PHOTOSHOOT RAYA DI MAHAKARYA IDEAS | HATTA AWANG PHOTOGRAPHY. Salam. Selamat Hari Rayaaaaaaa semuaaa! Well, sejak adik adik Uyul ramai yang dah mendirikan rumah tangga, nak kumpul satu family agak payah. Kang ada yang pagi raya beraya rumah keluarga mertua. Ada yang masih bekerja di pagi raya. Uyul? Uyul masih belum bergaduh lagi nak beraya dekat mana hahahaha. Well, kebetulan sangat Uyul memang tak payah nak apply cuti raya, sebab confirm cuti raya memang lama, 5 ke 6 hari but normally memang 5 hari.

So, tahun nih, memang dah lama plan nak shoot gambar family beramai ramai. Plan pada awalnya Uyul nak je shoot sendiri. Pacak tripod, klik shutter je senang. Tapi sebab malas punya pasal, kita pun apa lagi, plan laaa last minit nak photoshoot raya dekat studio abang Hatta Awang. Actually Uyul kenal abang Hatta nih sejak dari hari pertama Uyul kerja di My Photoshop (MPS). Abang Hatta Awang nih kiranya antara photographer terkenal di Batu Pahat dan sekitarnya.

Dipendekkan cerita, lepas Uyul bagitahu adik adik, semua sepakat nak shoot. Disebabkan Hadi kerja pagi tuh dan Liya pulak kat rumah parent dia, Dekni dengan suami dia pulak balik raya rumah mertua dulu, Alip dan Ain pun pagi tuh balik raya rumah Mertua dia di Peserai. Makanya plan shoot petang lah lepas asar. Sempatlah Uyul, Mak Abah dan adik adik yang masih bujang beraya ke rumah nenek dulu. Bila semua dah ada, berkumpul semua gerak ke studio abang Hatta. Bila masuk tuh, wahhhh seronok pulak tengok props dia weyh. Meriahhhh. Rasa macam kartun kartun. Alaaa macam cerita Usop Sontorian tuh. Lain dari yang lain ahh. Memang kita pun nak sempoi sempoi je kan.

Dah tayah bebel pepanjang Uyul. Jom layan gambar gambar photoshoot raya kami.




  

Adik Uyul nombor 1 dengan wife dia.
Hadi & Liya. Cenonet kecik tuh Umar Asyraff.




Adik kita nombor 2 dengan husband dia.
Dekni & John.




Adik kita nombor 3.
Alip dan Ain.
Haaa dua ketul tuhhhh ehh geram Malong lahhh.
Aqmal dan Afif.







Rasa macam berbaloi gila photoshoot raya dengan abang Hatta nih. Paling best fast service. Harga dia pun tak lah mahal sangat. Satu keluarga RM100 dan pecahan keluarga tambah RM40 sahaja. Habis shoot dah boleh dapat softcopy dah. So nextyear, kalau korang nak cari photoshoot raya yang berbaloi baloi nih, boleh terjah Mahakarya Ideas. Confirm tahun depan abang Hatta tukar props lain.





Mahakarya Ideas / Hatta Awang Photography
Lokasi: 96A, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor



PERASAN MACAM KAU BLOGGER FAMOUS | Salam. Amboi Uyul, perasan macam kau blogger famous pulak kan? Nak jadi blogger, tapi blog tak berupdate. Berhabuk bersawang semuanya. Dah macam rumah tinggal pun ada. Ya ampun, bukan tak rindu nak berceloteh dalam blog nih. Tapi sebulan nih memang busy gila. Nak nak semua orang kejarkan dateline sebelum raya.

Uyul kerja dalam bulan puasa nih memang penat ah. Mana nak setle album, mana nak pasang frame. Nak layan kerenah customer pulak. Aduhai. Bila balik kerja pulak dah penat. Memang tak dan lahh nak ngadap laptop. Rasa bersalah pada diri sendiri. Padahal ramai orang kejar trafik bulan Ramadhan kot.

Haihh lahh banyak betul pending entri weh. Bulan June pun dah nak habis tinggal sehari je lagi. Hamekk kau Uyul! Hahaha. By the way, ada yang merindui Uyul ke? Okayyy okayyy Uyul akan lakukan serangan balas ke blog rakan rakan yang rajin singgah blog Uyul. Walaupun berminggu minggu tak jengah blog usang nih, tapi trafik maintain 700 ke 800 sehari. Siapa lahh tuh yang baik hati baca blog kita. Terima kasih sangat sangat.

Well, sekadar update pendek dulu. Petang petang sikit Uyul sambung membebel ye! Nak edit gambar raya jap! Hahaha.



Nah belanja sekeping gambar raya!



BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD FOR MY IPAD MINI | Salam. Minggu lepas Uyul ada shopping sikit dekat Lazada. Geram punya pasal sebab tak ada masa nak update blog lagi lagi bila travel. Ini kes travel naik bas laa nih, bosan dalam bas punya pasal. Memandangkan Uyul ada iPad yang Uyul beli bulan 3 tuari, iPad pun dah memudahkan kerja Uyul cumanya ialah kalau nak taip laju laju tuh memang payoh. Maklumlah jari kita besar gajah. Hahaha. Atas nasihat en.Merah, Uyul pun beli lah keyboard wireless. 




BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD
Didatangkan dengan material plastik yang ringan, bluetooth wireless keyboard ini amat mudah di bawa ke mana mana. Nak nak pulak saiznya yang tidak terlalu besar lebih kurang saiz iPad Uyul je. Ianya terdapat 78 key dan setiap button berfungsi seperti keyboard jenama Apple, amatlah sesuai dengan iPad Mini Uyul. Untuk pengetahuan korang, bluetooth wireless keyboard nih hanya terdapat warna silver dan boleh digunakan sejauh 10 meter dari device korang. Haihh Uyul belum habis godeh lagi sebenarnya. Nanti dah puas godeh, Uyul habaqq mai kat korang naa.


PENTING KE BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD?
Yaaaa!! Sangat penting bagi Uyul. Sebab kadang kadang malas nak angkut laptop ke mana mana. Berat yak mat. Yang best iPad dan Keyboard masuk terus dalam handbag. Hahaha. Baru betul beg Doraemon. So katakan nak travel ke mana mana, tayah dah nak bawak laptop. Safety sikit katanya. Nak online dalam bas ke kereta ke takde hal lah.



DAH TAK BOLEH MALAS
Dah ada iPad, dah ada keyboard wireless, apa lagi alasan nak malas? Haha. Actually, bukan malas. Tapi masih lagi cuba sesuaikan diri dengan kerja menimbun, dengan design berderet, dengan Website tak siap lagi. Itu pasal lah kita utamakan dulu kerja kerja hakiki. But then, Uyul sebenarnya dalam perancangan nak jadi fulltime Blogger. Cehhh poyo betul sejak sejak dapat income dari blog nih. Bukanlah nak poyo, tapi actually memang ada plan nak berhenti kerja dan fokus buat business. So secara tak langsung boleh jadi fulltime blogger. Korang doakan Uyul ye, semoga dipermudahkan segala urusan Uyul.
SHOPPING ONLINE KINI LEBIH MUDAH DENGAN EZBUY MALAYSIA | Salam. Ada kaki shopping online tak dekat sini? Uyul pulak memang suka beli barangan online. Sekarang nih, nak shopping semakin mudah dekat ezbuy Malaysia. Pernah dengan tak ezbuy Malaysia nih apa? Haa! ezbuy Malaysia merupakan satu platform membeli belah atas talian yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berbaloi baloi.

Terbaru, ezbuy Malaysia menawarkan 65eday, Global Super Sale!!! 


Apa yang bestnya shopping di ezbuy Malaysia??? 


  • FRIENDS DEAL pembelian bersama rakan jimat sehingga 50%!
  • FREE SHIPPING untuk semua pembelian tidak kira berapa banyak anda membeli!
  • FLASH DEAL tiada had masa dengan diskaun berbaloi sehingga 90%!
  • CASH OFF pelbagai baucer diskaun untuk dinikmati!

Terdapat DISKAUN berbaloi sehingga 90% untuk ke semua rangkaian jualan di Malaysia, China, USA dan Taiwan. Malah lebih 20 JUTA PRODUK yang dijual di ezbuy Malaysia. Apa lagi yang seronoknya shopping di ezbuy Malaysia ialah ezbuy Malaysia menawarkan EXCLUSIVE FLASH DEALS dengan diskaun berbaloi pada 31 Mei sehingga 5 June jam 12 tengahari. Selain itu, sempena kempen terbaru dari ezbuy Malaysia ini, mereka menawarkan  FRIENDS DEAL, SHARE AND SHOP dengan yang tersayang dan pembeli boleh membeli lebih daripada 300 item pada harga borong yang dikemaskini setiap hari. 

Untuk pengetahuan korang, ezbuy Malaysia menawarkan barangan berjenama daripada Sony, Tefal, Canon, Casio, Daniel Wellington, Omron, Western Digital, Samsung, Viewsonic, Pineng, Sonicgear, Olivia Burton, Kellogs, Lifebuoy, Dettol, Johnson Baby, kinohimitsu, Brands, Durex, Scholl dan Avent. Perghh, kalau barangan berjenama pun dapat dibeli dengan diskaun hebat ini, memang tak sah lah kalau tak shopping di ezbuy Malaysia.

Makkkk aihh, memang rambang mata tau masuk website ezbuy Malaysia nih. Uyul memang dah standby duit tepi dah nih nak shopping dengan aplikasi ezbuy Malaysia. Boleh lahh kot start cuci cuci mata. 

EXCLUSIVE TO FOLLOWER!
Ehhhhh, sebelum terlupa! Berita baik untuk semua pembaca blog Uyul. Korang boleh dapatkan RM15 Free Voucher dengan muat turun aplikasi ezbuy di telefon pintar masing masing! Kemudian, korang scan QR Code dekat bawah nih!


Dah, jangan buang masa!!
Download aplikasi ezbuy dan jom shopping raya dengan tawaran berbaloi daripada ezbuy Malaysia

Okaylah, Uyul window shopping kejap!