When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high,


And you want to smile, but you have to sigh,
When are is pressing you down a bit,
Rest if you must, but dont you quit.

Let do this Uyul. Let do this. Don't quit.
MEE HOON SUP MAK MEMANG UMPPHH | Salam. Air tangan ibu ibu nih kita memang tak boleh lawan kan. Aduh aduhhh aduhhh. Mak kalau dah datang rajin dia memasak, memang tak boleh diet tau! Hahaha. Uyul susah betul lah nak diet kalau duduk dengan family nih. Ada je tau Mak masak sedap sedap. Tapi sebenarnya Mak jarang nak masak benda leceh leceh gini padahal simple je pun hahaha. Salah satu sebabnya, kat rumah nih jarang yang nak makan. Tinggal Uyul, Abah, Dekna dan Adik. Haa, memang kadang Mak masak tuh boleh bawak ke 2 3 hari.


Nak tengok Uyul masak ke? Hahaha. Kirim salam je lah. Uyul kerja dari 9:00am sampai 7:00pm. Sampai rumah pun dah 7:30pm. Memang tak laaa nak masuk dapur. Hari cuti je  laaa baru tolong Mak kupas bawang. Chaittt kupas bawang aje hokeyyy!! Nih kalau calon suami baca nih, terus patah balik tak jadi masuk minang hahahahaha.
YEE MEE SIZLING HOSPITAL BATU PAHAT | Salam. Tengah tengah hari craving Yee Mee Sizling. Naseb baik tuari ada perasan masa beli lunch dekat Hospital Sultanah Nora Ismail ada jual Yee Mee Sizling. Cumanya ada dine in je. Nak takeaway macam payohhh je kan.

Dah alang alang lunch dengan Mekti dan Cik Asrul, apa lagi Uyul order je la Yee Mee Sizling nih. Untuk memuaskan perut yang tak lah kelaparan, sekadar melepaskan nafsu hahahahahah.


Rasa dia sama je macam Yee Mee Sizling yang dijual di tempat lain. Cuma boleh dapatkan pada waktu lunch di sini, dan kebetulan memang Uyul selalu beli lauk lunch dekat hospital kan. Korang yang datang Batu Pahat, tertiba perut gedik nak lunch Yee Mee Sizling, meh lahh ke sini. Haaa dekat cafe hospital nih pun ada jual Char Kuey Teow, Rojak Buah, variasi lauk pauk untuk makan tengahari, nasi bariyani pun ado.


JOM BACA FOOD REVIEW BATU PAHAT YANG LAIN >>
  1. 154E Kedai Makan Jalan Rahmat
  2. Nasi Kukus Batu Pahat | Paling Marvelous
  3. How Uyul eat A&W Burger?
  4. Takoyaki Delivery Batu Pahat



********************
Sejak ku dengar merdu suaramu
Tidak ku sangka jiwa terganggu
Apa kurangnya suara manjamu
Menyentuh hati membawa mimpi

Kamu wanita manis sekali
Lirik matamu membawa cinta
Kamu lelaki pandai menggoda
Hingga hatiku mulalah rindu

Riang hatiku
Hilangnya resah

Disini cinta
disana cinta

Benarkah...

Disana rindu
disini rindu
Sejiwa

Disini sayang
Disana sayang
Sekata..

Orang disana
Orang disini


Sama Menanggung rasa

Cinta
Tak dapat diduga
Cinta hanya dapat dirasa

Senada dalam cinta

Disini cinta
disana cinta




Benarkah..

Disana rindu
disini rindu
Sejiwa

Disini sayang
disana sayang
Sekata..

Orang disana
orang disini
Sama menanggung rasa

Cinta
Tak dapat diduga
Cinta
Hanya dapat dirasa
Senada dalam cinta
Smulekan cinta

Irama indah
Semoga hilang kesunyian
Semoga hilang kesunyian
********************
A post shared by  Uyul Rosli 💬 (@uyulrosli) on
A post shared by  Uyul Rosli 💬 (@uyulrosli) on
Entahlah. Rasa kasih tuh lebih menebal dari rasa sakit. Sebab tuh kau masih My Best Ex Boyfriend.
*Hashtag - Jangan - Kecam - Sis*

TRIPLE A | TIGA KETUL ANAK BUAH MAKLONG. Salam. Ramai cakap Uyul nih desperate gila nak kahwin lah, tak reti move on lah, asek up status Facebook sendu sendu lah. Habis, mana tak sendu, mana tak reti nak move on nya. Adik ipar setiap tahun bertambah, anak buah pun nak masuk 4 orang dah. Kita yang sulong nih, bayang pun tak ada. Jangan kata tarikh kahwin, haaa jodoh pun tak tahu ke mana menghilang tah. Sesat di benua mana pun Uyul tak tahu lahh kan. Please lahh awak, jangan jaga jodoh orang lain lama sangat, saya nih tertunggu tunggu kan awak nih. Hahahha.

Meh lah menjamu mata dengan melihat keindahan ciptaan Illahi. Hehehe. Uyul dah ada 3 orang adik ipar. Dua orang perempuan dan seorang lelaki. Makanya, sekarang Uyul ada 3 orang anak buah yang datangnya dari adik adik lelaki Uyul. Hadi dah ada seketul, Alip dah ada 2 ketul nak masuk 3. Dekni belum dikurniakan rezeki. InshaaAllah, tak lama nanti ada lah tuh rezekinya.





MUHAMMAD AQMAL DANISH BIN MUHAMMAD ZULFADHLI
MUHAMMAD AFIF HANIS BIN MUHAMMAD ZULFADHLI
UMAR ASYRAF BIN MUHAMMAD NUR HADI

Mana Triple A nya???
Aqmal + Afif + Asyraf
TAKOYAKI DELIVERY BATU PAHAT | Salam. Punya lahh craving nak makan Takoyaki. Tapi punya lah pemalas nak keluar ke Summit Parade untuk beli. Sebab setahu Uyul dekat Batu Pahat nih Summit je ada kiosk Takoyaki.


Haaa apa lagi, kemahin bukak Facebook cari sapa ada delivery Takoyaki. Memang rezeki lahh dapat makan Takoyaki. Uyul pun WhatsApp nombor yang tertera, dan kebetulan sangat sangat ada balance 2 box. Satu box nih ada 12 biji dan harga untuk satu box adalah RM10. Disebabkan memang hari makan sedunia, hamek kau. Uyul bedal 24 biji. Kahkah.




Pendapat Uyul lahh, Takoyaki yang ini kurang sikit rasanyaa. Mungkin sebab sayur dia tak ada, crab pun seketul kecik je, tepung je lebih. So Uyul bagi 2/5 bintang!


JOM BACA FOOD REVIEW BATU PAHAT YANG LAIN >>
  1. 154E Kedai Makan Jalan Rahmat
  2. Nasi Kukus Batu Pahat | Paling Marvelous
  3. How Uyul eat A&W Burger?
MANA NAK CARI TAPESTRY MURAH? | Salam. Hai semua. Siapa kat sini suka berVlog? Okay actually awal tahun hari tu, rajin betul Uyul berVlog kan? Ke kono excited nak join Projek 2017 Broframestone. Tapi disebabkan kekangan masa, tergendala semuanya. Haihhh jeles tengok kawan kawan semua berVlog. Rajin betul mereka. So disebabkan Uyul pun rajin tengok Video mereka, haaa apa lagi datanglah semula minat nak berVlog dan aktifkan kembali Youtube Channel Uyul. Kahkahkah. Okay sekarang korang pergi Subscribe Youtube Channel Uyul! Tak kira! Buat sekarang! Search je Uyul Rosli dekat Youtube ataupun klik SINI.

Disebabkan niat nak kembali aktif tu da ada, mula lah tercari cari Tapestry murah. Alaa kalau korang perasan, ramai Youtuber gunakan Tapestry nih untuk dijadikan background pada video dorang. Uyul usha dah lama dah. Bila laaa agaknya dapat beli kan. So, search pun search kat Instagram tuh, jumpa satu Instagram yang jual. Katanya murah dan berbaloi. Instagram tapestryad.co nih jual memang murah lah. RM45 untuk saiz single dan RM60 untuk saiz double.


Okay, anak anak Mummy dah rasmikan dulu Tapestry Mummy. Kahkahkah. Haaa jangan kecam, Uyul memang hantu teddybear! Semua nih pemberian orang. Kika + Richka + Omok.


Ringlight comel nih pulak Uyul beli dari rakan blogger Wawa Ashihaaraa. Kebetulan Wawa beli, Uyul kirim sekali. Tak tahu pulak Wawa beli dari mana, tapi rasanya dekat Lazada pun ada jual. Oh ye, tapestry nih code Aubrey Green. Korang boleh tengok dekat Instagram tapestryad.co untuk corak dan warna lain.


Taraaa! Projek Vlog tanpa menggunakan DeSeLeRe lahh lepas nih. Memang rekod guna iPhone je.


Okay, dah try hari tuh rekod video guna ringlight dan berlatarbelakangkan tapestry cantik nih. So far memang bestlahhh kan. Dah ada background cantik, haaa cuma kualiti video tuh, tak la berapa cantik sebab front camera iPhone nih kadang dengki jugak, dia nak lighting yang cukup baru kebabom hasilnya.

So takkan nak kena beli ringlight yang macam MUA gunakan tuh? Hahaha.
LAGI KES MUA TULAR DI MEDIA SOSIAL. Salam. Semalam duk skrol skrol timeline Facebook. Terperasan satu status yang dimuatnaik oleh Nurul Hidayah. Terkejut jugaklah Uyul bila tengok gambar beliau semasa majlis perkahwinannya baru baru ini.


Tak tahu lah apa puncanya makeup cair sampai macam nih. Katanya baru 10 minit atas pelamin tuh. Haihhh. Nak komen pun bukan Uyul pro sangat bab makeup. Tapi apa yang Uyul tengok, nih kes MUA Instant nih. Baru pandai conteng muka sendiri, dah terus nak amik job. Tak pun, nih mesti kes bridal bayar murah dekat MUA, sampai MUA buat cincai macam nih. Ataupun mungkin sebab pemilihan produk yang digunapakai. Alahai. Sedih tengoknya. Nih kalau dalam kamera mungkin boleh nampak jelas kot.

Apa apa pun, betullah, pemilihan MUA yang betul memang perlu ya. Ialah, kita nak bercantik cantik kot di hari bahagia. Baju mahal mahal, pelamin cantik cantik, photographer pun hire yang power, tapi makeup tak semengah, tak bestlahh kan.


  JOM BOOK DENGAN SENYORITA BIA  MANSUR  

Dah alang alang viral, haaa korang yang area Utara tuh. Tak tahu mana nak cari MUA? Uyul recommend adik Uyul, Cik Bia kita. Dari segi pengalaman, mungkinlah tak sehebat Alha Alfa, cehhh. Tapi nih anak murid Alha nih weyh. Makeup dia memang satisfied lah. Bia pernah gak makeupkan Uyul, boleh baca dekat entri Makeover by Senyorita Bia Mansur.




Nih lahh dia adik Uyul lain mak lain pak. Hehehe. Cantik kan? Ada iras iras Nora Danish.



Belanja sikit hasil sentuhan makeup Cik Bia kita.



Haaa banyak lagi kelas yang Cik Bia nih dah attend. Yang paling terbaru dengan MUA famous amos Alha Alfa. Uyul berani recommend kat korang pun sebab Uyul sangat sangat percaya dengan sentuhan Bia nih. Dia memang passion betul dengan kerjaya dia sekarang. So, ada beza lah orang yang bekerja kerana minat dengan orang yang semata mata nak duit.

Dan dan dan! Paling bagusnya Cik Bia kita nih, dia pakai produk semua aunthentic okay! Kaki Sephora nihhhh. Kalau korang nak cari Booster Glitter Foundation ke, Mascara Meletiupss ke, nak cari Eyelashes ke bahkan Contact Lens ke, semua ada. Kata budak Fakulti Perniagaan kan? Haruslah jual jual nih salah satu kerjaya.




  CARI SENYORITA BIA MANSUR SEKARANG  

Cik Bia nih dia cover area Utara sebab dia memang asal Penang. So korang boleh usha IG Cik Bia nih dekat sini >> @senyoritabiamansur ataupun Facebook Senyorita Bia Mansur.


Yeahhhh. When you have crush on someone, you notice every single detail about them, no matter how small and when they do something for you, you feel so touched even if it was the most simple thing in the world.


Hye Crush.
LEVEA SUSU KAMBING WAJIB UNTUK DIMILIKI HARI INI | Salam. Ada penggemar susu kambing tak dekat sini? Berita baik untuk anda. Uyul dah temui satu Susu Kambing buatan tempatan yang korang memang takkan menyesallah kalau minum setiap pagi. Seketul Uyul memang suka minum susu, tapi biasanya beli yang readymade jer. Kawan Uyul perkenalkan Susu Kambing jenama Levea tempoh hari.



Semua sedia maklum bahawa Susu Kambing merupakan salah satu makanan sunnah. Levea Susu Kambing ini boleh dijadikan sebagai minuman harian. Uyul dah cuba minum secawan pagi tadi. Kemahin sedap rasa dia. Bukan orang tua sahaja yang boleh consume Levea Susu Kambing nih tau. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur.



********************
  KHASIAT LEVEA SUSU KAMBING  
********************

Levea Susu Kambing mengandungi lebih 11 khasiat semulajadi yang sangat baik dan diperlukan untuk kesihatan. Antara kandungan Levea Susu Kambing adalah:

Ginko Biloba
Almanna Arabic Gum
Probiotic
Madu
Kurma
Kismis
Grape Seed
Buah Tin
Pegaga
Sunflower Seed Oil
Vitamin dan Mineral
Protein dan Kalsium


********************
  LEVEA SUSU KAMBING DI FORMULA KHUSUS UNTUK:  
********************

Kanak kanak 2 tahun ke atas
Para pelajar
Ibu Hamil
Wanita yang menyusukan anak
Golongan dewasa lelaki dan wanita
Golongan warga tua
Golongan yang ingin mengawal berat badan
Golongan yang berpuasa





********************
  KESAN PENGAMBILAN LEVEA SUSU KAMBING 
********************

Lebih cergas apabila bangun di awal pagi
Perut rasa lebih selesa dan mudah lawas
Rasa lebih bertenaga dan fokus semasa belajar
Daya ingatan menjadi lebih baik
Paras gula dalam darah terkawal
Susu ibu menjadi lebih banyak dan kekuningan
Anak tidur malam lebih nyenyak
Batuk berkahak akan hilang dan sembuh dengan lebih cepat
Lebih sihat dan jarang demam serta selsema
Cepat sembuh dari demam serta selsema
Badan terasa lebih ringan
Kulit menjadi lebih cantik dan lembap
Mengurangkan gejala bayi kuning (Jaundice)
Membekalkan tenaga yang berpanjangan ketiak berpuasa


HANYA RM49 (SM) / RM55 (SS)



********************

  DAPATKAN LEVEA SUSU KAMBING SEKARANG 
********************

LEVEA RESOURCES (JR0071916-V)
CONTACT : 01110708189 / 0197005786
EMAIL : [email protected]
Website : http://www.levea.com.my
Facabook : https://www.facebook.com/leveaofficial
Assalamualaikum.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu bahawasanya Rasulullah Sallahua 'alaihi wassalam bersabda:
“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)
Baru baru ini Uyul berpeluang mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi (PERMAS), Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Program yang bertujuan bagi mengutip dana untuk pembinaan Masjid Jorak Elahi itu telah berlangsung selama 4 hari itu dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Boleh baca kisahnya di SINI.

Buat masa ini, kempen sumbangan derma dan wakaf bagi pembinaan masjid ini telah digerakkan secara besar-besaran. Menurut Pengerusi PERMAS, Mohd Hamidi Mad Tap, tujuan utama masjid ini dibangunkan kerana masjid sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung keperluan ibadah masyarakat setempat. Lebih-lebih lagi ketika solat Jumaat atau musim perayaan. 

Menurut Datuk Yusof A. Bakar merangkap Penasihat PERMAS, pembinaan masjid baharu yang menggantikan Masjid Jorak Elahi ini bukan sahaja bertujuan untuk menampung seramai lebih 4000 orang dalam sesuatu masa, tetapi berharap dengan pembinaan masjid ini dapat menjadi pusat perkembangan ilmu bahkan menjana pembangunan ekonomi kepada masyarakat setempat.


********************
 INFO RINGKAS MASJID 
********************
Nama Masjid: Masjid Jorak Elahi
Pengerusi Persatuan: Encik Hamidi Bin Mad Tap
Penasihat Masjid: Datuk Yusof Bin A Bakar
Anggaran Kos Pembinaan: RM14 Juta
Keluasan Tanah: 2.3 hektar
Anggaran Keluasan Binaan: 48 013 kps
Kapasiti: 2500 - 3000 Jemaah
Jangka Siap Bina: Jun 2020
**********


********************
 JENIS JENIS SUMBANGAN 
********************
WAKAF
Miliki saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot (1kps)

DERMA
Wang tunai bagi menampung kos pembinaan berjumlah RM14 Juta

KUPON DERMA RM10, RM50 dan RM100:
Derma melalui Kupon Derma RM10, RM 50 dan RM100 boleh disalurkan kepada AJK Pembinaan Masjid yang dilantik.
**********


********************
 KAEDAH SUMBANGAN 
********************
TUNAI kepada:
AJK Pembinaan Masjid Jorak Elahi

CEK atas nama:
Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor (PERMAS)

INTERNET PERBANKAN/DEPOSIT TUNAI/EFT/ATM kepada:
CIMB Bank : 8008397749
Bank Islam : 01032010056099
**********


********************
 HUBUNGI 
********************
Mohd Hamidi Bin Mad Tap : 019 - 7086716
Abd Kahar Bin Osman : 011 - 12734150
Norfaezah Binti Urif : 013 - 7142343
Norazah Binti Zainal : 019 - 3431901
**********


Jomlah sama sama kita menginfaqkan saham akhirat ini. Moga segala usaha kita ini dapat memudahkan orang lain. Sesungguhnya tidak akan miskin tangan yang memberi, bahkan Allah akan menggandakan lagi rezeki tersebut. InshaaAllah.
Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.
PROGRAM KASIH JDT BLOGGER SIRI 1 DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM KLUANG) | Salam. Fuhhh dah lama entri nih pending. Untuk pengetahuan, Uyul berjinak jinak semula dalam dunia blogging setelah di jemput oleh Cik Yaya Cendana untuk join JDT Blogger pada penghujung tahun 2016. Alhamdullilah, setelah join komuniti blogger yang telah dibangunkan oleh rakan rakan blogger dari Johor, Uyul kenal ramai kawan kawan baru.

Bila kita kata komuniti, mestilah kena ada satu program yang wajib kita laksanakan. Hal ini tak lain tak bukan bagi mewujudkan kemesraan antara ahli komuniti tersebut. Setelah berbincang sesama ahli JDT Blogger yang lain, kami membuat keputusan untuk menganjurkan satu Program Kasih JDT Blogger. Untuk Program Kasih JDT Blogger yang pertama, kami telah bersetuju untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di sebuah pusat kebajikan bertempat di Kluang, Johor.

Pusat kebajikan yang telah dipilih adalah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK) beralamat di No 30, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor. Program ini telah berlangsung pada 4 Mac 2017 (Sabtu), dari jam 8:30 pagi sehingga 1:00 petang.



Objektif program kali ini adalah untuk merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasana dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk mewujudkan silaturahim yang baik antara JDT Blogger dengan masyarakat dan memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama masyarakat dalam menjaga kebajikan anak anak yatim.

Untuk program kali ini, Uyul memegang jawatan sebagai AJK Multimedia. Wahhh selama nih pengalaman Uyul sepanjang menganjurkan event atau program di Universiti memegang jawatan Setiausaha. Sekarang dah berani pegang jawatan AJK Multimedia. Haaa memangkan tugas AJK Multimedia adalah mereka bahan bahan berkaitan promosi, makanya Uyul lahh yang telah mereka banner untuk program kali ini. Alhamdullillah, rakan rakan JDT Blogger banyak membantu untuk penambahbaikan untuk design Uyul. So lepas nih boleh lahhh design yang lebih cantik lagi. Fungsi banner pun sebenarnya untuk memberitahu orang ramai tentang program apa yang kita sedang anjurkan.


Selain banner, Uyul juga bertanggungjawab untuk menyediakan Buku program. Alhamdullillah, tugas tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya.




Memandangkan Uyul volunteer untuk jadi Emcee pada hari tersebut, makanya malam sebelum program Uyul revised semula Teks Pengacaraan Majlis. Dan pada pagi tersebut, agak gementar jugak lahh sebab dah lama tak pegang microfon dan bercakap depan ramai orang.


Sampai bermuncung muncung katakoooo. Hahaha.
Ya ampunn maaf, dapat microfon terus tak hengat duniaaa. Hahaha.


****************************************
BACAAN DOA

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Izzudin Bin Khalidi.


****************************************
SESI SUAI KENAL / ICE BREAKING

Untuk aktiviti pagi tersebut, seperti dalam tentatif program yang sudah dirancang, akan ada sesi suaikenal antara kami, JDT Blogger dan adik adik PKAYIK. Haaa apa lagi, habislah kawan kawan JDT Blogger terkena dengan Uyul. Sorang sorang Uyul mintak kenalkan diri sendiri. Haaa lepas tuh, setiap seorang wajib untuk tanya soalan kepada adik adik semua dan ada hadiah yang menanti mereka. Kebetulan sangat kami sediakan popcorn yang telah disponsor oleh orang ramai. Wahhh meriahh tau adik adik semua, berebut nak jawab soalan.







****************************************
AKTIVITI GOTONG ROYONG

Kalau korang dapat lihat, dalam Buku Program pun ada tercatit tentang tentatif program. Sebenarnya aktiviti wajib kami dalam program ini adalah aktiviti gotong royong. Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga jam 10:30 pagi. Alhamdullillah cuaca pada pagi itu sangat baik. Aktiviti gotong royong berjalan dengan lancar.



 Sebelum pengagihan kumpulan, gigih masing masing buat posing dab dab nih hahaa.














 ****************************************
PENYERAHAN WANG DAN BARANG SUMBANGAN ORANG RAMAI

Seterusnya, pada jam 11:00 pagi, program diteruskan lagi dengan penyerahan wang dan barang sumbangan orang ramai. Alhamdullillah, dalam masa sebulan kami dapat mengumpul sejumlah wang dan barang barang keperluan asas.


Program dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Cik Yaya merangkap Ketua Projek.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Dato' Haji Gapar Bin Gurrohu selaku Yang Dipertua PKAYIK.




Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi penyerahan wang dan barangan sumbangan yang berjaya dikumpulkan. Tak disangka sangka, pihak PKAYIK juga sudi memberikan kami cenderahati sebagai kenang kenangan.





 ****************************************
SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN MAKAN TENGAHARI

Sebelum program berakhir, pihak JDT Blogger juga ada menyediakan sedikit jamuan makan tengahari dan Sambutan Hari Lahir untuk anak anak PKAYIK yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Mac.

Alhamdullillah, untuk jamuan  makan tengahari dan Sambutan Hari Lahir ini ditaja sepenuhnya oleh orang ramai. Uyul dapat kumpulkan dana untuk makan tengahari dan Mak Uyul tolong Uyul carikan katering yang boleh provide makan tengahari.

Untuk jamuan Sambutan Hari Lahir, rakan rakan JDT Blogger yang lain dapat mencari beberapa penaja untuk kek dan juga juadah lain. Alhamdullillah. Bersyukur sangat sangat.








Alhamdullillah majlis berjalan sangat lancar. Dapat tengok muka adik adik semua happy happy, Kak Nurul yang tak tidur semalam pun jadi happy tahu. Harapan Uyul, semoga JDT Blogger dapat menganjurkan lagi aktiviti aktiviti sebegini di masa akan datang. Semoga penambahbaikan dapat dilakukan untuk next program. Syukur sangat sangat team JDT Blogger bagi kerjasama yang amat baik.

Kalau korang nak tahu, kami semua nih ada yang tak pernah jumpa lagi tahu. Ada yang baru jumpa kali pertama semasa program ini dijalankan. Wahhhhhh dah nampak macam ada chemistry tak? Boleh lah lepas nih anjurkan aktiviti lainnnn. Tak sabarnyaaaa.


 ****************************************
SENARAI PENAJA UNTUK PROGRAM KASIH JDT BLOGGER (SIRI 1)



Handsock - Handcok Besar Malaysia
Facebook : Hidayah Minhat




Bag Goodies - Kasih Concept

Facebook : Kasih Concept
Instagram : Kasih Concept


Button Badges - Creative Hand


Instagram : Creative Hand


Deco Birthday Party - Equine Concept BP
Facebook : Equine Concept BP
Instagram : Equine Concept BP


Pop Corn - Cathy Doll

Facebook : The goodies Popcorn

Instagram : The goodies Popcorn


Cream Puff - Maizatul Akmar Zakaria




Brownies - Nur Atikah Abd Rahim


Instagram : anna_cakeHouse


2 Kek Birthday - Dila

Facebook : Dila

Instagram : Dila


2 Kek Birthday - Aznanie
Facebook : Aznanie.azman


Goodies Bag - Butik Safira

Facebook : Safira Trading

Instagram : Butik Safira


Muffin  - Cuppies Lover Corner
Instagram : Cuppies Lover Corner



Maka tamatlah kisah satu hari bersama adik adik PKAYIK. Syukur alhamdullillah. Semoga Allah merahmati segala usaha kami. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah Taala dan yang buruk datangnya dari ke khilafan kami sendiri.