MACARONI CHEESE DAN CHICKEN GRILLED FOR LUNCH



MACARONI CHEESE DAN CHICKEN GRILLED FOR LUNCH | Salam. Hai semua. Makan apa tuh? Uyul baru baru nih agak rajin jugak lahhhhh nak main masak masak dengan Dekna. Amboiii dietttt ke tuh. Hahaha. Tak de lah diet mana pun. Since Uyul jarang nak makan nasi, haaa memang makan merapu rapu lah kan.


Sejak kerja satu company dengan adik sendiri nih, memang rajin lah kami masak sama sama. Uyul yang pemalas nih pun terus jadi rajin hahahah. Ehhh nak kahwin mana boleh malas hoi. Ehhhh Uyul nak kahwin dahhhh ke. Hahaha InshaaAllah, soon.

So disebabkan Dekna rajin nak masak Chicken Grilled. Uyul pun rajin lah nak masak Macaroni Cheese. Sebelum nih masak Macaroni Sup laaa nih kita buhh cisbedebahhh sikit! Senang je weyh nak masak Macaroni nih. Mudah dan ringkas pulak tuh. Jom! Uyul nak share resepi Macaroni Cheese masak 15 minit! Resepi Chicken Grilled nanti Uyul tanya Dekna ehh hahaahah.


RESEPI MACARONI CHEESE 

Bahan-bahan
1 bungkus Macaroni
5 ulas Bawang Putih (tumbuk)
3 ulas Bawang Merah (tumbuk)
5 batang Cili Padi (tumbuk)
1 kotak kecil Susu Full Cream
5 keping Cheesedale
Serbuk Parsley
Garam Secukupnya

Cara Penyediaan
  • Rebus Macaroni sehingga masak.
  • Tumis bahan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Apabila dah kekuningan, masukkan Susu Full Cream sehingga mendidih.
  • Masukkan Macaroni yang telah direbus dan seterusnya masukkan Cheesedale dan tabur serbuk Parsley. Buh garam sikit jangan lupa.
  • Siap untuk dihidang.

[NOTA]
Uyul lupa daging cincang, patutnya kannnn masukkan awal awal. Lagi umphhh rasanya kalau ada daging cincang tuh. Come onnn! Janganlah kecam! Kasi channnceee ahh kita tunjuk bakat memasak. Padahal senang gila namateyyy resepi nih weyhh. Hahahaha. Oh yes, Uyul suka dia basah basah sikit, so susu pun Uyul letak lebih. 



Pencuci buah untuk hari tuh, adalah oyennn! Khasiat buah oren nih korang jangan tak tahu. Ianya menyegah penyakit buah pinggang dan membantu mencegah kanser. Ehh banyak lagi khasiatnya, nanti Uyul listkan dekat entri lain di masa akan datang.

Thank you for reading gais!!! Komen lahhh sikit! Hahaha.



Regards,
Uyul Rosli / Uyul Cantik
- Bakal menantu mak awak!



12 comments:

  1. sedapnya yul,akak dah lama jugak tak buat macaroni ni..selalu buat makaroni goreng je

    ReplyDelete
  2. Baru ni ada tgok IGstory uyul. Nampak menyelerakan sungguh. Thanks share resepi. 😘

    ReplyDelete
  3. Pergh.. ini la bakal2 isteri yang dicari-cari lelaki maskulin abad ini..

    Tengok gambar pun dan terliur2 air liur saya..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer.....terus rasa nak buat, tp cheese la pula tiada...

    ReplyDelete
  5. Bahan-bahan semua dah ada cuma sebuk parsley kena beli . Bokwh homemade la hujung minggu ni

    ReplyDelete
  6. haha lawak la uyul ni...tapi seriously nampak sedap macaroni ni...melting habis ni...nak llimau sikitt....hihi

    ReplyDelete
  7. terimakasih atas informasinya jangan lupa kunjungi kami
    di http://idblackwalet.com/sabun-pembersih-jerawat-pria/

    ReplyDelete
  8. laparrr..belum lunch lagi ni..baik..nk pi menyelongkar dapur jap..

    ReplyDelete
  9. sedapnye dik !! adoi.. wrong time betul la masuk kat entri2 macam ni.. hee~

    ReplyDelete
  10. dah lunch pun lapar balik tengok post uyul ne

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum uyul...wah !! sedapnya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.