BERGAYA DENGAN SUNGLASSES RAY BAN DARI ZALORA

BERGAYA DENGAN SUNGLASSES RAY BAN DARI ZALORA | Salam. Penggunaan Ray Ban pada masa kini semakin menjadi trend. Generasi muda yang mementingkan penampilan sudah pasti mahu kelihatan segak bergaya. Dengan menggayakan Ray Ban sebagai aksesori tambahan sudah pasti dapat memberi kelainan kepada si pemakai. Siapa je boleh menidakkan penggunaa Ray Ban masih lagi relevan?



Ray-Ban ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Bausch & Lomb. Rayban adalah salah satu syarikat kaca mata hitam gergasi di dunia. Pada tahun 1992, Bausch telah dijual kepada Luxottica dengan harga AS$1.2 bilion. (Sumber Google). Terdapat pelbagai jenis Ray Ban sejak ianya diperkenalkan. Antaranya adalah Ray Ban Aviator, Ray Ban Outdoorsman, Ray Ban Balorama dan Ray Ban Wayfarer. 

RAY BAN AVIATOR
Ray Ban jenis ini mempunyai besi yang diperbuat dari emas dengan jenis cermin yang berwarna. Ianya mempunyai berat kurang dari 150 gram. Rekaan jenis ini direka untuk perlindungan menyeluruh untuk mata pengguna.

RAY BAN OUTDOORSMAN
Manakala Ray Ban jenis ini mempunyai pengait di tengah tengah cerminnya dan hujung sisinya melingkar supaya boleh melekat di kuping telinga dengan selesa, Ianya dilapis dengan kulit rusa dan batang yang menghubungkan kedua dua cermin ini juga dibuat dengan kulit.



RAY BAN BALORAMA
Ray Ban Balorama pula terhasil pada tahun 1967 dengan jenis yang lebar dan fesyen berbeza sebelumnya. Ianya direka lebih santai dan memberikan daya tarikan kepada si pemakai. Bingkainya yang lebih lebar tampak lebih menarik. Bingkainya pula diperbuat daripada plastik.


RAY BAN WAYFARER
Ray Ban Wayfarer pula berbeza dari bentuk cerminnya yang lebih kecil. Ianya sesuai digaya kan oleh anak muda yang mahu tampak eksklusif. Ray Ban jenis ini telah direka oleh  Raymond Stegeman. Bentuk Wayfarer sendiri dikira membawa maksud bentuk baru yang lebih radikal dan ianya direka menggunakan plastik pada bingkainya.







DAPATKAN KOLEKSI TERKINI RAY BAN DI ZALORA


Malaysia adalah antara yang menawarkan aksesori fesyen kegemaran ramai iaitu cermin mata hitam dan merupakan jenama fesyen yang popular di dunia. Produk  cermin mata hitam Ray Ban dipasarkan di banyak negara di seluruh dunia dengan banyak  cawangan. Ray ban original sunglasses latest collection juga menjadi pilihan ramai dan popular dalam kalangan lelaki dan wanita. Rahsia di sebalik kejayaan label ini terletak kepada barisan produknya yang sangat bermutu tinggi. Produk cermin mata Rayban dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbaik bagi terus memasarkan produk fesyen yang disukai ramai.

Kini anda tidak perlu risau lagi di mana anda perlu dapatkan Ray Ban. Di Zalora, terdapat 300 koleksi Ray Ban anda boleh dapatkan melalui pembelian atas talian. Semestinya kualiti Ray Ban yang terdapat di Zalora lebih terjamin daripada anda membeli di kedai kedai biasa. 

Nak nampak cantik? Nak nampak lebih eksklusif? Jom dapatkan koleksi Ray Ban di Zalora hari ini. Jangan lupa beli lebih sikit hadiahkan dekat Uyul okayyy! Hahaha.


7 comments:

  1. Wah cantik-cantik pilihan yang ada ni.

    ReplyDelete
  2. amboi amboi amboi bergayalah sakan kak Uyul Cantik lepas ni ,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh. yee mestilaaa mana boleh neeza je bergaya sakan

      Delete
  3. Wayfarer tu menggoda okey!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.