BAYAR SERINGGIT UNTUK 3 MACAM UBAT | THANK YOU GOVERNMENT

September 05, 2017

BAYAR SERINGGIT UNTUK 3 MACAM UBAT | THANK YOU GOVERNMENT. Salam. Bayar seringgit je untuk redakan sakit yang entah tiba tiba datang. Allah tarik nikmat hidup sikit je, terus terlantar macam apa. So cuti hujung minggu korang mesti seronok berjalan jalan kan? Uyul cuti duduk rumah je awak. Lepas tu sakit pulak tuh. Haaa memang duduk kat rumah lahh kan. Dapat lahh jugak update blog, siapkan design namecard customer. 

Haihhh tapi malam tadi sakit kemahin tak boleh tahan. Badan panas je. Memang berpeluh habis. Makan memang tak laa. Perut kemahin kosong, tambah kita sakit kepala macam hape. Mak Abah adik adik semua makan kat luar. Tapi Uyul tak larat, so memang tidur memanjang dengan bilik yang macam sauna. Panas tak tahu laaa nak cakap macam mana. So, Mak pun belikan Uyul Lambchop. Yelaaa feberet kita kan. Uyul pun makan ah. Dia punya payah nak telan tuh haihh la. 


Dah siap makan tuh, haaaa hamekk kau buekkk terus! Muntah kali pertama tuh, Uyul boleh lagi lahh. Naik bilik try nak tidur. Tak sampai 10 minit, hamekkkk kau Uyul buekk lagi kali kedua. Haaa. Masa tuh dah pukul 11:45pm. Uyul expect family semua dah tidur. Eh sekali Dekna pergi dapur, ajak Uyul pergi hospital jugak. Satu masalah pulak kan nak kejut Abah. Haaa nak tak nak Dekna kena lah berani kan diri drive Innova Abah semata mata nak hantar Uyul pi hospital. 


So around 12:00am sampai hospital, amik nombor giliran semua. Mak aihh tak nak ramai orang pulakkk. Lepas cek tekanan darah dan amik suhu badan, Uyul pi kaunter untuk buat pendaftaran. Ehh, masih RM1 untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Bersyukur lahhh awak.


Disebabkan perut memang kosong lahh kan, ehh tertiba Uyul macam lapar pulak. Yela kan, tak sentuh apa dari pagi, muntah pulak tuh. Memang lapar lah. Naseb baik ada Dekna dengan Adik Haziq teman. Mintak dorang belikan air milo panas. Haaa lega lahh sikit dapat minum secawan sebelum jumpa doktor. Thank you Dekna dan Adik Haziq.


Around 1:15am, nombor giliran dipanggil. Masuk jumpa Doktor dalam 2 minit macam tuh, terus bagi Uyul prescribe ubat, haaa setel. Uyul cepat cepat pergi farmasi. Dapatlah ubat tahan sakit, ubat demam dan ubat tahan muntah. RM1 untuk 3 macam ubat okay. Masih murahhhh. Bersyukur lah rakan rakan sekalian, Malaysia aman. Hehehe.

Then lepas setel semua terus balik rumah. Sebelum tidur makan dulu ubat semua sebab memang ada rasa nak muntah kot hoi.



By the way, doktor cakap Uyul nih hypertension. Bila kepala dah sakit sangat, memang akan muntah. Tambah memang tengah sakit kepala dua tiga hari before. Entahlah. Banyak sangat kerja kot. Sampai stress. Then migrain pun makin teruk sekarang nih.

You Might Also Like

14 000, 000 Pengkomen

  1. Get well soon uyul..makan ubat2 tu sampai dh sihat balik...

    ReplyDelete
  2. moga uyul cepat sembuh tau... jangan lupa makan ubat tu

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh ...
    Jgn stress2 ya..

    ReplyDelete
  4. That's why kak ana suka ke klinik kerajaan. Cuma baru2 ni masa check jantung kat KK bacaan terbalik. Terus kena makan ubat sakit jantung tu and kena ke emergency hospital terus. Gile cuak masa tu. Lepas amik darah dan check bacaan jantung 2x, semua normal. Rupanya bacaan dekat KK tu salah. Haha. Menangis hakak dengar dio non. Hehe

    ReplyDelete
  5. wah....untung banyak nikan...alhamdulilah dapaat membantu ramai lagi rakyat..bukan semua mampu g swasta sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. Jaga kesihatan. Jangan stress2 sangat. hehe. Too much stress xbaik utk kesihatan. huuhu.. bercakap dari pengalaman ni. :)

    ReplyDelete
  7. Jangan tension² dak Uyul. Rehat secukupnya okey!

    ReplyDelete
  8. la..uyul tak sihat ye...rest banyak skit tau..jangan banyak stress...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum uyul...semoga cpt sembuh yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  10. Semoga cepat sembuh Uyul don stress anymore ;)

    ReplyDelete
  11. Ohhh ada klinik lokum? Hospital sini tak ada lagi ni

    ReplyDelete
  12. Get well soon uyul syg! jaga kesihatan baik2..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>