SAMBAL SARDIN DAN SEGENGGAM NASI | SARAPAN BERAT UYUL PAGI INI

SAMBAL SARDIN DAN SEGENGGAM NASI | Salam. Woahaaa! Berat betul sarapan pagi ini. Bukan apa, malam tadi balik dari Gym, melepak kejap kat Mamak dengan Haffiz. Sampai rumah dah angka 12.24am. Hamek kau. Uyul balik lewat malam, naseb dah tua bangka. Curfew sepatutnya jam 10:00pm tau tak. Itu pun Mak siap dah misscall weyh. Suruh balik. Hahahahahaah.

Nak dijadikan cerita, malam tadi Mak masak sambal sardin. Uyul masuk rumah je semalam Mak cakap, "Mak masak sardin, lauk kau ada atas meja tuh. Jangan tak makan." Hamboi Mak, anak Mak baru je balik Gym, dia dah suruh makan?

Jadinya, tak nak kecewakan Mak, pagi ini Uyul bungkus nasi senggenggam dan sambal sardin. Sarapan beratlahhh Uyul hari ini. Haishhh, tapi dah mengantuk pulak dia. Amboi. Banyak kerja menanti nih Cik Kak! Hahaha.



Nanti dah dapat hasil, Uyul share kat korang pengalaman Uyul mengkuruskan perut buncit nih ye. So far 2 minggu workout on off nih, turun 2 kilo sahaja awak. But then, Haffiz cakap okay ada turun. Biar lambat turun, kalau berat badan turun mendadak, tak syok lah. Kita naik berat badan bukan mendadak naik 10kg. Memang take time.

So, korang breakfast apa?

CONVERSATION

8 000, 000 Pengkomen:

  1. Replies
    1. Hahahahah. Kena makan jugak. Kalau tak makan boleh pitam Kak. Wakaka.

      Delete
  2. sedapnyaaaa, samalah dengan Alja, tgh diet, balek kerja adaaa sardin. kenot tahan, makan jugaaaa. emak gelak je. btw Good luck misi untuk kuruskan badan ^^ Chaiyok uyul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sardin murah. sekarang sardin mahal. hehehe

      Delete

Terima Kasih. Sila Datang Lagi.