[PART 1] : LEGOLAND 5TH BRICK-VERSARY | WATERPARK. Salam. Hai semua apa khabar kalian di sana. Ehh macam dah lambat sangat je nak share dengan korang kemeriahan Uyul raikan birthday ke 5 Legoland. Actually Uyul dah pernah pergi Legoland masa awal awal pembukaannya. Tak silap tahun 2013. Masa tuh pergi dengan Mak Abah dan adik adik semua. Cumanya masa tuh tak banyak lagi permainan dia. Waterpark pun takde lagi so tak lah meriah mana.



Untuk trip ke Legoland kali ini, Uyul datang as a media atas jemputan Legoland, Malaysia. Ya Allah masa dapat email tuh, rasa nak menjerit pun ada tau. Ye lahh sekali 4 tiket Legoland sponsor mahu tak happy. Yang bestnya Combo Ticket. Boleh masuk Waterpark dan Themepark! Yahuuu.


Tiket tersebut valid dari 21 Ogos sehingga 30 September. So Uyul decide pergi minggu lepas which is 24 September. Yelaaa Ahad kan cuti, senang sikit nak berjalan jalan. Kang semata mata nak amik cuti buang karennn je orang cakap. Hmm 4 tiket tuh, Uyul bawak Dekna, Adik dan juga en.Merah aka pakcik sorang tuh, Redza lah siapa lagi. 4 tahun lepas pun pergi dengan dia jugak. Kali nih pun angkut dia jugak. Hahaha. Hadoi.

So kami gerak dari Batu Pahat jam 7 pagi. Sampai JB around 8:30 pagi. Amik Redza dekat Skudai then terus direct ke Legoland. Sampai Legoland around 9:15 pagi macam tuh. Parking pun kosong weyhh. Awal betul kami sampai hahaha. Kami breakfast pun dalam kereta tau. Drive thru mcd je.


Sampai je kat kaunter, redeem tiket pukul 9:30 pagi macam tuh. Then Uyul decide nak pergi Waterpark dulu. Memang nak berkubang habis habisan ahh. Sebab dah lama rasanya tak pergi waterpark.


Masa redeem tiket tuh, ada satu goodies bag dalamnya ada tiket dan beberapa keping flyers. Dan ada sekeping Legoland ORIGINAL okayy! Kalau pergi awal sikit, mesti dapat Legoland Ayam macam kakak kakak yang lain tuh Kasih Juju, Kisah Si Diary, Maszull, Ceritera Ibu dan Sislin76.


Typical Uyul sangat tau. Memang wajib posing depan kaunter macam nih hahaha.
Excited betul muka tu tau.




 Taraaaa tiket kami. Dengan rakusnya jomlah kita berjimba!


Muka excited nak masuk Waterpark tapi pergi masuk ke Themepark pulak. Hahaha. Naseb baik tiket boleh keluar masuk tauuu.


Ini lah dia partner in crime kite since 2011.




Uyul tak try semua pun sebab ehh seriyau betul lahh. Dia yang penat nak menapak naik tangga tuh weyhh. Tinggi bebenor. Uyul cuma try Splash-N-Swirl & Wave Rider je.






Masa nih masing masing jakun tengok lego, apa lagi masing masing nak tunjuk bakat lah hasilkan kapal laut masing masing. 




Nampak macam kukuh je kan adik punya kapal tuh, sampai pertengahan hancur terus langgar tembok. Hahahaha. Kemahin betul muka dia nak lepas kan kapal tuh tau.


Posing dengan kembor nih wajib tau haha. Tapi Dekna kurus sikitlahh dari Uyul. Uyul memang gemok gedempol hahaha. Ini kejadian lepas berkubang dekat slide tuh. Kitorang nak pergi berkubang pantai tiruan tuh weyh haha.


Around 1130 pagi macam tuh, Uyul dengan Dekna naik changing room nak siap siap. As usual perempuan memang lambat kan kalau bab bersiap tuh, so kami biarkan yang bujang bujang main air lagi. Lepas je siap siap, nak masuk Themepark pulak. Nantikan next entri Uyul ye. Uyul share pengalaman tersebut di entri lain. Kang penuh satu entri, tak syok pulak! Hahaha

Thanks for reading gais, jangan lupa tinggal komen!



Regards,
Uyul Rosli / Uyul Cantik.
TEH AIS MADU YANG PADU | Salam. Perghh petang petang nih dapatkan teh ais madu yang padu memang best ahhh. Dengan cuaca yang kejap panas litlit kejap hujan sampai kesejukan dengan office nih. Haaa jom lah keluar jap cari refreshment. Letih mata nih mengadap design yang tak sudah sudah.



Yang specialnya dalam teh ais nih ada air teh kauuuu piau, susu cair, madu, cincau dan aiskrim vanila. Harga untuk yang mix nih RM6 sahaja okay. Gelas pun besar. Puaslah minum. Cuma Uyul tak mampu nak teguk sampai habis sebab Uyul jenis kurang manis. Lupa pulak nak request kurang manis. Hahaha.





Mana nak dapat teh ais madu yang padu nih? Korang kalau datang Batu Pahat, wajib singgah di Sri Gading. Alaaa kalau dari Ayer Hitam tuh, korang akan jumpa Kilang Sharp kan? Haaaa sebelum sampai kilang Sharp tu ada roundabout, betul betul berdepan dengan roundabout tuh. Belah kiri kalau dari Ayer Hitam.


Senyum lebar abang nih tau bila Uyul snap gambar diaaaa. Hehehe.


GUNAKAN SPRAY8 DARI FURLEY BIOEXTRACTS UNTUK RAWAT LUKA | Salam. Uyul pernah kongsi dengan korang produk dari Furley Bioextracts kan? Alaaa Fem Mist tuh. Produk kebersihan untuk Miss V kita tuh lahh. So far Uyul gunakan Fem Mist tuh tanpa was was weyh. Memang best gila. Korang boleh baca dekat http://www.uyulrosli.com/2017/09/kesan-penggunaan-pencuci-wanita.html. So hari nih Uyul nak share satu lagi produk mujarab dari Furley Bioextracts. Korang pernah tak dengar pasal Spary8? Korang boleh gunakan Spray8 dari Furley Bioextracts untuk rawat luka. Ya Allah mudah betul. Spray je luka terus kering.


Kalau dulu, Uyul akan guna minyak gamat untuk buh dekat luka. Kesannya memang kulit akan jadi kehitam hitaman. Sekarang pun nak dapat minyak gamat asli pun dah susah. Kalau ada pun yang tiruan punya. Antara cara lain, Uyul ada terbaca yang kita boleh rawat luka dengan getah pokok pisang. Aduhh acane pulakk tuhh kalau luka teruk, berapa banyak batang pisang pulak nak tebang untuk dapatkan getahnya kan.



Bila dah ada Spray8 dekat rumah, memang mudah lahhh. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Spray8 ini adalah terdiri daripada bahan semulajadi iaitu Ekstrak Manggis sebagai bahan asas utama dalam penghasilannya. Sebenarnya ekstrak kulit manggis ini telah lama digunakan di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan merawat luka.


Kandungan Spray8
Air, DermaXan (ekstrak G.Mangostana L.), Ekstrak botanikal (Q. infectoria, A. indica, Phyllanthus niruri & C. odorata), PEG-40 hydrogenated castor oil, Vitamin E, 2-phenylethanol, Caprylyl glycol dan minyak pati.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SPRAY8
Berikut merupakan kelebihan menggunakan Spray8:
  1. Mampu membunuh bakteria berbahaya
  2. Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
  3. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  4. Menggalakkan pembinaan kapilari baru
  5. Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan (anti histamin)
  6. Menghalang pembentukan lepuh (air panas)
  7. Tidak pedih dan penyerapan lebih pantas

SPRAY8 BOLEH ATAS PELBAGAI MASALAH

  1. Luka Diabetes
  2. Luka pembedahan/Bekas jahitan
  3. Ekzema
  4. Kulit Sensitif
  5. Bed Sore (luka akibat lama tidak bergerak)
  6. Nekrosis (sel mati)
  7. Lepuh Air Panas
  8. Varikos (biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
  9. Calar
  10. Kulit Rapuh (orang tua)
  11. Ruam Lampin
  12. Gatal-gatal Kulit
  13. Campak

CARA MENGGUNAKAN SPRAY8
  1. Bersihkan luka dengan kapas yang bersih. Bilas luka dengan air bersih.
  2. Semburkan Spray8 ke atas kulit dan pastikan kena pada semua permukaan luka.
  3. Biarkan Spray8 meresap ke dalam kulit dan jangan dilap atau dibilas.
  4. Tutup luka jika perlu.
  5. Boleh gunakan secara kerap untuk kesan yang cepat.

KESAN PENGGUNAAN SPRAY8


Memang setiap orang kena ada satu botol dekat rumah. Ehh Uyul pun simpan dalam handbag okayy. Kot kot luka je boleh lah spray terus. Korang wajib dapatkan Spray8 sekarang.


DAPATKAN SPRAY8 SEKARANG
Segala maklumat lanjut tentang Spray8 nih, korang boleh refer website mereka seperti tertera:

Website:
Online Store:
Facebook:
Intagram:
Twitter:
Email:
Contact No:
03 8724 3280


Jom dapatkan sekarang! Lebih baik mencegah dari mengubati kan?

PAGEVIEW 200K BLOG UYUL ROSLI | Salam. Cehhhhh baru 200,000 ke PV Blog Uyul Rosli nih? Orang lain dah juta juta hoi! Hahaha. Apa apa pun, alhamdullillah. 9 bulan bukan lama mana pun dah dapat 200K. Kalau rajin sikit lagi, mesti dah juta juta kan? 

Okay lahhh kena rajin lah lepas nih. Tak boleh malas ah. Kena rajin blogwalking rakan blogger yang lain jugak. Uyul dah hutang banyak dah nih. Thanks kepada rakan blogger yang rajin tinggal komen dekat blog Uyul. Lepas setel keje petang nih Uyul blogwalking ya.



Regards,
Uyul Rosli / Uyul Cantik

LEGOLAND 5TH BRICK-VERSARY CELEBRATION | 21 OGOS - 30 SEPTEMBER. Salam. Hai semua. Jam sekarang menunjukkan jam 11:10pm. Kurang dari 12 jam Uyul akan berangkat ke Johor Bahru. Cehh macam jauh sangat lahh Johor Bahru tuh kan. Padahal dah biasa dah ke JB, acah acah trip jauh bebenor je nih. Ohh ye, tak sabar sebenarnya esok nak ke Legoland, Malaysia. Uyul antara blogger yang terpilih untuk sambutan 5th Brick-Versary yang berlangsung dari 21 Ogos sehingga 30 September.


Seingat Uyul, Uyul pernah ke Legoland 4 tahun lepas. Masa tuh Legoland baru baru bukak. Permainan dia pun tak banyak lagi. Masa tuh pergi dengan Mak Abah, adik adik dan pakcik Redza tuh pun ada jugak. Untuk kali ini ada 4 tiket, Uyul bawak Dekna, Adik Haziq dan Redza sekali lagi hehehe. Tak sabar nyaaa nak berkubanggg esok hoi hoi! Seronok duk baca entri kawan kawan yang dah pergi atas jemputan sebagai media. Haihh meriahhh.

Sorry gais, update ringkas je. Esok nak drive pagi pagi. Tak nak terlepas peluanggg. Have a nice trip Uyul mok mok!

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia,


Sukacita dimaklumkan sempena Ulang Tahun PTPTN ke 20 pada November depan, PTPTN menganjurkan Pertandingan Video Pendek 20 Tahun PTPTN mulai 15 September  2017 – 14 November 2017.  Hadiah yang ditawarkan ialah wang tunai dan simpanan SSPN dengan nilai keseluruhan sebanyak RM18,000.

Pelajar IPT awam dan swasta sangat digalakkan untuk menyertai Pertandingan ini.




MAKLUMAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini diadakan sempena Ulang Tahun PTPTN ke 20 pada November 2017;
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
  3. Kakitangan PTPTN dan keluarga (pasangan dan anak –anak) adalah tidak layak menyertai pertandingan ini.
  4. Konsep video adalah berteraskan tajuk "Sambutan 20 Tahun PTPTN" yang boleh terdiri daripada elemen-elemen seperti Fungsi PTPTN, Nostalgia PTPTN, Produk PTPTN, Sumbangan PTPTN kepada masyarakat.
  5. Pertandingan ini akan diadakan mulai 15 September 2017 sehingga 14 November 2017;
  6. Penganjur pertandingan ini adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



MENANG CONTEST REVIEW SEO DARI ZEETA | Salam. Hai selamat pagi semua! Bulan lepas Uyul ada join satu contest anjuran Zeeta Pakar Mawar. Contest tersebut telah berlangsung dari 10 Ogos hingga 10 September. Alhamdullillahhhhhh tak sangka Uyul menang Contest Review SEO dari Zeeta. Syukur syukur syukur! Entri yang menang tuh korang boleh baca dekat http://www.uyulrosli.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-cara-hilangkan.html.



3 Pemenang Utama telah dipilih berdasarkan kedudukan entri yang paling tinggi  di muka PERTAMA enjin carian Google dengan kata kunci ROSE FACE SERUM ZEETA. Carian telah dibuat dengan Google.com menggunakan private browsing. Manakala tempat ke 4 hingga ke 7 akan dipilih berdasarkan artikel yang kreatif dan menarik. Berikut antara hadiah yang telah dimenangi oleh para pemenang:

  • 1st Prize: WANG TUNAI RM1000
  • 2nd Prize: WANG TUNAI RM500
  • 3rd Prize: WANG TUNAI RM300
  • 4th - 7th Prize: WANG TUNAI RM50

Untuk contest kali ini, Uyul telah menang tempat kedua. Allahu syukur sangat sangat. Dapat hadiah RM500 tuh. Yayyyy! Seronokk sangat sangat sampai tak terkata. Masa tahu Uyul menang, menjerit Uyul kat office. Hehehe.


Dikesempatan ini, Uyul nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Zeeta kerana menganjurkan contest sebegini. Semoga pihak Zeeta akan terus maju di masa akan datang. Selain dapat apply apa yang Uyul belajar dengan sifu AFBdotmy tentang entri SEO, secara tak langsung contest sebegini telah naikkan lagi momentum Uyul untuk terus menulis sebagai blogger yang boleh bagi inspirasi dekat orang lain. Alhamdullillah.

Syukur, satu lagi achievement blog www.uyulrosli.com. Tahun ini sahaja Uyul dah menang Contest Blogger sebanyak 2 kali dengan hadiah berupa wang tunai RM500. Boleh baca dekat entri http://www.uyulrosli.com/2017/07/menang-wang-tunai-rm500-blogger-contest.html.


So hadiah kali ini nak buat apa? Yang lepas Uyul topup modal beli lens kamera. Kali ini Uyul nak bayar duit kereta laaaaaa apa lagi. Dah ada WUR kena lahhhh duit ke WUR je hahahaha. Tatau apa WUR? Boleh baca dekat entri ini http://www.uyulrosli.com/2017/09/genap-3-tahun-dari-rm5-ke-rm50-seminggu.html. Ehh  macam banyak pulak backlink entri korang kena baca kan? Hahahahah. Sila lahh baca! Masheshhhhhhh! 

GOOD LUCK CALON PEPERIKSAAN ONLINE LHDN | Salam. Ada calon peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Eksekutif N41 LHDN dekat sini? Goodluck semua. Uyul dan Redza dah ready depan PC nih. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Well hari nih Uyul cuti, sengaja amik cuti sebab nak buat persiapan akhir dengan Redza. Then kitorang  jawab exam online nih dekat CC. Based on experience lepas, tengah jawab soalan Matematik, connection lost pulak. Haaa trauma pulak kita.



Haaa orang lelaki memang selamba dek kan? Sempat lagi tau dia main game. Siap suruh Uyul buat entry blog dulu. Wakakaka. Kita nih punya lahh dua tiga kali haa nak pergi tandas. Tah pasal apa tah cuak semacam je. Haihhh lahhh.


Uyul masih lagi ngadap eBook, baca sikit sikit lagi. Alaaaa baca sekali imbas je. Takde nak push sangat. Kang gabra terlebih terus stuck kang. Hehehe.


Semoga ada rezeki kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.
MENANG HADIAH MISTERI GIVEAWAY TENGKUBUTANG | Salam. Wahh semalam ramai betul ucap tahniah. Rupanya Uyul menang Giveaway dari Tengkubutang. Last minit penyertaaan, rezeki memihak kepada Uyul. Alhamdullillah.

http://www.uyulrosli.com/2017/09/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html



Tak sabar nak tahu apa hadiah misteri yang Uyul menang. Uyul dah pun PM kak TB. Yayyy. Rezekiii Giveaway. Alhamdullillah. Jarang jarang sekali tau Uyul menang.



TIPS MENJAWAB PEPERIKSAAN ONLINE LHDN 20 SEPTEMBER INI | Salam. Hai, tahniah semua yang telah berjaya untuk menduduki peperiksaan online LHDN bagi jawatan Pegawai Eksekutif N41 pada 20 September ini. Uyul pun tak terkecuali untuk menjawab peperiksaan online tersebut. Katanya lebih 50,000 graduan yang berjaya sesi kali ini. Uyul nak kongsikan tips menjawab peperiksaan online LHDN untuk korang buat persediaan rapi.




5 TIPS MENJAWAB PEPERIKSAAN ONLINE
  • Pastikan anda talian internet anda berada dalam keadaan yang baik. Jika anda menggunakan ‘broadband’ yang mempunyai limit kouta penggunaan, pastikan ianya mencukupi untuk mengelakkan talian perlahan.
  • Komputer anda dalam keadaan yang memuaskan. Sejujurnya Tim Infokerjaya tidak dapat memastikan sama ada sistem peperiksaan ini ‘mobile friendly’ untuk diambil menggunakan tablet/telefon bimbit. Jadi kami cadangkan anda siap sedia dengan desktop/komputer riba.
  • Pastikan anda masuk ke laman rasmi SPA lebih awal untuk cari link akses peperiksaan online. Mengikut pengalaman, laman tersebut akan sedikit perlahan. Jadi masuk awal dan akses secepat mungkin.
  • PENTING!! Pastikan anda tahu angka GILIRAN anda kerana itu adalah PASSWORD untuk anda akses kepada sesi peperiksaan nanti.
  • PENTING!! Pastikan anda tahu LINK AKSES peperiksaan anda. Ianya ada pada surat/semakan panggilan peperiksaan anda. Rujuk semula di sana.

Beri perhatian kepada 5 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda ‘kalah sebelum bersilat’.


Tak tahu kat mana nak study apa? Jom beli eBook. Korang baca dekat entri http://www.uyulrosli.com/2017/09/semakan-peperiksaan-online-pegawai.html


Sumber: TIM Info Kerjaya
GENAP 3 TAHUN DARI RM5 KE RM50 SEMINGGU | Salam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Penantian selama ini berbaloi. 3 kali submit loan tak lepas, 3 kali juga Uyul giveup. But for now dah boleh senyum lebar sikit. Yes, genap 3 tahun sebenarnya Uyul menunggang motorsikal ke mana mana. Dan tak sangka, dalam bulan yang sama juga Uyul bakal memandu kereta pula. Yeah September bulan kemenangan. Alhamdullillah.


Actually sebelum ini, Uyul dah submit loan untuk Perodua Axia, Proton Saga, dan Perodua Myvi. Malang sekali, income below par! Maksudnya memang tak layak langsung lahh tuh nak buat loan kereta. Belum lagi Uyul sangkut dekat CITOS. Tambah pulak Uyul memang tak mengharapkan ada orang akan tolong Uyul untuk dapatkan sebuah kereta idaman. So Uyul bersabar je lah.

Kalau nak ke mana mana, Uyul memang akan sewa kereta ataupun pinjam kereta adik adik Uyul. Tapi sampai bila? Sampai bila nak menyewa? Nak mengharap bantuan orang lain? Kos sewa kereta pun dah boleh bayar ansuran sebulan sebuah Honda City idaman kalbu. Yela, sehari sewa RM100. Kalau sebulan sewa sampai 7 hari? Tak RM700? Itu belum minyak dan tol lagi.

Nak dijadikan cerita, ada sorang lecturer Uyul nak jual kereta dia. Proton Saga BLM tahun 2010. Bermakna, akan ada balance lagi 2 tahun untuk habis bayar. Lepas berbincang dengan Madam, Uyul memang dah decide nak juga amik kereta nih. Balance around RM10k lebih macam tuh dan deposit dalam RM4k. So total dalam RM15k within 2 years. Loan ke? No, Uyul deal untuk sambung bayar term. Alhamdullillah, Allah permudahkan urusan Uyul. Ye laa kalau refinance dan masuk loan under Uyul memang tak lepas jugak lahhh. InshaaAllah penghujung 2019, habis bayar dah. Ya Allah bersyukur sangat sangat.

Apa yang best, kereta Madam masih cantik masih cun, tak pernah terlibat dengan major excident. Cuma pernah kena hentam dengan kereta dekat parking tapi dah ketuk, dah cantik semula. Kebetulan bulan lepas adik Uyul ke KL dan dah pun tengok keadaan kereta, lagi bertambah percaya lah yang Uyul buat keputusan yang betul.

Rezeki. Yes, its about rezeki. Finally. Dapat juga Uyul pegang stereng kereta instead of handle motor. Pergi kerja dah tak berhabuk berasap lagi dah. Dah tak payah nak sewa kereta dan meminjam lagi. Lagi boleh tumpukan pada komitmen kereta pulak. Subhanallah, perancangan Allah memang sangat baik.

Cuba korang fikirkan, kalau beli kereta baru, terang terang lagi 7 atau 9 tahun baru habis komitmen. Belum lagi nak renew roadtax dan insuran saban tahun. Beli kereta sambung bayar nih? Uyul cuma sambung 2 tahun lebih sahaja lagi. Roadtax dan insuran pun tak pening pening nak bayar beribu, dah cut cost dekat situ.

So Uyul, komitmen dah bertambah. Dari RM5 seminggu ke RM50 seminggu. Kena berjimat, kena fikirkan komitmen dulu. Dah tak boleh berhuhahuha sangat. Kena kerja lagi keras. Kena pulun buat job, kena rajin buat side income. Tak ada siapa nak tolong kalau sangkut bayar bulanan. Kamon, RM383 je sebulan.

Alhamdullillah. Esok kita jumpa ye Baby Jericho Rosales. Oh, nama Madam bagi kat baby nih hahaha. Comel betul.
Macam dah lama kan tak join Giveaway.
Okay jom lah join Giveaway Tengkubutang. Hari nih last day!
Sempat tak nak join nihh. Hehehe.


CEPAT korang! Banyak hadiah untuk dimenangi weyh.
Salah sorang sponsor dari Kak Dilah, JDT Blogger.
KESAN PENGGUNAAN PENCUCI WANITA | Salam. Pernah dengar tentang pencuci wanita atau feminine wash? Feminine wash digunakan oleh golongan wanita untuk membersihkan bahagian intim atau Miss V. Korang semua terutama sekali yang wanita, tahu kah anda bahawa feminine wash yang berada dipasaran tuh akan memberi kesan yang tidak elok terhadap alat sulit kita samaada untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. So hari nih Uyul nak kongsi dengan korang apa kesan penggunaan pencuci wanita sekiranya digunakan terlalu kerap.


KESAN PENGGUNAAN PENCUCI WANITA

1. Menghapuskan kedua dua bakteria baik dan bakteria jahat yang terdapat dalam faraj.
Menurut fakta sains, tubuh badan manusia memerlukan bakteria baik untuk membunuh bakteria jahat. Asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik akan membantu seseorang itu terkena serangan virus. Kalau korang nak tahu, pengeluaran asid laktik disekitar faraj mengawal kebersihan faraj wanita. Bakteria baik (normal vaginal flora) adalah perlu untuk kita mengekalkan tahap keasidan vagina yang memberi keupayaan untuk menentang sebarang jangkitan pada bahagian tersebut. Sekiranya kita menggunakan pencuci wanita terlalu kerap, ianya akan membunuh bakteria bakteria baik ini.


2. Mengeringkan dan menegangkan kulit pada bahagian alat sulit wanita.


Untuk pengetahuan korang, pH level bahagian bahagian Miss V sangat berbeza dengan pH level pada tubuh badan kita yang lain. Terdapat sesetengah feminine wash ini yang mengeringkan kulit pada bahagian alat sulit wanita. Sekiranya korang menggunakan feminine wash jenis sebegini, keberangkalian untuk kulit korang melecet amat tinggi. Ada sesetengahnya boleh mengakibatkan luka dan ini akan memberi kesan buruk seperti mendapat jangkitan kuman, HIV adan HPV.

3. Mengakibatkan keradangan dan mengeluarkan keputihan.
Haaa, jangan tak tahu, penggunaan feminine wash terlalu kerap boleh mengakibatkan keradangan dan mengeluarkan keputihan yang teruk. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Sekiranya keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan. Keputihan yang terlalu kerap jugak boleh menyebabkan kanser sekiranya tidak dirawat. 

4. Boleh mengakibatkan kanser servik.


Terdapat pencuci yang mengandungi antiseptik yang kuat, yang boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria kebal jika digunakan dengan kerap atau terlalu lama. Jika ini terjadi, kulat dan bakteria tersebut tidak akan bertindakbalas dengan rawatan perubatan, menjadikan ia sangat sukar untuk dielakkan dari merebak ke seluruh bahagian vagina. Ada sesetengah feminine wanita nih memang boleh menyebabkan kanser servik. Yelaaa, kalau dah bakteria baik yang berfungsi sebagai benteng kepada bakteria jahat tuh terhapus, apa lagi yang akan melindungi faraj kita. Korang pernah terfikir tak ke mana bakteria tuh akan merebak sekiranya tiada protection dari luar?

FEM MIST BY FURLEY BIOEXTRACT


Namun, semestinya kita perlu menjaga kebersihan Miss V kita kan? Penggunaan feminine wash dalam kalangan wanita boleh dielakkan apabila korang megunakan Fem Mist dari Furley Bioextract. Fem Mist dicipta untuk membantu masalah Miss V seperti keputihan, kegatalan, kekeringan, keradangan, bau yang kurang menyenangkan dan rasa tidak selesa.



CARA PENGGUNAAAN FEM MIST
Apa yang seronoknya Fem Mist nih, ianya direka dengan botol semburan yang kecil sahaja saiznya. Ianya bertujuan bagi memudahkan ianya dibawa ke mana mana sahaja tanpa mengambil ruang yang besar. Sebagai contoh, korang boleh simpan botol Fem Mist ini di dalam handbag. Korang cuma perlu semburkan pada Miss V dalam jarak 15cm ataupun korang boleh je spray dekat pantyliner. Haaa yang bestnya tak perlu bilas pun sebab ianya sememangnya diformulakan berasaskan air dan dirumuskan dengan khasiat manggis dan manjakani yang mampu mengekalkan keseimbangan pH di bahagian Miss V. Bagi yang memiliki kulit sensitif, tak perlu risau dah. Sebabnya Fem Mist nih sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Korang digalakkan menggunakan Fem Mist nih 3 kali sehari untuk kesegaran sepanjang hari.




KELEBIHAN FEM MIST UNTUK MISS V ANDA
Mudah dan cepat digunakan
Menganjalkan dan mencerahkan
Menghilangkan bau dan kegatalan
Mengurangkan keputihan
Menyegarkan
Boleh digunakan setiap hari
Bersifat semulajadi dan berasaskan air
Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
Tiada bahan kimia yang merbahaya
Diluluskan oleh KKM


Bahan bahan yang terdapat dalam Fem Mist 
Aqua, DermaXan (Garcinia mangostana peel extract), Quercus infectoria (Oak) gall extract, PEG-40, Hydrogenated castor oil, Tocopherol, 2-phenylethanol, Caprylyl glycol, Lavendula angustifolia (pure lavender) oil.

HARGA FEM MIST
Fem Mist hanya RM48 SAHAJA!


DAPATKAN FEM MIST SEKARANG
Segala maklumat lanjut tentang Fem Mist nih, korang boleh refer website mereka seperti tertera:

Website:
Online Store:
Facebook:
Intagram:
Twitter:
Email:
Contact No:
03 8724 3280


Jom dapatkan sekarang! Lebih baik mencegah dari mengubati kan?


Sumber Gambar: Google
PRIME BUST CREAM BOLEH ANJALKAN ASET WANITA ANDA | Salam. Hai semua apa khabar? Di harapkan rakan rakan semua dalam lindungan Allah Taala hendakNya. So topik Uyul kali nih agak menonjol sikit ehh, yela tak biasa tau nak buat entri pasal aset wanita. Kehkehkeh. So readers lelaki pun boleh je baca, mana tahu tergerak hati nak belikan untuk para isteri. Well, setiap wanita confirmlah obses nak cantik dan memiliki payudara yang anjal, montok dan padat itu satu impian. Banyak sebab kenapa payudara wanita boleh kendur. Namun, Prime Bust Cream boleh anjalkan aset wanita anda semudah ABC. Nak tahu apa sebab payudara boleh kendur?




5 SEBAB PAYUDARA BOLEH KENDUR

1. PEMILIHAN SAIZ BRA YANG SALAH
Pemilihan saiz bra yang salah merupakan salah satu sebab payudara boleh mengendur. Hal ini yang demikian, kalau kita pakai bra yang terlalu kecil, ianya akan mengecikkan payudara dan kadang kala akan menyebabkan kesakitann. Namun, memakai bra yang terlalu besar menyebabkan payudara kita menjadi kendur. So korang, sila pilih bra yang bersesuaian dan tips paling bagus tukar bra korang setiap 6 bulan sekali.



2. PERUBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI
Macam mana perubahan berat badan dan obesiti akan menyebabkan payudara menjadi kendur? Okay, macam nih. Bila kita gemok, seluruh tubuh badan kita termasuk segala aset kita pun akan gemok sekali. Eh kamon takkan nak gemok tang perut je, lengan tak gemok ke? Pipi of course lah akan membolat sekali. Haaa begitu jugak dengan payudara. So, bila kita on diet dan lakukan senaman untuk kurus, tak semestinya payudara akan anjal kembali melainkan kita mengamalkan senaman yang betul. Get it?


3. MELAHIRKAN DAN MENYUSUKAN ANAK
Of course babe, melahirkan dan menyusukan anak akan menyebabkan payudara wanita menjadi kendur. Kita sebagai wanita akan mengalami situasi sebegini. Ianya disebabkan kelenjar susu yang membesar untuk menghasilkan susu. Haaaa jangan lahh risau kalau korang yang baru melahirkan anak tuh tengok perubahan macam nih dekat payudara korang. Its normal. And harus diingat, susu ibu banyak khasiat dia.


4. TIDUR DALAM KEADAAN MENGIRING
Posisi tidur juga memainkan peranan dalam keanjalan payudara. Rupanya baru Uyul tahu, tidur mengiring pun menjadi sebab payudara menjadi kendur. Melalui pembacaan di internet, apabila kita tidur mengiring, tak ada yang menyangga payudara kita. And ofcourse masa tidur kena bukak bra ye kakak adik sekalian. Lain bila kita tidur terlentang, payudara kita akan disangga oleh tubuh.


5. KURANG NUTRISI DALAM BADAN UNTUK IBU MENGANDUNG
Antara penyebab lain payudara kendur adalah kurang nutrisi terutama sekali protein dalam badan khasnya untuk ibu ibu yang mengandung. Nutrisi nutrisi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan si ibu terutama sekali payudara untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Haa so, kena lah dapatkan nutrisi yang cukup ya ibu ibu sekalian.





PRIME BUST CREAM PENYELESAIANNYA
So korang dah tahu kan kenapa payudara kita boleh kendur, tidak anjal dan tak mantoppp!! Banyak cara untuk dapatkan kembali keanjalan payudara korang selain daripada melalukan senaman. Haaa ini lahh nih Uyul nak kenalkan satu produk khas kat korang. Pernah dengar tak Prime Bust Cream? 



  • Prime Bust Cream adalah krim semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan serta mencantikkan bentuk payudara wanita semudah ABC.
  • Kesan boleh dirasa seawal 3 hingha 7 hari (denyutan lembut disekitar payudara) dan yang pasti bau epal dia sangat-sangat wangi.
  • Untuk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal digalakkan untuk menggunakan 3 botol Prime Bust Cream.
  • Produk Prime Burst Cream  bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah semakin dikenali pasaran luar negara.
  • Prime Burst Cream telah disahkan oleh KKM anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya.
  • Prime Burst Cream juga telah menjadi  kegilaan para model terkenal seperti Lisaa Pinelle dan Holly Wolf.




CARA PENGGUNAAN PRIME BUST CREAM


Cara menggunakan Prime Bust Cream sangat mudah. Ikuti 6 langkah mudah menggunakan Prime Bust Cream seperti tertera:
  1. Mulakan dengan sapuan lembut secara menyeluruh di seluruh kawasan payudara anda (Termasuk daripada otot tepi, kiri dan kanan dan daripada atas bahagian menghala ke bahu.
  2. Mulakan dengan urutan secara menekan lembut dan menarik otot-oto yang disebut ke atas.
  3. Pastikan urutan tarik menghala ke bahagian tengah payudara anda.
  4. Urutan secara membulat (lawan arah jam) di atas centre payudara anda atau lebih dikenali sebagai circular motion.
  5. Ulang urutan di bahagian sebelah lagi payudara.
  6. Teruskan urutan selama 3 ke 5 minit untuk setiap belah payudara anda.
NOTA:
  • Penggunaan sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam) dan dan selepas mandi.
  • Dilarang memakai semasa period hari pertama hingga ke 4 atas sebab hormon tidak stabil dan boleh pakai pada hari ke-5.

TESTIMONIAL PENGGUNA
Berikut adalah antara testimoni pengguna yang telah menggunakan Prime Bust Cream. Kesan boleh didapati dalam masa 7 hari gaissssss. Haaa apa lagi, jom lah dapatkan Prim Bust Cream!





JOM DAPATKAN PRIME BUST CREAM

Jom dapatkan Prime Bust Cream sekarang! Korang boleh ke Facebook Beauty Cosmetic atau ke Instagram @pbc_hq untuk keterangan lanjut.