PIZZART KELUARKAN 5 JENIS PIZZA LAIN DARI YANG LAIN | Salam. Korang pernah dengar tak Pizzart? Actually Uyul pun baru dengar tentang Pizzart nih. Pizzart merupakan signature terbaru yang dikeluarkan oleh Anchor Food Profesionals. Anchor Food Professionals adalah jenama makanan yang dikeluarkan oleh Anchor dan mereka merupakan sebahagian daripada syarikat pengeluar cheese terbesar Fonterra. Antara perniagaan berasaskan makanan yang dikeluarkan oleh Anchor adalah Cheese, Cream, Cream Cheese, Butter dan Susu. Baru baru ini, Anchor telah melancarkan produk terbaru yang diinovasikan lain daripada pizza sedia ada di pasaran (boleh baca di entri Anchor Food Professionals Launches Artisanal Pizzas Through Pizzart Campaign). Kali ini pizzart keluarkan 5 jenis pizza lain dari yang lain antaranya Flower Pizzas, Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffin Pizzas dan Pot Pie Pizzas.

KINI PIZZART KELUARKAN 5 JENIS PIZZA LAIN DARI YANG LAIN DI SEMUA OUTLET TERPILIH
Konsep PizzArt yang dihasilkan ini sangat kreatif. Selain masih mengekalkan rasa keju yang meleleh dan tidak terlalu muak, ianya lari sedikit daripada bentuk pizza sedia ada dan sangat menarik untuk dicuba. Rugi rasanya kalau Uyul tak share dengan korang kelazatan sehingga licin pinggan kami makan tempoh hari. Hahaha. Warning nih, jangan sampai korang jilat skrin pulak eh, isk isk isk.

*Adjaruli Khacapuri*

Reka bentuk piza Adjaruli Khacapuri ini seperti sampan yang terkandung cheese keluaran Anchor itu sendiri. Cara makan dia sangat unik di mana korang cicah roti pizza tuh dengan cheese di dalam sampan tersebut. Haaa panggil sampan terus. Hahaha. Jangan tak tahu, korang boleh tarik panjang cheese tu ke atas dan sepanjang yang boleh. My bad, Uyul bukan cheese lover, kalau tak memang dah try dah Adjaruli Khacapuri nih di Ejhong Concept, Johor Bahru. 

*Flower Pizza*

Haaa nama pun Flower Pizza, confirm lah bentuk dia macam bunga. Setiap kelopak bunga tuh ada cheese hokeyy! Haihh nih kalau depan mata memang tak makan lah weyh. Duk tengok je sebab cantik betul lahh haih. Unfortunately, Flower Pizza belum lagi dilancarkan. Tak pe sabar, nanti kita serbu ramai ramai.

*Mini Muffin Pizza*

Mini Muffin Pizza ini pula dihasilkan dengan konsep bite-size version bagi mencipta kelainan. Kita pun boleh makan santai santai je. Tak perlu nak pakai fork and spoon pun. Boleh menikmati sebagai sarapan pagi. Sangat sesuai di makan untuk kanak kanak jugak. Yang ini korang boleh dapat kan di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

*Pizza Bomb*

Pizza Bombs jugak dihasilkan dengan konsep bite-size version dan dan dan bila makan tuh, terasa okayy cheese dia mencair dalam mulut. Perghh kepadatan inti dia tuh sedap tak terkata. Ehh korang kena cuba lahh. Mana boleh jilat skrin laptop Uyul je. Hahaha. Yang ini pun boleh dapat dekat Movida Kitchen and Terrace Batu Pahat.

*Pot Pie Pizza*

Pot Pie Pizza pulak dihasilkan dengan doh pizza yang crunchy dan penuh dengan inti cendawan dan di atasnya ditabur dengan cheese yang sememangnya meleleh ahh kalau makan. Yang ini Uyul tak try lagi. Katanya ada di Ejhong Concept, Johor Bahru jugak. Haihh kena pergi JB lahh jawabnya nih kan kalau nak cuba.


PIZZA BOMBS & MINI MUFFIN PIZZA
Uyul berkesempatan untuk  mencuba 2 daripada 5 jenis PizzArt yang baru dilancarkan di Batu Pahat baru baru ini. Iaitu Pizza Bombs dan Mini Muffin Pizza. Rasa diaa yang sedap tuh memang buat Uyul tak berhenti kunyah hari tuh tau. Haihh lahh. Dia kecik molek je kalau korang tengok, tapi MashaAllah dia punya kenyang tuh, memang berbaloi untuk korang cuba. 

*Seksi tak? Hahahaha. Dah dah lap air liur tuh. Tak senonoh betul hahaha*

 *Mini Muffin Pizza yang sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Makan seketul dah kenyang weyh. Serius tak tipu nih.*


PIZZA BOMBS
*Haihh gebu gebas macam Uyul jugak Apa cerita nih hahahah.*

MINI MUFFIN PIZZA
*Bentuk dia pun macam Muffin biasa tuh. Tapi nih lain okay, dalam dia ada inti yang sedap perghh merecikkk!*

 *Untuk Pizza Bombs, ada sos dia korang boleh cicah. Sedap sos dia. Tapi kalau nak makan begitu sahaja pun boleh weyh. Masih sedap lagi.*



CHEESE BERKUALITI DIGUNAKAN DALAM MENGHASILKAN 5 SIGNATURE PIZZART TERBARU
Macam Uyul cakap, Uyul bukan lahh penggemar makanan berkeju. Sedangkan Naan Cheese pun tak boleh nak telan. Kadang kadang makan Pizza dekat Dominos atau Pizza Hut pun akan kuis dulu cheese dia. Mungkin sebab rasa dia yang cepat muak tuh yang buat Uyul tak berapa nak suka. Tapi, dengan PizzArt, dah tak jadi masalah dah. Semua orang tahu Anchor Food Professionals memang pengeluar keju terbaik dari New Zealand, cheese yang digunakan dalam menghasilkan PizzArt ini takkan buat kita rasa muak bahkan kita rasa macam nak makan lagi. 

Bukan itu saja, yang bestnya, PizzArt nih boleh dimakan sewaktu panas mahupun ketika sejuk. cuma bila dah sejuk, tak boleh laa nak tarik tarik cheese dia macam Uyul tarik nih. But then, rasa dia tetap umpphh! Tak muakk okay! Pizza Bombs je Uyul makan 3 biji, Mini Muffin Pizza sampai 2 ketul. Haihh mana tak berat naik 3 kg hahaha. Penangan PizzArt lahh nih. Nahh belanja gambar Uyul tarik cheese dia, saja buat korang pergi cari PizzArt nih hahaha.

*Okay, sabar. Kita tarik perlahan lahan.*

*Tarik lagi sikittttt perghh teruja betul nampak cheese panjang camni haha.*

 *Okayyy dah nampaak cheese dia bagai diracik racik.*

*Senyum lebar nampak Uyul? Kemahin happy nampak cheese panjang. Mudah terhibur.*

*Jyeahhhhh!*

*Muka puas hati hahaha. Well korang takkan nak tengok je? Pergi dapatkan PizzArt sekarang!*

*Saja je nak bakar korang! Hahaha. Yang ini Mini Muffin Pizza. Inti dia tuh sedap.*


*Makan penuh nikmat dohh.*


*Sedap, betul weyh Uyul tak tipu. Wajib cari okayy korang!*


DAPATKAN PIZZART DI RANGKAIAN TERPILIH
 *Please sorry our excited face. Hahaha. Kemahin Uyul kan?*


Korang boleh dapat kan PizzArt ini dia premis premis dibawah sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei sehingga pertengahan November 2017 dengan harga yang murah dan berbaloi.

Klang Valley – Movida and U Pizzeria
Perak – Movida and U Pizzeria
Penang – US Pizza and Lunarich
Kedah – Sky Garden
Melaka & Johor – Movida
Johor – Ejohng Concept
Sabah – The Chub’s Grill and Mad Ben
Sarawak – Chillax, Coup De Grill and Bistecca


PENERANGAN YANG CUKUP JELAS DARI WAKIL ANCHOR FOOD PROFESSIONALS
Sewaktu kempen PizzArt ini dijalankan di Batu Pahat, Uyul berpeluang mendengar penerangan secara terperinci tentang signature dari Anchor Food Professionals nih. Mr Chua Chern Shian wakil dari Anchor telah mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk jelaskan apa sebenarnya kelainan yang cuba di bawa oleh Anchor Food Professionals melalui PizzArt ini. Menurut Mr Chua, terdapat 24 outlets di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Seperti yang Uyul mention di awal entri, PizzArt menggunakan product dari Anchor itu sendiri. PizzArt di hasilkan dengan gabungan Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Butter, Anchor Culinary Creams dan Anchor Cream Cheese. Dan semua produk Anchor ini memang dibawakan khas dari New Zealand.





*Miss Wong Ju Yi, Senior PR Executive.*

*Mr Chua, Chef Pele dan beberapa kakitangan dari Anchor Food Professionals serta rakan rakan yang turut serta dengan kempen PizzArt tempoh hari.*

So apa lagi korang?? Takkan nak kecur je kan? Pergi lekas cari PizzArt berdekatan. Jangan cakap Uyul tak payung ehh. Hahaha. 

Blurppp. Alhamdullilah.
*Sampai sendawa nih. Teruk pangai hahahaha* 

BANGLONG DAN BANGAH KESAYANGAN MALONG | Salam. Hai semua salam Jumaat. Semoga Allah permudahkan urusan sesiapa yang sedang baca entri Uyul ini. Kisahnya semalam Uyul nak clearkan hardisk Laptop. Ye laaa sejak CPU dekat office nih rosak, memang Uyul online guna Laptop sendiri. Perghh berhabuk Laptop yang dah berkhidmat hampir 3 tahun nih. Haaa, memang nak duk clearkan hardisk lah kan. Nak buang mana yang tak berkaitan. Sekali, ehhhh ada terselit gambar Banglong dan Bangah kesayangan Malong pulak.

BANGLONG DAN BANGAH KESAYANGAN MALONG

Bangah - Muhammad Afif Hanis

Banglong - Muhammad Aqmal Danish

Photogedik Malong. Pandai posing depan kamera.

Kalau Malong pegang kamera je, memang laju dia senyum.

Yang abang nih pulak kena pujuk dulu, barulah dia nak behave sikit depan kamera.

Cukcamcukcam Malong.

Banglong cuba laa senyum sikit. Haihhh.

Kena puji dulu baru dia nak senyum.

Bangah nak makan ke nak tidur nih?

Makan aiskrim tak ingat Malong ek.

Haaa tengok apa tuh Bangah. Fokus semacam je.

Susah betul nak pandang kamera kan?

Muka kesian nak mintak Cik Nana aiskrim lagi laaa tuh.

Dengan confidentnya nak main sambil ignore kamera Malong.

Bangah memang Photogedik. Hahaha.

Dua dua Malong sayang. Banglong nak masuk 6 tahun, Bangah nak masuk 4 tahun. Coming soon Adik Baby dalam perut Ibu. Harap harapnya yang keluar lepas nih perempuan. Malong dah bosan dengan 3 ketul Fruit Son. Haha. Oh ye, yang sorang lagi tuh anak buah dari adik Uyul yang lagi sorang. Umar Asyraff namanya. Baby lagi, so Malong tak bawak shooting lah hahaha. Nanti dah pandai jalan, confirm Malong kerah semua jadi model.

Malong bila nak ada anak sendiri? Entahlah. Malong nih jodoh pun tak sampai lagi. Mungkin Palong korang nih baru habis SPM kot. Haaa, Palong muda Malong bagi. Jadi jangan tanya bila Malong nak bagi korang sepupu. Kalau jodoh ngam sampai tahun depan, korang dah masuk sekolah rendahlah baru korang dapat sepupu dari perut Malong. Hehehehe.

Okay, sekian sahaja update ringkas Malong hari ini. Saja je Malong update entri bergambar sebab tak nak peram gambar dalam Laptop semata mata. Haaa ada yang nak guna khidmat Malong sebagai Photographer? Malong boleh je shoot untuk sebarang event. Sekarang Malong ada promosi untuk tahun 2017. Book tahun nih, pakai sampai tahun depan. Yang penting before Disember ye korang book.


PROMOSI SEHINGGA DISEMBER 2017!!
NIKAH + SANDING HANYA RM1300!

Ada yang masih tak ada Photographer untuk majlis korang? Boleh WhatsApp Uyul +60137766426, kita deal sampai jadi. Promotion untuk pakej Nikah + Sanding ini akan tamat sehingga hujung tahun 2017. Haaa. Untuk pengetahuan Uyul cover seluruh Malaysia (T&C). Kalau nak tengok artwork Uyul, banyak dekat Instagram FlashSync Photowork.

MAKEUP TAHAN LAMA DENGAN WOWSKIN VITAMIN SERUM | Salam. Uyul nih nak kata rajin mekap tuh tak lah. Cuma kalau rasa nak mekap, memang betul betul mekap weyh. Kemahin tau selalu sangat tengok mekap tutorial dekat Youtube. Haaa punya lah study sampai nak tahu apa yang MUA nih tepek sampai mekap nampak glowing, mekap tahan lama pulak tuh. Ohh rupa rupanya mekap boleh tahan lama dengan WowSkin Vitamin Serum.



Sebelum nih, berbagai jenis serum yang Uyul dah cuba, tapi masih tak membuahkan hasil. Jerawat masih bertimpa timpa, kalau makeup pun takde effect glowing glowing. Jeles betul tengok orang yang pandai mekap nih. So Uyul try lah Google apa serum muka terbaik yang berbaloi untuk dimiliki. Haaa sekali jumpa pulak tips tips untuk serum untuk mekap dekat carian Google.

5 VITAMIN + 11 BOOSTERS YANG TERKANDUNG DALAM WOWSKIN VITAMIN SERUM

WowSkin Vitamin Serum adalah set serum vitamin yang lengkap untuk anda dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Ianya dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D & E di dalam serum siang dan serum malam. Set ini merupakan gabungan vitamin lengkap yang disarankan para pakar kulit di seluruh dunia. Set WowSkin Vitamin Serum ini juga ditambah dengan 7 bahan boosters di dalam Serum Siang dan 6 bahan boosters di dalam Serum Malam. 


KENAPA PERLU ASINGKAN SERUM MALAM DAN SIANG?
SERUM SIANG

Serum Siang mengandungi Vitamin B3, C & E  yang diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari.

7 BOOSTER DALAM SERUM SIANG

1. HYALURONIC ACID
Hyaluronic Acid adalah bahan yang popular dengan keupayaannya melembabkan, menegangkan dan menggebukan kulit wajah.

2. BETA GLUCAN
Beta Glucan adalah bahan dari oat yang sangat berkesan dalam menghilangkan keradangan, kemerahan dan kegatalan pada kulit.

3. PORTULACA OLERACEA
Ini adalah ekstrak herba yang mampu melawan jangkitan bakteria pada kulit dengan berkesan.

4. ALGAE EXTRACT
Ekstrak dari alga ini mampu melambatkan proses penuaan kulit anda dan mengurangkan kedutan pada wajah.

5. ALOE VERA EXTRACT
Ekstrak Aloe Vera ini pula akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda pada tahap optimum sepanjang masa.

6. PROVITAMIN B5
Provitamin B5 ini unik kerana mampu memastikan kulit anda tidak 'stress' hasil dari pendedahan pada persekitaran yang tidak sihat.

7. ALLANTOIN
Allantoin adalah bahan yang diekstrak dari pokok Comfrey untuk memastikan WOWSKIN ini boleh dipakai pada kulit sensitif kerana ia bersifat anti-iritasi.



SERUM MALAM

Manakala Serum Malam mengandungi Vitamin A & D dan lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika anda sedang berehat dan tidak berada di persekitaran panas terik.

6 BOOSTER DALAM SERUM MALAM

1. MATRIXYL 3000
Matrixyl 3000 ini begitu terkenal dalam dunia kosmetik sebagai antara bahan terbaik untuk menegangkan kulit wajah.

2. HYALURONIC ACID
Seperti Day Serum, Night Serum ini juga ditambahkan bahan hebat Hyaluronic Acid ini.

3. PORTULACA OLERACEA
Seperti dalam Day Serum, ini adalah ekstrak herba yang mampu melawan jangkitan bakteria pada kulit dengan berkesan.

4. CERAMIDE 1
Ceramide adalah bahan popular yang sering diguna untuk menguatkan lapisan kulit wajah secara semulajadi.

5. COLLAGEN
Seperti yang semua tahu, Collagen adalah elemen penting untuk kulit yang tegang, sihat dan flawless!

6. ELASTIN
Ramai yang kenal Collagen tapi tidak tahu pasangannya yang juga hebat dalam menjadikan kulit anda kekal cantik, iaitu Elastin.



Terdapat code pada setiap kotak WowSkin Vitamin Serum untuk kite semak ketulenan serum yang kita pakai. 



WOWSKIN TERBUKTI BERKESAN


Banyak betul kandungan Vitamin dan Booster yang telah diformulasikan dalam satu set WowSkin Vitamin Serum nih kan? Sebenarnya, ianya diformulasikan untuk bertindak sebagai serum untuk kulit berminyak, serum untuk kulit jerawat bahkan serum untuk jeragat.

Selain untuk penjagaan kulit wajah, serum ini boleh digunakan sebagai serum untuk mekap tahan lama dan cara untuk glowingkan mekap kita. Hal ini kerana, WowSkin Vitamin Serum dirumus khas dengan Vitamin vitamin yang Uyul mention dekat atas dan ianya tidak berminyak bahkan tidak melekit apabila disapu dikulit wajah.

HARGA SATU SET WOWSKIN VITAMIN SERUM

 DISKAUN 50% UNTUK SEMUA!
HARGA BIASA
RM120
HARGA PROMO
RM59

KOS POSTAGE : TAMBAH RM8 (SEMENANJUNG) / RM12 (SABAH & SARAWAK)




DAPATKAN WOWSKIN VITAMIN SERUM

Cara untuk order, korang boleh WhatsApp 010-3130631 atau PM di Facebook Page bahkan boleh order direct dari website seperti tertera:

Pengasas Produk : Muhammad Zukermi bin Edi (Facebook)