PRODUK TATI BERACUN? CUBA KORANG BERTUKAR KE BODYSHOP

PRODUK TATI BERACUN? CUBA KORANG BERTUKAR KE BODYSHOP. Salam. Semalam kemahin semua duduk depan Tv ye tengok berita. Katanya dah masuk berita dah Produk Tati sah mengandungi barang terlarang. Uyul tak dan nak tengok berita, baca dekat Berita Harian Online je nih hahh.


Oh gitu kisahnya. Uyul nih memang tak pernah cuba local product seperti yang dinyatakan dalam akhbar di atas. Mungkin antara sebabnya Uyul tak obses nak putihkan kulit. Cuma ya lah, day by day bila tengok kawan kawan melawa, kita pun nak lah melawa juga. Beli lah barang makeup mahal mana pun, kalau skin kita tak cantik, tak guna jugak. Makeup pun tak smooth. Cumanya untuk terlalu memutihkan kulit muka gebu gebas Uyul nih, tak ada lah. Sekadar Uyul nak pori pori Uyul mengecil, bekas jerawat hilang dan biarlah blackhead atau whitehead tuh berkurang.

Skincare yang Uyul gunakan buat masa sekarang Bodyshop. Actually Uyul dah gunakan Bodyshop sejak 2013 diperkenalkan oleh kawan Uyul. Bodyshop nih kalau korang tengok dekat website dia pun, memang didatangkan dengan pelbagai produk. Setiap jenis masalah kulit ada solusi produk tersendiri. Macam Uyul selama nih pakai Vitamin E. Dari set pencuci muka sampai ke toner, moisturizer dan day cream dia semua Uyul pakai Vitamin E.

Cuma baru baru nih Uyul cuba tukar pencuci muka ke Tea Tree. Sebenarnya Tea Tree nih produk Bodyshop untuk kulit muka paling bermasalah nak nak yang ada masalah jerawat. Encik Merah pun gunakan produk Tea Tree nih sebab kulit muka dia ada jerawat pasir. Disebabkan hari tuh masa buat job dengan dia dekat Pahang Uyul gunakan pencuci muka dia, tuh yang Uyul amik keputusan nak tukar terus pakai Tea Tree. 

 
*RM49.00*

Mula mula masa pergi ke Store Bodyshop, Consultant dia tak benarkan Uyul amik pencuci muka Tea Tree nih sebab dia kata nanti kulit Uyul akan bertambah tambah kering dan Uyul pun tak ada masalah jerawat yang teruk. Bila Uyul mintak pendapat Encik Merah, dia cakap kalau takut kulit muka kering, pakai Moisturizer yang bagus untuk kulit muka Uyul. So Uyul berdegil juga amik Tea Tree, Consultant pun tak boleh nak kata apa. Untuk toner dan moisturizer, Uyul maintain pakai Vitamin E. 

*RM65.00*

*RM65.00*

Kebiasaannya sebelum apply toner, Uyul akan sapukan serum dulu. Untuk serum Uyul pakai Drop of Youth. Sebelum apply makeup pula, Uyul akan sapukan Youth Cream dari Drop of Youth.

*RM235.00*
(50ML)

*RM145.00*

Banyaknyaaaaa kan produk yang Uyul gunakan. Complete set boleh dapat dari Bodyshop. Harga dia memang mahal. Total boleh cecah sampai RM500++. Tapi jangan tak percaya, semua produk dekat atas nih, Uyul gunakan selama 5 ke 6 bulan. Selalunya 6 bulan baru habis. So total spend sebulan untuk produk kecantikan hanya RM83.33 SAHAJA.

So korang nilaikan sendiri mahal sangat ke produk Bodyshop nih. Haaa satu lagi tips, Uyul akan masukkan pencuci muka dan toner dalam botol travel yang boleh korang dapatkan di DIY atau Daiso. Yang nih memang menjimatkan penggunaan pencuci muka dan toner korang. Tak lahh tertuang banyak kat tapak tangan tuh.


Oh yes, satu lagi. Bodyshop nih kalau buat sales, boleh cecah diskaun sampai 70%. Haaa, Uyul pun kalau beli memang akan beli masa sales. Diskaun dia memang berbaloi baloi. Siap boleh beli Body Scrub nih dengan harga RM10 sahaja.


Apa apa pun, terpulang pada korang nak cuba atau tak. Ada je orang recommend Uyul pakai produk Mary Kay, tapi hati nih masih terus bersama Bodyshop. Gituuuu--


p/s: Korang boleh baca kebaikan produk Bodyshop di SINI atau cuba lah alaminya sendiri. Ecewahh.





CONVERSATION

8 000, 000 Pengkomen:

  1. Hi uyul. Emi memang tak berani nak guna produk yg macam tati & sewaktu dengannya ni. Especially produk yg mcm krim bagai tu. Produk skrg mcm2 timbul. Ragu2 pulak dgn ingredient yg dorg guna. Mmg buat research dulu kalau nk try produk yg tak establish, lg2 klu produk local. Syg muka kot. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu emi. Uyul pun berkira kira nak pakai produk local. Pakai Bodyshop nih pun sebab sesuai dgn kulit. Dan yang bestnya harga dia berpatutan sebenarnya kalau nak ikutkan. Pakai one set, sekali beli memang nampak mahal tapi boleh pakai lama.

      Delete
  2. Selamat lah kak ana tak obses dgn kulit putih ke flawless ke. Kalau tak confirm terjebak juga.

    Dah dekat 6 tahun kot kak ana tak pakai toner tu semua. Lately ni br teebuka hati nak start pakai scrub semula.hehe.tu pun semua produk yg establish yg ada di Guardian atau Watson je. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. kan kak ana. uyul pun tak obses nak putih, cuma uyul masalah bekas jerawat dan pori pori yang besar. Wahhh scrub ye? best jugak scrub ni, boleh hilangkan kesan kulit mati kan.

      Delete
  3. Replies
    1. tapi setiap orang ada pilihan masing masing kan. ada yang suka pakai mary kay, uyul masih tak terbuka hati nak pakai mary kay. hehehe

      Delete
  4. assalamualaikum uyul...mcm-mcm prodk skg ni...kalau bodyshop ni mmg dah terbukti baiknya..
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Terima Kasih. Sila Datang Lagi.