LACELLE JEWEL & DIAMOND DAILY BY BAUSCH LOMB

July 02, 2017

LACELLE JEWEL & DIAMOND DAILY BY BAUSCH LOMB. Salam. Ada yang suka pakai contact lens? Uyul start pakai contact lens sejak tahun lepas. Itu pun lepas terjebak dengan kawan kawan yang lain. Saja laaaa tuh nak suka suka pakai. Acah acah nak nampak comel lettewww. Hahaha.

Kebetulan sangat, baru baru nih Bausch Lomb telah lancarkan keluaran terbaru contact lens mereka. Uyul tak lepaskan peluang untuk dapatkan contact lens dari mereka. Dengan contact lens kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, korang akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista. Gituuuuuu.



Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi  keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.




Seterusnya, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily mempersonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.


Apa yang best Lacelle Diamond Daily nih, korang boleh pakai buang je. Haaa kalau pergi function atau event satu hari suntuk pun, korang boleh pakai tanpa was was sebabnya contact lens dari Bausch Lomb nih sangat sangat selesa weyh.




Bersinar sinar kan mata seketul Uyul? Hahaha. Hamekk kau! Mata pun nampak besar weyh. Comel pulak rasa. Hehehe. Korang pergi website www.lacelle.com.my untuk keterangan lanjut.








You Might Also Like

0 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>