KAKI AYAM MENGANDUNGI KOLAGEN TERBAIK YANG RAMAI TAK TAHU

KAKI AYAM KOLAGEN TERBAIK YANG RAMAI TAK TAHU | Salam. Bila sebut kaki ayam, ramai lahh buat muka annoying macam jijik betul makan kaki ayam. Yela, ayam mana lah pakai selipar ye tak. Tapi haihh rugi laaa korang tak makan kaki ayam. Kaki ayam mengandungi kolagen terbaik yang ramai tak tahu weyh. Semalam sampai rumah je lepas habis waktu bekerja, terbau bau sup dari depan pintu. Uyul tanya Mak masak apa. Taraaa! Sup kaki ayam.


Ramai yang tak tahu bahawa kaki ayam mengandungi fungsi kolagen yang baik untuk tubuh badan kita. Kolagen merupakan salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Kolagen kaki ayam adalah kolagen alami yang sangat baik untuk tubuh kita. Kolagen dari kaki ayam mengadungi protein yang berperan penting untuk tulang, kulit dan juga untuk menyegah menuaan.


KEBAIKAN KOLAGEN KAKI AYAM
Berita baik untuk penggemar kaki ayam seperti seketul Uyul. Antara kebaikan kolagen yang terdapat pada kaki ayam adalah:

1. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN
Kolagen kaki ayam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan secara langsung pada tubuh. Pengambilan kaki ayam juga boleh membantu sesiapa yang sedang berdiet haaa sesuai sangat dengan Uyul yang masih dalam diet nih.

2. MEMUTIHKAN DAN MENCERAHKAN KULIT
Kebelakangan ini, ramai sangat yang obses nak suntik untuk putih. Korang tahu tak, kolagen kaki ayam adalah pemutih badan alami yang banyak dimanfaatkan untuk kecantikan. Makan kaki ayam je awak, pun boleh putih. Tayah nak susah susah pi suntik, bahayanya lagi banyak dari baiknya.

3. MENCEGAH PENUAAN
Bagi yang masih muda tuh, haihhh memang nightmare kalau nampak kedutan pada wajah kan? Jangan tak tahu, kaki ayam mampu mencegah penuaan di usia muda. Ciss, da tahu rahsia Uyul nampak muda ke?

4. MELANCARKAN PENCERNAAN
Kolagen ayam membantu menyehatkan pencernaan dengan menjaga kesehatan lapisan mukosa pada usus. Asam amino pada kolagen ayam membantu menjaga kesehatan usus sehingga kita boleh mendapatkan pencernaan yang sihat. Selain itu, dengan pencernaan yang sihat maka metabolisme tubuh semakin baik.

5. MENGUATKAN TULANG RAWAN
Dalam kolagen ayam terdapat kondroitin yang membantu menyihatkan tulang rawan. Kolagen kaki ayam membantu menguatkan tulang rawan baru yang lebih baik untuk kesihatan kita.

Sumber: Stylies Info

9 comments:

  1. Yeayyyy kita gang..sama nak muda selalu kena makan sup kaki ayam..kolagen banyak giler dan awet muda tau....

    ReplyDelete
  2. SO,kena selalulah makan kaki ayam...memang pebret ni kaki ayam..nak² kalau buat kerabu

    ReplyDelete
  3. Suka juga makan kaki ayam ni.
    Tapi tak tau pulak kelebihannya tu.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup kaki ayam. Terliur mya dibuatnya. Pastu makan dengan sambal kicap. Yummy.

    ReplyDelete
  5. Akak tak makan, tapi kaki ayam kesukaan suami akak..

    ReplyDelete
  6. feveret akak gak ni..nyumsss..

    ReplyDelete
  7. banyak kebaikannya..hehe tak pernah makan kaki ayam ni. lepas ni boleh la try

    ReplyDelete
  8. Suka juga masak sup kaki ayam.. Hihihihi

    ReplyDelete
  9. tak sia sia kite suka makan kaki ayam. biasanya kalau tgh ratah org suka cakap "eii apeni makan kaki ayam x elok la"

    hambik rupanya byk kebaikan

    p/s : Hi! Salam kenal <3 blogwalking sini

    -Farah Dafri-
    www.farahdafri.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.