TIPS : 5 CARA SEKAT NAFSU MAKAN

TIPS: SEKAT NAFSU MAKAN. Salam. Masalah obesiti di Malaysia khususnya untuk wanita amat amat membimbangkan. Statistik yang dibuat pada tahun 2013 menunjukkan bahawa 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan dan angkanya semakin bertambah. Justeru, obesiti merupakan masalah kesihatan yang menjadi ancaman rakyat Malaysia.


Antara sebab mengapa masalah obesiti ini tidak dapat dibendung adalah dengan pengambilan makanan berlebihan dan nafsu terhadap makanan yang tidak dapat dikawal. Terdapat berbagai cara untuk sekat nafsu makan kita yang mungkin boleh dipraktikkan bermula dari sekarang.


 1. MENGAMBIL SARAPAN SETIAP PAGI 
WAJIB untuk mengambil sarapan pagi sekiranya kita mahu kurangkan masalah kegemukan. Hal ini kerana, kita akan melakukan aktiviti sepanjang hari dan sarapan pagi wajib diambil supaya kita lebih bertenaga. Kalau nak tahu, waktu tidur merupakan waktu tubuh badan kita bekerja untuk memproses makanan yang dihadam. Justeru, apabila kita bangun pagi, kita pasti berasa lapar, dan kita tak patut membiarkan perut kosong sehingga waktu makan tengahari. Selain itu, mengambil sarapan pagi juga dapat membendung kita daripada makan berlebihan pada waktu makan tengahari. Haaa, kan bagus macam tuh.



 2. MINUM AIR PUTIH MENGIKUT KEPERLUAN TUBUH BADAN 
Ya! Yang ini wajib ye kawan kawan. Wajib untuk minum air putih dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh. Ada yang mengatakan, wajib untuk minum 8 gelas sehari bahkan ada yang kata minum 1 liter mengikut 25kg berat badan kita. Sekiranya berat badan seseorang 75kg, bermakna tubuh badannya memerlukan 3liter air. Sebenarnya, kalau kita rasa lapar, perut kita menghantar signal dehidrasi. Ada orang akan terus makan apabila lapar. Cuba lepas ini kalau lapar, terus minum air putih. Dengan cara itu, boleh mengurangkan nafus untuk makan.



 3. PENGAMBILAN MAKANAN DALAM PORTION KECIL 
Pengambilan makanan dalam portion yang kecil sangat sangat membantu untuk menyekat nafsu terhadap makanan. Menurut Kelvin Zahri, otak manusia adalah sangat kompleks dan cenderung untuk bekerja secara misteri. Ada cara untuk menipu otak manusia berfikir bahawa kita telah makan secara berlebihan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Semakin besar pinggan, otak kita berfikir kita kurang makan. Jadi dengan menggunakan  pinggan yang lebih kecil, kita menipu otak kita bahawa pengambilan makanan kita sudah banyak dan terlebih mencukupi. Pelikk kan? Tetapi ahli psikologi telah mengkaji teknik ini dan mendapati ianya berkesan.



 4. KUNYAH MAKANAN SEBANYAK 40 KALI 
Kunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali merupakan satu tips yang sangat berguna. Ya, apabila kita mengunyah makanan dengan lebih lapar, kita sebenarnya telah menghantar signal ke otak bahawa kita telah makan dalam kuantiti yang banyak sedangkan portion makanan yang kita ambil adalah sedikit. Mengunyah makana sebanyak 40 kali merupakan salah satu sunnah Rasullullahh. Tiada dalil tentang mengunyah sebanyak 40 kali itu tetapi ternyata Rasullullah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah makan sehingga hancur membuktikan bahawa masalah kegemukan dapat di atasi.

Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dan mereka mendapati, orang yang mengunyah makanan dengan lebih lama iaitu sebanyak 40 kali berbanding mengunyah makanan sebanyak 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% pengurangan) untuk makanan yang sama. Ini bermakna, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya lebih lama.




 5. KAWAL TEKANAN DAN LAKUKAN SENAMAN 
Acapkali kan kalau kita stress, mesti kita nak makan. Tak kira waktu, ada je benda nak kunyah. Ya, kita perlu belajar kawal tekanan dan lakukan senaman. Banyak cara boleh kawal tekanan dan melakukan senaman ringan juga boleh mengawal tekanan kita. Sekiranya tiada masa pada siang hari, kita boleh melakukan senaman home workout pada waktu malam sebelum tidur. Tak lama pun masa yang di ambil. Cuma 20 ke 30 minit untuk mengeluarkan peluh.



Demikianlah 5 cara untuk menyekat nafsu makan. Harapnya dapat membantu korang semua yang ada niat nak kurus tapi tak tahu cara mudah sekat nafsu makan. Goodluck semua orang. Uyul masih on track lagi. Yahuuu--




JEMPUT BACA TIPS LAIN >>>>>


19 comments:

  1. Nak sekat tapi asyik gagal je. Berat makin bertambah 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheehhe. kak ana, cuba lagi cuba lagiii

      Delete
  2. assalamualaikum uyul...teruskan usaha yer uyul...semoga berjaya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ahh akak memang tauu. lepas tuh hasut kami kami yg nak kurus nih hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. alaaa jgn la tertekan. jom laaa diet sekali. heeheh

      Delete
  5. kena ikut oh tips nieyh. elsa makin lama makin bambam jugak hahaha. tapi bab senaman emmm macam liat je nak ikut. hakhakhak

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/gift-review-calendar-2017-from-blogger.html

    ReplyDelete
  6. Adoi.. Seksa nak sekat.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Hehe.. tak mampu nak tahan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tieee da kurus tak pe laa hahaha

      Delete
  8. nak nagisss sebab x menjadi2 nk kurus... makanan sedap2 belaka

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.