HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS DI BULAN RAMADHAN | Salam. Dah 3 Ramadhan hari ini. Dikesempatan ini Uyul nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan rakan yang sudi jengah blog Uyul. Semoga Ramadhan kali ini dapat disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Syukur alhamdullillah masih merasa Ramadhan 1438H.

Tidak dinafikan, semua orang mahu kelihatan cantik dan berseri seri. Nak nak yang obses dengan makeup, semestinya akan menggunakan contact lens sebagai salah satu aksesori tambahan di bahagian mata. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis contact lens yang terjual di pasaran. Namun ada yang mempertikaikan hukum penggunaan contact lens di bulan Ramadhan.



Melalui pembacaan di internet, Uyul dah dapat input apakah hukum memakai contact lens di bulan Ramadhan. Terdapat dua tujuan utama dalam pemakaian contact lens. Iaitu:

  1. TUJUAN PERUBATAN. Bagi tujuan perubatan, orang yang memakai contact lens bagi menggantikan penggunaan cermin mata, hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada mata si pemakai.
  2. TUJUAN PERHIASAN. Bagi tujuan perhiasan pula, kebiasaannya pemakai memakai sekadar suka suka, bukan keperluan kerana masalah mata, hukumnya adalah harus selagi tidak melanggar batasan Syara'.
  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj.
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  •  Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  •  Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Antara ulamak tersebut ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana faktor tersebut, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya, ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).
Malahan, penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa kerana ianya tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga, tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Uyul pun sebenarnya tak boleh nak argue lebih lebih dengan orang yang pertikaikan penggunaan contact lens. Takut tersilap menggunakan fakta. Semoga entri ini bermanfaat pada semua orang yang memakai contact lens.

Wallahu a’lam.
LAST MINUTE PLANING KE PENANG | Salam. Betullah orang kata last minute planning memang amazing. Dah berapa puluh kali dah plan nak ke Penang tapi cancel. Dari tahun lepas berjanji dengan Cik Bia sampai Cik Bia dah konvokesyen! Wakaka.

Actually, memang tak plan pun nak ke Penang. Mana taknya, esok dah puasa hoi. Nak ke sana, kalau naik bas, macam ada tiket bas pulak kan? So menjajah lahhh semalam check ticket online. Kemahin semua yang dari Batu Pahat habis terus. Semua pakat nak balik kampung katanya. Uyul kan suka buat kerja gila, tah datang keinginan nak berpuasa diperantauan.

Dah tak dapat bas dari Batu Pahat, Uyul pun apa lagi, try jugak cari dari Kluang. Haaaa! Hamekkk tinggal 4 seat. Laju laju lah book. Dah lah first time book online. Memang tak reti lah orang kata. Godeh godeh jugak lah. Dah dapat seat, lega kemahin. Okay now Uyul nak bagitahu, Uyul out of town for two days. Mean Ahad malam dah gerak balik ke Batu Pahat. Haaa, yang itu pun Uyul dah book siap siap. Kang tak ada tiket, terus bermaustautin dekat Penang kang.

Well, Uyul ke sana tak ada lah jalan jalan sangat. Setakat nak jumpa adik kita tuh je pun. Tapi plannya nak beli jeruk Pak Ali. Haaaa yang paling penting nak main makeup makeup dengan Cik Bia kita tuh. Hahahaha. Amboi Uyul, dua hari satu malam kot, sempat ke nak buat semua tuh hahahaha.


Doakan Uyul selamat pergi dan selamat pulang. Rindu dengan Cik Bia lahh nih, tuh pasal sanggup tuh berpuasa di Penang. Haaa, tak apa malam nih dapat bas, Uyul pulun update entri, dan kalau boleh memang nak blogwalking blog rakan rakan blogger. Dah charge iPad penuh penuh, powerbank pun dah charge. Lega.

SBB2017 TEMUKAN UYUL DENGAN BLOGGER HEBAT | Salam. Kehangatan Sepetang Bersama Blogger masih lagi terasa biarpun dah berlalu hampir dua minggu. Uyul masih belum update lagi kan entri Uyul hadiri aktiviti anjuran Denaihati Network ini.

Alhamdullillah, untuk tahun yang ke 7, Uyul berpeluang menyertai program Sepetang Bersama Blogger ini. Untuk entri kali ini khas Uyul nak masukkan gambar selfie Uyul bersama rakan rakan yang baru pertama kali Uyul jumpa sepanjang kami kenal di alam maya. Penuh handphone gambar selfie rakan rakan blogger yang super hebat.

Jom kenali sebahagian kecil Blogger yang menghadiri SBB2017 yang lepas. Uyul sempat berselfie dengan beberapa orang sahaja dan upload masuk dalam Instagram supaya tak lupa nama hehehe.


- Broframestone -



- Halim -



- Mawardi -


- Momi -


- Emas Putih -


- Mek Onie -


- Dikbee -


- Cik Lily -


- Yazid Izzat -


- Uncle Zuan -


- Arz Moha -


- Fatin Bella -


- Pak Cu -


- Mia Liana -


- Aiin Baharom -


- Zarra Qistina -



- Nadratul Syazwana -


- Deqnoor -


- Suria Amanda -


- Syafiera Yamin -


- El Darwena -


- Suzlin Azreena -



- Julia -


- Lieza -


- Ana Suhana -


- Dilla Leez -


- Iena Eliena -


- Eny Abdullah -


- Khir Khadir -



Ini adalah sebahagian blogger yang Uyul sempat tegur dan selfie. Hehee, actually ramai lagi, tapi sebab handphone kemungkinan waktu tu tak available, tak dapat nak snap gambar sama sama. Seronok dapat jumpa dorang nih. Selalu borak dalam Facebook je. Sekarang dapat pun jumpa depan depan.

Alhamdullillah.
UMOBILE AJAK UPGRADE KE PLAN P78 | Salam. Nak dijadikan cerita, Uyul pengguna setia Plan UMobile HERO P70 sudah hampir setahun tahun. Sebelum nih memang pakai prepaid. Ialah sejak nama dah blacklist dari semua telco gara gara IC hilang pada tahun 2008 dan ada orang tak bertanggungjawab gunakan IC Uyul untuk register postpaid telco. Plan UMobile nih Uyul dah gunakan sejak November 2016. 




PLAN HERO P70 PUN DAH BERBALOI
Plan UMobile HERO P70 sebelum nih Uyul dapat 15GB Data dan panggilan percuma ke seluruh rangkaian. The best part is kalau layari Facebook, Youtube mahupun Waze, semuanya percuma. Memang setia habis lahh kan jadi pengguna setia UMobile. Sebulan pun kadang kadang tak adalah pakai sampai 15GB tapi ada ketikanya kalau Uyul tengah buat kerja kerja design, memang perlukan 15GB tersebut. Ecehwahh!


















YAYYYY DAH UPGRADE P78
Semalam dapat meseg daripada UMobile. Actually en.Merah ada cakap suruh upgrade dari Plan UMobile HERO P70  ke P78. Bezanya cuma RM8 sahaja dari plan yang lama. Katanya internet unlimited macam awal awal dulu. So Uyul kata kat dia, okay lah tunggu awal bulan nanti upgrade. Eh tup tup dah dapat meseg dari UMobile.



Apa yang best, semua UNLIMITED hokayy!!! Uyul laju laju upgrade sebab tak nak ketinggalan jadi pengguna UNLIMITED! Hahaha. Memang lepas nih kerja nak download movie je lah awakk. Internet percuma, panggilan pun percuma ke seluruh rangkaian.



Dan paling best, kalau on Mobile Hotspot, tak guna pun data asal. Dah allocatekan khas untuk Mobile Hotspot. Haaa. apa lagi,  makin seronoklah Uyul. Tak sabar nak tunggu activation untuk Plan HERO P78. Roaming data pun UMobile dah bagi 5GB dalam 12 negara terpilih.


DOWNGRADE PLAN P70 KE P38
Selain daripada upgrade, kite pun boleh downgrade plan kita. Uyul nak downgrade plan P70 Mak Uyul sebabnya Mak tak banyak pakai data sangat. Dia cuma perlukan PANGGILAN PERCUMA. Haaa gitu--- Dah bagitahu Mak yang Uyul akan downgrade plan UMobile Mak ke P38, so Mak akan dapat 4GB data internet sahaja. Okay lahh kan sebab Mak jarang online pun. Paling tak pun WhatsApp dan tengok Youtube je.


SEMOGA UYUL TERUS RAJIN UPDATE BLOG
Dengan plan internet tanpa HAD nih, Uyul berharap Uyul akan terus maju dalam dunia blogging dan semakin rajin update blog. Haihhh jangan bagi alasan tak ada internet pulak ek. Cepuk karang baru tahu.

So, korang? Tak nak bertukar ke UMobile ke tuh?
LAZADA ANJURKAN BLOGGER CONTEST LAGI | Salam. Wowww!!!! Lazada anjurkan Blogger Contest lagi weyh! Ini memang kena join nih. Kali ini contest berlangsung dari 19 Mei sehingga 25 Jun! Tak nak ketinggalan menang Voucher Lazada hoi. Kali ini katanya akan ada 80 orang pemenang. Makin ramai makin banyak lahh hadiahnya!


How to Join – Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
  1. Pertandingan ini bermula 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 (4 Minggu).
  2. Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dari topik-topik tersebut. Peserta juga boleh menyertai lebih dari sekali.
  3. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah menulis tentang topik yang ditetapkan mengikut tarikh pertandingan tertentu . Peserta hendaklah menjawab soalan-soalan berikut: 

Week One Contest: 
Contest period: 19 May 2017 – 1 June 2017 
Title of the article: Recipe's name 

Theme: Delicious Ramadhan 
a. What are your favorite Iftar dishes? 
b. Share the recipes of the dishes 
c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

For your references:
Delicious Ramadhan(link) : Kitchen Appliances
Bazaar Ramadhan(link) : Groceries 

**********
Week Two Contest: 
Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017 
Title of the article: Any title related to the Article 

Theme: My Ramadhan Home 
a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
b. Share your house decorating tips for this Raya 
c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 
**********
Week Three Contest: 
Contest period: 9 June 2017 – 15 June 2017 
Title of the article: Any title related to the Article 

Theme: Looking Good & Beautiful 
a. What's your color theme for this Raya? 
b. Share your outfit details for this Raya 
c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 
**********
Week Four Contest: 
Contest period: 16 June 2017 - 25 June 2017 
Title of the article: Any title related to the Article 

Theme: Travelling Back Home
a. Where do you celebrate Raya this year? 
b. List down your "balik kampung" essentials. 
c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"?
**********


  • The Article must contain screenshots of the products mentioned in point 1.c, 2.c, 3.c and 4.c 
  • Contestants need to mention Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/)that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). 
  • Contestants are required to submit the link to their Article via e-mail to [email protected] with the subject titled: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 
  • Contestants are welcomed to post the article in any language. 
  • Winners will be selected at random. 



Prizes – More Participants More Winners!!

Depending on the overall number of participants there will be either 15, 20, 50 or 80 winners: 
  1. Less than 100 Participants (15 winners) - 15 x RM100
  2. More than 100 Participants (20 winners) - 1st Prize: 1 x RM400 / 2nd Prize: 8 x RM150 /3rd Prize: 11 x RM100
  3. More than 200 Participants (50 winners) - 1st Prize: 1 x RM500 / 2nd Prize: 16 x RM150 / 3rd Prize: 33 x RM100 
  4. More than 300 Participants (80 winners) - 1st Prize: 1 x RM600 / 2nd Prize: 35 x RM150 / 3rd Prize: 44 x RM100 


Dahhh jom join! Uyul nak menang jugak kali nih. Mana tahu rezeki raya kan. Hehehe.
APLIKASI TRAVELOKA TAWARKAN PERCUTIAN LOW BAJET | Salam. Tengok rakan rakan upload gambar di media sosial bercuti bersama keluarga atau rakan rakan mereka, teringin pulak rasa hati nak bercuti. Ye lah kan, bila bercakap pasal percutian, siapa je tak nak bercuti dan berseronok dengan keluarga mahupun rakan rakan. Tak pun untuk golongan single macam Uyul, boleh jugak self travel. Ehhh memang teringin lah nak buat semua tuh.

Bercuti bukan sahaja dapat release tension. Dah seharian bekerja, 6 hari seminggu. Cuti pun cuma Ahad sahaja. Haaa memang padanlah kalau Uyul nak plan untuk bercuti. Mungkin boleh amik cuti panjang dan berehat sambil melupakan sedikit tekanan kerja. Terasa macam nak bercuti sorang sorang. Eceh. Tapi nak bercuti kemana ya? *Flip hair, sambil mata ke atas*

Cumanya, untuk bercuti memang kena ada perancangan awal. Kalau main terjah je memang tak laaa kan. Nak kena fikir kos, fikir bajet, berapa hari nak pergi. Tempat yang kita nak pergi pun kena fikir juga, nak buat apa dekat sana nanti. Takkan nak gamble je. Ada orang nak bercuti sebab nak tenangkan fikiran di pulau pulau, ada yang mahukan terapi minda dengan bershopping, ada pulak yang sekadar nak melawat tempat bersejarah. Kalau tanya Uyul, Uyul pilih untuk tenangkan fikiran di pulau pulau sambil boleh shopping shopping. Actually terasa nak ke Langkawi. Boleh shopping coklat woi. Dah lah tempat bebas cukai, sesuai pulak dengan kita yang nak travel sorang, pakej nak shopping pun boleh.

Haaa jomlahh survey kot kot ada pakej percutian ke Langkawi yang murah. Maklumlahh kalau boleh semua nak murah. Kita cari agen atau website yang menawarkan pakej paling murah katakooo. Makanya, Uyul terjumpa satu Aplikasi di internet iaitu Aplikasi Traveloka Malaysia.


Perghhh Aplikasi Traveloka Malaysia nih, kemahin harga dia tawarkan boleh siap sponsor kawan kawan lain lah. Tak jadi pulak nak self travel. Macam nak hangkut orang lain sekali. Hahaha. Dia punya murah toksah cakap, korang tengok sendiri Aplikasi Traveloka Malaysia nih. Interface laman webnya yang menarik dan mudah untuk di akses. Memang menakjubkan.


KENAPA WAJIB BOOKING DENGAN TRAVELOKA?
Aplikasi Traveloka Malaysia adalah satu laman web yang dapat membantu kite untuk menempah hotel dan tiket flight di mana mana sahaja tempat di dalam atau di luar Malaysia. Korang pasti rambang mata macam Uyul kalau dah masuk ke Aplikasi Traveloka Malaysia nih weyh. Rasa macam nak pergi travel tiap tiap minggu dengan menggunakan Traveloka Malaysia ni. Traveloka Malaysia ni akan memberi harga yang terbaik untuk tempahan hotel dan tiket flight dan jugak takda langsung hidden charges, maksudnya apa yang korang tengok tu lah yang korang akan bayar.




JOM BOOK HOTEL DENGAN TRAVELOKA
Dengan Aplikasi Traveloka Malaysia, korang boleh book mana mana hotel yang korang nak sebab semua hotel dalam Malaysia nih boleh di tempah di Traveloka Malaysia. Korang boleh pilih ciri ciri yang macam mana korang nak untuk hotel korang nak stay tu. Contohnya, korang nak hotel korang berapa bintang, korang boleh pilih kat penarafan bintang, kat situ ada dari satu bintang sampai ke lima bintang. Korang juga boleh pilih kemudahan apa yang korang nak. Kalau korang nk book hotel yang mewah or yang bajet korang boleh cari kat pilihan penginapan tu dan kalau kalau korang nak hotel yang macam mana, korang boleh pilih kat jenis jenis penginapan kat situ ada dari rumah tetamu, hostel, sampai ke villa. Other than that, Traveloka Malaysia juga ada menawarkan diskaun hotel kat situ akan ada kod yang dorang akan bagi, korang just kena tulis balik bila korang nak buat tempahan nanti.

Di ruangan Carian, korang cari Langkawi.

Akan keluar pelbagai jenis penginapan mengikut bajet korang.

Korang pun boleh lakukan Carian hotel dengan klik pada setiap kategori kat belah kiri tuh.

Contoh bila Uyul klik pada hotel Tubotel Langkawi, akan keluar rating hotel nih. Tengok harga pun berpatutan untuk satu malam.

Bila korang klik setiap hotel, akan keluar review tempat berdekatan yang boleh dikunjungi.

Boleh jugak nak pilih hotel lain yang lebih eksklusif.

Di aplikasi Traveloka Malaysia nih, korang boleh tengok apa feedback customer tentang hotel yang dah mereka book menggunakan aplikasi sama.


TIKET FLIGHT PUN BOLEH BOOK DENGAN TRAVELOKA
Tadi pasal hotel, sekarang pasal tiket flight pulak, kalau korang perasan kalau korang beli tiket flight dari airlines tu sendiri, tiket flight tu agak mahal berbanding dengan yang dalam Traveloka Malaysia ni. Sebab tu la Traveloka Malaysia ni orang cakap aplikasi yang memberikan the best price untuk tempahan  tiket flight dan juga hotel. Dalam website ni, korang boleh tengok banyak “officially airlines partners” yang Traveloka telah bekerjasama. Jadi korang tak perlu risau sangat nak fikir tiket flight yang korang nak beli tu ada ke tak dalam traveloka ni. Kod diskaun untuk tempah tiket flight pun ada juga, bukan untuk tempahan hotel saja tau.


 Aplikasi Traveloka Malaysia dah sediakan fungsi untuk Carian tiket flight.

 Korang boleh pilih nak gunakan penerbangan dari agensi syarikat penerbangan yang mana. Semua dalam satu jari sahaja.




KOD PROMOSI YANG BERBALOI BALOI DARI TRAVELOKA
Traveloka Malaysia dah sediakan kod promosi berbaloi baloi untuk korang. Boleh tengok step nih kalau korang nak kurangkan bajet yang sedia ada tuh. Pergi dekat Promotion page di https://www.traveloka.com/en-my/promotion.

Kod "Flashstay" tuh boleh gunakan masa korang nak apply hotel dan tiket flight.





TAK PERLU BAYAR LEBIH DENGAN TRAVELOKA MALAYSIA
Jadi, korang tengok dah banyak duit korang boleh jimat, dah la semua hotel dan tiket flight dalam Traveloka nih murah murah tapi siap ada diskaun lagi. Korang tak perlu nak fikir sangat pasal bajet semua ni kalau korang book dengan menggunakan Traveloka Malaysia ni. Kalau korang nak bercuti yang best best dan juga murah dalam Malaysia ni dan nak senang bila nak book hotel dan tiket flight, tak payah susah susah nak fikir, just pergi bercuti dengan Traveloka Malaysia. Tak perlu fikir panjang dan berkerut dahi. kita nak bercuti untuk happy happy dan spending time dengan family, bukannya untuk fikir pasal duit yang kita guna untuk pergi bercuti ni.

Uyul tak sabar nih nak dolan dolan. Hahaah. Maklumlahhh kan, asek kerja je. Kemahin dia punya stress tuh ya ampun. Letihhhh. Pergi kerja pagi balik malam. Kerja pulak memang tak pernah habis. Dah boleh plan dahh untuk ke Langkawi since memang dah lama tak ke sana. Last jejak kan kaki kat Langkawi masa sekolah rendah. Fuhh sedekad ada nih. Haha.

Ada yang nak join Uyul travel sekali?