PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 20 TAHUN PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia,


Sukacita dimaklumkan sempena Ulang Tahun PTPTN ke 20 pada November depan, PTPTN menganjurkan Pertandingan Video Pendek 20 Tahun PTPTN mulai 15 September  2017 – 14 November 2017.  Hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai dan simpanan SSPN dengan nilai keseluruhan sebanyak RM18,000.

Pelajar IPT awam dan swasta sangat digalakkan untuk menyertai Pertandingan ini.




MAKLUMAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini diadakan sempena Ulang Tahun PTPTN ke 20 pada November 2017;
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
  3. Kakitangan PTPTN dan keluarga (pasangan dan anak –anak) adalah tidak layak menyertai pertandingan ini.
  4. Konsep video adalah berteraskan tajuk "Sambutan 20 Tahun PTPTN" yang boleh terdiri daripada elemen-elemen seperti Fungsi PTPTN, Nostalgia PTPTN, Produk PTPTN, Sumbangan PTPTN kepada masyarakat.
  5. Pertandingan ini akan diadakan mulai 15 September 2017 sehingga 14 November 2017;
  6. Penganjur pertandingan ini adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



8 comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.