NAK MALU KENAPA KALAU ABAH JUAL IKAN?

NAK MALU KENAPA KALAU ABAH JUAL IKAN? | Salam. Ahad lepas Uyul hantar Mak ke Klinik Gigi di Parit Raja. Kebetulan dekat sangat dengan tempat Abah berniaga. Abah Uyul merupakan seorang peniaga di Pasar Tani. Makanya bersepah sepah lah Pasar Tani yang Abah masuk. Antaranya, Pasar Tani Batu Pahat, Kluang dan juga Tinam.


Tengok Abah berniaga, memang salute habis. Berpuluh puluh tahun Abah jual ikan dari Uyul kecik sampai lahhh Uyul dah besar gajah nih. Hahaha. Dulu masa kecik kecik kan, rasa macam anak derhaka. Malu nak ngaku Abah jual ikan. Tapi bila dah semakin dewasa, Uyul bangga Abah jual ikan. Lagi lagi bila, anak penjual ikan tak perlu risau pasal nak makan ikan mahal mahal. Yelaaa, Uyul sendiri kalau ke supermarket ke, risau tengok harga ikan yang mahal tuh. Disebabkan dah selalu makan ikan free dari Abah, tak perlu dah nak berkira kira membeli. Anak tokey ikan lah katakan. Mintak je kat Abah.




Tapi kalau korang tanya jenis jenis ikan, ahh mintak maaf. Uyul kenal beberapa jenis je. Hahahaha. Itu pun masa tolong Abah niaga. Makan masa jugak lahh nak tahu jenis jenis ikan. Ya ampunnnnn, macam mana nak kahwin nih malas masuk dapur. Hahaha.



10 comments:

  1. haha..uyul..kelakar tau statement..anak dara kena rajin2 masuk ke dapur...kang dapat husben, sejenis nak makan kat rumah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. kerja punya pasal balik tak menentu, hehe

      Delete
  2. Ikan2 femes kenal cth mcm siakap, kembung,basal,kerapu.. Yg xbrp femes xtau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ikan biasa biasa tu tahu laaa uyul

      Delete
  3. Tak perlu malu pun.. yang penting halal dan tak menyusahkan orang lain.. Kena rajin2 ni masuk dapur baru boleh kahwin :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa dulu kemahin mengada nak malu skang bangga kot

      Delete
  4. buat apa nak malu... dah memang itu rezeki kita...

    - Mia Liana

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa uyul ngada nak malu malu pulak dia

      Delete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.