapa yang ajar Photoshop, ajar pasal business printing dan siapa yang buat Uyul beli kamera kalau bukan dia. Uyul takde basic langsung tentang design dan photography. But he is the one yang banyak ajar Uyul. Dan sejujurnya memang Uyul selesa kerja dengan dia. Kami ada persamaan yang banyak. Ahh kamon, tarikh lahir pun sama, nama bapak pun sama. Nak buat macam mana dah takde jodoh.

Come on gais, bukan mudah nak berjuang untuk diri sendiri. Kita dah terbiasa dengan dia tiba tiba ada yang suruh jauhkan diri, ada yang tak paham. Ada yang menghina, menfitnah. Come on. Kenapa perlu ubah kebiasaaan orang lain, kenapa tak boleh belajar doakan kebahagiaan orang lain? Kita punya lah dah explain panjang lebar dan dah terima hakikat pun yang ramai orang tak suka kami bersama sebagai hubungan yang lebih serius. Uyul respek keputusan semua orang. Uyul cuba terima hakikat tuh. Even Redza selalu pesan, jangan ikut cakap orang. Jodoh tuh rezeki.

Bukan tak pernah bukak pintu hati nih. Pernah. Tapi that guy tak boleh terima hakikat yang Uyul dan Ex masih baik lagi. Dituduhnya kita tak boleh move on. Haihhh lahhh. But basically, memang dah takde simpan angan angan nak getback dengan Redza. Takde. Bila jadi macam nih, Uyul serik gila. Takkan sesekali Uyul bukak pintu hati nih untuk orang yang tak boleh paham kita punya kerja.

Please. Uyul dengan Redza is good at doing business but not in a relationship.

Kalau ada jodoh dengan Redza lagi? How? Dah jodoh kan. Kena lah terima. But for now, memang kami takde jodoh dah. Bukan mudah tau nak ubah kebiasaan. Dari simpan angan angan nak kahwin bersama sampailah Uyul ubah kebiasaan tuh dan I have told myself, "We are not meant to be together."




Sorry, entri kali ini sekadar untuk menjawab semua persoalan yang korang nak tahu sangat tuh.


Regards,
Uyul Rosli
- UR Best Ex Girlfriend, perhaps?? -

You Might Also Like

12 000, 000 Pengkomen

  1. Hehehe comel sgt cerita ni.. Alah ape salahnya berkawankan walaupun ex.. Lagipun bisness partner.. Memang sentiasa bersama la..

    ReplyDelete
  2. ok uyul....apa pun cepat2 kawen...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Doa yang baik-baik insyAllah. Rezeki, Jodoh semua rahsia dariNya

    ReplyDelete
  4. Boleh menang anugerah ex terbaikkk.muahahahha~
    Takpe.... jangan kecam, doa bebaik, smoga semua bebaikk jugokkk~

    ReplyDelete
  5. Tak pe uyul abaikan cakap2 orang tu..tak perlu explain pun sbb orang tak kan faham situasi kita..so just let it be..kita buat je cara kita..yang penting kita happy dengan apa kita buat...

    ReplyDelete
  6. jodoh panjang ni uyul.. ALLAH je la sebaik-baik perancang

    ReplyDelete
  7. Jodoh itu misteri .. kalau ada jodoh, takkan ke mana ...
    Betul ckp redza, jgn dgr ckp org yg bg pandangan negatif ...
    Chill yo.

    ReplyDelete
  8. semoga Uyul akan bertemu dengan jodoh yang terbaik. Aaaminn

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum uyul...semoga uyul akan bertemu jodoh yg Allah dah tentukan..jodoh itu dah ada cuma belum sampai serunya lagi utk uyul...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  10. ehem2..fewittttt mudah2an ada jodoh..

    ReplyDelete
  11. jodoh itu rahsia Allah.. and one day uyul akan jumpa dgn rahsia Allah tu.. kalau rahsia Allah itu redza, maka uyul akan kawen dgn dia.. amin.. bye... hehe :p

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>