BAWAL ARIANI DI BUTIK EMYLIYA BATU PAHAT

August 07, 2017

BAWAL ARIANI DI BUTIK EMYLIYA BATU PAHAT. Salam. Ada yang suka pakai tudung bawal? Actually, Uyul bukan lah terlalu obses dengan tudung bawal. Hakikatnya, memang Uyul lebih gemar menggayakan shawl memandangkan shawl amat mudah untuk digayakan. Cumanya tah macam mana, sejak jatuh cinta dengan iBawal yang Uyul dapat semasa menghadiri program SBB2017, terus jatuh cinta dengan bawal. Nak nak bawal satin. Tersuka tanpa sengaja.

Dipendekkan cerita, semalam Uyul sempat berkunjung ke adik ipar Uyul iaitu Butik Emyliya yang terletak di No.141 Blok 1-G, Wisma KHK, Jalan Rogayah, Batu Pahat, Johor. Tak silap hampir sebulan juga butik ini beroperasi. Haaa baru berkesempatan nak jengah. Dah alang alang masuk tuh, apa lagi, kita shopping lah sikit. Terasa macam dah lama tak beli tudung bawal. Ada dua tiga jenis tudung jugak yang tergantung, tapi Uyul sempat grab bawal Ariani dan Naelofar Maya, so total 2 helai. Mehh nak belanja korang selfie Uyul pakai tudung bawal Ariani tuh.


Ramai yang tak suka pakai tudung material jenis satin nih sebab dia licin dan payah nak setting kan? Well, Uyul sebelum nih memang dah beli pun Bawal Ariani, dan sebabkan Uyul seorang yang sabar nak pakai, terus beli lagi weyh. Sebenarnya dia senang je, lepas korang buh atas kepala, korang peniti lah kiri kanan dan atas kepala tuh. Apa yang bestnya pakai bawal jenis macam nih, dia sangat lembut, tapi terletak je kat kepala, tak senget benget pun. Uyul pun terus nampak macam cikgu cikgu dah nih. Skema betul rasa. Esok macam nak pakai Bawal Naelofar Maya. Fuhh! Haa, Uyul selpie banyak banyak okay! Jangan muak pulak. Hahaha. 

Kalau masih yang susah jugak nak handle bawal satin macam nih, nanti Uyul buat tutorial okay?

BUTIK EMYLIYA BATU PAHAT, JOHOR
Selain tudung mahupun shawl, terdapat barang kosmetik, blouse murah, handbag dan pelbagai barangan dijual di Butik Emyliya. Korang boleh serbu ramai ramai Butik nih sendiri dan grab lah barang apa yang korang nak beli. Uyul memang tak boleh masuk lama lama, boleh kosong amaun dalam bank karang.








Selamat bershopping dan berhabis duit!



You Might Also Like

8 000, 000 Pengkomen

  1. amboi...banyak yang di angkut tu..ingat bawal je...

    ReplyDelete
  2. terpesona tgk muka uyul..:)

    ReplyDelete
  3. suka..mudah je sarung jenis satin..cam pucci tu..

    ReplyDelete
  4. Ccl penggemar tuding jugak . Tak kira every month selalu shopping tudung tak kisah lah tudung bawal mahupun shawl

    ReplyDelete
  5. Ingat yang menarik cuma bawal...tapi ada lagi yg menarik tu ha...alaaaaa

    ReplyDelete
  6. wahhy beseri2 eh uyul pakai tudung baru..

    ReplyDelete
  7. cantik Uyul pakai tudung bawal. Lama dah Fiza tak berbawal.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>