HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS DI BULAN RAMADHAN

May 29, 2017

HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS DI BULAN RAMADHAN | Salam. Dah 3 Ramadhan hari ini. Dikesempatan ini Uyul nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan rakan yang sudi jengah blog Uyul. Semoga Ramadhan kali ini dapat disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Syukur alhamdullillah masih merasa Ramadhan 1438H.

Tidak dinafikan, semua orang mahu kelihatan cantik dan berseri seri. Nak nak yang obses dengan makeup, semestinya akan menggunakan contact lens sebagai salah satu aksesori tambahan di bahagian mata. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis contact lens yang terjual di pasaran. Namun ada yang mempertikaikan hukum penggunaan contact lens di bulan Ramadhan.



Melalui pembacaan di internet, Uyul dah dapat input apakah hukum memakai contact lens di bulan Ramadhan. Terdapat dua tujuan utama dalam pemakaian contact lens. Iaitu:

  1. TUJUAN PERUBATAN. Bagi tujuan perubatan, orang yang memakai contact lens bagi menggantikan penggunaan cermin mata, hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada mata si pemakai.
  2. TUJUAN PERHIASAN. Bagi tujuan perhiasan pula, kebiasaannya pemakai memakai sekadar suka suka, bukan keperluan kerana masalah mata, hukumnya adalah harus selagi tidak melanggar batasan Syara'.
  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj.
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  •  Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  •  Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Antara ulamak tersebut ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana faktor tersebut, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya, ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).
Malahan, penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa kerana ianya tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga, tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Uyul pun sebenarnya tak boleh nak argue lebih lebih dengan orang yang pertikaikan penggunaan contact lens. Takut tersilap menggunakan fakta. Semoga entri ini bermanfaat pada semua orang yang memakai contact lens.

Wallahu a’lam.

You Might Also Like

26 000, 000 Pengkomen

  1. Mana yg kita rasa yakin buatlah. Yg was was tinggalkan. Lama dah tak pakai lens. Dulu pakai warna coklat je. Haha. Sedar diri lg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooo kak ana tak pakai lens pun da cantikkkk hehehe

      Delete
  2. so tak perlu la risau...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kannn. selagi tak memudaratkan.

      Delete
  3. LZ baru tahu Uyul rupanya ada fakta yang mengatakan pemakaian contact lens ni haram.. Wallahu alam.. Kita serahkan kepada mereka yang pakar dalam hal ni..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hai cik lilyyyyy. thank you sudi komen blog uyul.

      Delete
  5. Pernah terpikir juga dengan perkara ni.. Sebab dulu masa kat kelas selalu pakai contact lens masa bulan puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. uyul pun sebenarnya baru tahu. so takde laa was was lagi

      Delete
  6. Selamat berpuasa Uyul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik roseee. heeheh dah raya baru uyul reply haaa

      Delete
  7. selamat berpuasa uyul

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh selamat hari raya ciktieee kemahin lewat uyul reply

      Delete
  8. memang tak pakai..and tak reti pakai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. akak dulu pun tak pandai pakai.

      Delete
  9. PAKAI CONTACT LENS JUGA SBB RABUN SANGAT. TP MG PAKAI WARNA BROWN JE IKUT WARNA MATA SEBENAR. ORG NAMPAK PUN MACAM MATA BIASA JE.. INSYAALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. uyul tak rabun tapi gedik gedik nak pakai

      Delete
  10. slmt bpuasa uyul, sha dlu sllu pakai CL, skg dah takut nak pakai, biarla sha pakai Cermin mata..terjaga mata..aset tuu, tp CL pn perlu klu ada event yg ptg2 kan..

    ReplyDelete
  11. ai is so seram bab contact lens nihh

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang bermanfaat. Auni pernah la try pakai contact lens tapi mata tak sesuai sebab kering.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kena selalu titik eyemoree. ehehhe

      Delete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>