TIPS KURUS TANPA NASI

TIPS KURUS TANPA NASI | Salam. Fedup sebenarnya Uyul nih. Dah dekat sebulan berat statik je tau. Tak reti nak turun turun lagi. Apa lagi duk lah cari tips nak kurus terjumpa pula tips kurus tanpa nasi. Haaaa, boleh ke tak makan nasi nih Uyul? Hahaha.

Actually ada sorang blogger bagitahu yang Uyul mungkin mengalami Plateau. Plateau tu apa? Plateau tuh adalah penurunan berat yang statik. Dah bersenam teruk teruk, makan dah control habis tapi berat masih statik. Haaa itu yang Uyul alami sekarang. sampai rasa nak give up pun ado. Tapi mana boleh give up awal awal. Kena usaha bagi kurus jugak. So, Uyul sekarang nak amalkan diet tanpa nasi disamping bersenam.





TIPS KURUS TANPA NASI


1. Bersedia Mental & Fizikal
Penting untuk kita buat persediaan mental dan fizikal. Hal ini kerana, bagi Uyul apabila kita mahu ubah pola makan dan cara hidup kita, kita perlulah kentalkan hati kita. Bukan mudah nak ubah lifestyle kita. Yelaaa dah terbiasa makan nasi, terbiasa makan apa je yang kita nak makan, tiba tiba kena ubah gaya hidup, bukan takat tubuh sahaja terkejut bahkan mental pun akan turut rasa perubahannya.



2. Ambil Sarapan Pagi
Yang ini sangat penting. Sebenarnya, proses pencernaan berlaku pada waktu malam ketika kita tidur. Terang terang bila kita bangun pagi, kita akan berasa lapar. Pengambilan sarapan pagi amat penting supaya kita dapat tenaga yang cukup untuk buat sebarang aktiviti. Kebiasaannya Uyul akan ambil segelas susu rendah lemak atau pun sekotak susu full cream dan juga makan sepinggan mee hoon goreng. Kalau malas sangat, Uyul akan makesure untuk makan sebijik telur rebus.

3. Banyakkan Minum Air Putih
Uyul tak ada masalah untuk minum air putih. Ada sesetengah orang memang susah nak minum air putih. Kalau Uyul, setakat 3L sehari Inshaallah mampu sangat sangat. Cumanya rajin lah pula ke bilik air. Kepentingan minum air putih nih adalah, dia akan buat kite bertahan untuk rasa lapar. Uyul pernah cuba tak makan nasi, tiba tiba lapar ya amat. Minum air putih segelas, rasa lapar terus hilang. Dan satu lagi, kita kenalah train diri untuk kurangkan pengambilan gula dalam badan. Cara paling mudah adalah minum air putih.

4. Makan Sayur dan Makanan Berprotein Tinggi
Pada waktu makan tengahari, Uyul dah mula tak sentuh nasi. Uyul lebihkan sayur dan makan berprotein tinggi seperti ikan dan ayam. Perlu diingatkan, kita memang WAJIB ambil makan tengahari supaya boleh cut untuk makan malam. Uyul kalau tak makan tengahari memang belum sempat sampai malam dah melepek keletihan.

5. Makan Buah-buahan
Pengambilan buah buahan pada waktu malam sebagai santapan malam adalah baik untuk kesihatan. Umum sedia maklum bahawa buah buahan mengandungi zat dan vitamin yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Uyul pula suka makan epal hijau, pear hijau dan jugak anggur hijau. Malam nih kena restock buah lah ceritanya nih sebab stock dah habis.

6. Dapatkan Rehat Yang Cukup & Bersenam
Untuk dapat berat yang ideal, rehat perlu cukup dan senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya sejam sehari. Kalau cut makan tapi bersenam pun malas, memang tak boleh laa nak dapat berat yang ideal. Uyul sebelum nih masalah tak control makan, pergi gym tapi berat tak nak turun. Haaa itu sebab lah Plateau jugak tuh. So lepas nih memang kena control semua. Control makan, bersenam dan kurus kembali!



So, ini sahajalah TIPS KURUS TANPA NASI dari seketul Uyul. Semoga Uyul bersemangat semula untuk dapat berat ideal macam dulu dulu. Haihh lahh. Obses nak kurus punya pasal.




27 comments:

  1. yeahh...jom kita buat challenge sesama utk kuruihhh..heheh

    ReplyDelete
  2. InsyAllah boleh punya Uyul yang penting sarapan pagi jangan tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jyeahhh Uyul boleh. Aahh sarapan tak boleh tinggal.

      Delete
  3. Kak lina pernah buat dulu...bertahan 2 minggu je...tak thn la xmkn nasi hihi...tp kan berat mmg byk turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. aduhh uyul ni da la mudah patah hati, kang sekerat jalan pulakk

      Delete
  4. Chaiyok Uyul. Kak ana pernah berjaya turun berat tanpa tglkan nasi. Tu before pregnant. Skrg mcm susah nak jadi mcm dulu. Faktor usia mungkinkah?? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. mgkin laa tu kak ana. faktor usia. uyul nak kena kurus nih. nanti baju nikah tak muat,

      Delete
  5. alaaaaa awak.. !! saiyaaatakuaaaad hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah. uyul pun takuatttttt jugakk.

      Delete
  6. Teringat masa kerja kedai makan dulu. sebulan berat turut 20 kg. JM tak makan nasi dan makanan berkanji. just hari2 makan sup ayam, sup sayur je...

    ReplyDelete
  7. Nani dulu pernah jugak buat diet ni tapi tak bertahan lama. Hahah! Huwaa lepas baca entry Uyul ni rasa nak buat semula. Ni pun badan rasa dah naik lepas Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi nani jom laa kita lawan hahahahaha.

      Delete
  8. assalamualaikum uyul...gud luck k...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  9. Nak kurus jugaak....dah mok mok dah ni...beraya sakan...hehe

    ReplyDelete
  10. Rabia terlebih kurus dah..berat 45 je..tp kuat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rabia kena makan banyak sikit okayyy

      Delete
  11. mental dan fizikal tu paling penting kena kental...huhu..hidup tanpa nasi macam ada yang kurang. dalam rutin diet fiza biasnya makan sesenduk nasi perang dah okay dah :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.