ENTRI PERTAMA BULAN 4 | AMBOI DAH MASUK 4 HARI BLOG BERSAWANG

/
20 000 Comments
April 04, 2017
ENTRI PERTAMA BULAN 4 | AMBOI DAH MASUK 4 HARI BLOG BERSAWANG. Salam. Hai semua. Terima kasih Uyul ucapkan kepada yang setia berkunjung ke blog Uyul. 4 hari dah bulan April ye. Okay, macam Uyul cakap. Bulan lepas tiba tiba jer Allah bagi rehat dari bekerja. Dapatlah MC dua hari. Macam yang Uyul cerita dalam entri ini >> KURANG SIHAT PUNCA UYUL JARANG BLOGWALKING SEKARANG.

So dipendekkan cerita, dengan dugaan yang Allah tiba tiba bagi, eh macam macam lahh jadi. Dengan Uyul excidentnya habis duit repair kereta, dengan tiba tiba sakit pinggang MashaAllah tak tertanggung, dengan tiba tiba dapat berita company yang Uyul kerja sekarang nih nak tutup pula. Aduiyai. Memacam lahhh kan. Memang tak ada masa betul nak bukak blog dan update entri. Emosi terganggu betul. Tapi kadang kadang gigih juga curi masa blogwalking.

Harapnya lepas nih dapatlah Uyul pulun siapkan entri yang dah berminggu minggu didraftkan. Nak nak lagi entri Program Kasih JDT Blogger tuh. Tengok kawan kawan semua dah up entri. Kita nih masih peram lagi. Haaa sebenarnya, baru ada masa nak belek gambar gambar dari kamera Uyul. Nampak tak masa memang tak cukup untuk Uyul. Aduhh duhh duhhh.

By hook or by crook, I'll try my best untuk siapkan semua kerja terbengkalai. Doakan Uyul diberikan kesihatan yang baik, tenaga yang mencukupi, dan paling penting masa tuh masa, harapnya Allah permudahkan segala urusan seharian Uyul dan dapat berblog selalu. Amin.

Haiiii tapi kan benda paling Uyul rindu nak buat adalah pergi Gym untuk workout. Yes, sepanjang sakit tuh, pakej demam seminggu, memang tak masuk Gym langsung. Rindu betul nak bersiar siar atas treadmill. Wakakaka. Tapi rindu tuh terubatlah kan, sebab dah sihat sikit. So masuk Gym balik, dan lepaskan segala stress bagai tuh dengan workout.


Nah belanja gambar berat turun 7kg sepanjang Mac 2017. Auchhh. Walaupun masih chubby lagi kan. Hahahaha. Tak apa pelan pelan kayuhhh Uyul. Nanti lama lama slim lahh tuh. *Ayat penyedap hati.*




YOU MAY ALSO LIKE:

20 comments:

  1. heheehe slow-slow uyul.. biar betul2 sihat dulu ye.. Pastu kasi pulun habis-habisan up entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la kan awak. uyul pun masih batuk batuk nih hah

      Delete
  2. Takpe pelan2 BW eheh fae kalo takde masa lapang maybe 1 2 entri je fae baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai fae. heee uyul pun gitu jugakk

      Delete
  3. tak pe yul.. berat turun 7kg tu lemak tak perlu.. hee~ teruskan usaha ya.. nak raya nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeheh kannnn. nak raya ni kene kurus.

      Delete
  4. Semoga di permudahkan urusan dan sihat seperti sedia kala.

    Wah uyu dah kurus. Tahniah. Boleh motivate kak ana nak kuruskan badan juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana, belum kurus lagi masih chubby, hehehe

      Delete
  5. Anggap semua itu ujian dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu, ujian dari allah.

      Delete
  6. wow, banyak tu turun 7kg. chaiyok chaiyok :D moga terus bersemangat utk menjalani kehidupan yg lebih sihat <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jyeahhh bersemangat sgt nihh huhuhu

      Delete
  7. Rehatkan diri uyul,,Allah bagi uyul berehat & bermuhasabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kakk allah bg rehattt sgt ni

      Delete
  8. assalamualaikum uyul...semoga uyul cpt sembuh yer...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  9. uyul dah sihatkan..aktif blogwalking seakrang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. hamboi hamboi. aktif laa sgt kan.

      Delete

Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.