PACKING MACAM NAK PERGI SEMINGGU | UYUL KE PAHANG

/
14 000 Comments
March 09, 2017
PACKING MACAM NAK PERGI SEMINGGU | Salam. Mak aihhh. Packing macam nak pergi seminggu je tau makcik sorang nih. Alkisahnya, malam tadi Uyul berjaga malam, pakej sentri rumah lagi. Ceritanya, malam nih Uyul akan bergerak ke Pahang lepas habis kerja malam ini. Ada job wedding dari 10 hingga 12 Mac. Disebabkan pengantin nikah jam 10:00 pagi pada 10 Mac, nak tak nak kena gerak malam ini.

Balik kerja semalam, dinner dengan family dekat Pizza Hut. Adik Uyul nombor dua belanja. Family semua keluar tengok wayang lepas makan. Tapi Uyul terus balik rumah konon konon nak basuh baju, packing apa semua. Tapi sebab letih bebenor, Uyul rehat kejap sampai pukul 1:00 pagi. Settlekan basuh baju yang seminggu dalam bakul tuh, sambil charge batery kamera, backup SD and CF Card. Haaa, siap sidai baju jam 5:00 pagi. Lepas kan Subuh, baru tidur pagi tadi. Lepas tuh menjajohhhhhlahhh bangun lambat nak pergi kerja pagi nih.

Actually, job panjang kali ini, Encik Merah temankan. Dah alang alang, dia tolong Uyul shoot sekali. Maklumlah Uyul mana berani nak gerak jauh sorang sorang. Selama nih kalau travel paling jauh pun Melaka dan JB. Haaaa yang itu sorang sorang memang lah berani. Malam ini, rancangnya kami pick up adik Encik Merah dekat UiTM Segamat dulu. Dah alang alang kan. Uyul pun dah lama tak jumpa Shasha sejak dia masuk UiTM. Katanya stress dah nak final.

Risau sebenarnya hati nih. Client Uyul kali nih kawan sama sama Degree. Selain risau kawan kawan Degree yang Uyul kenal ada sekali, Uyul risau tak boleh bagi yang terbaik. Yela kan, Photography nih kena buat kerja dengan jiwa. Kalau buat kerja semberono, memang tak tiptop lahh hasilnya tuh. Korang doakan Uyul ya. Lama dah DSLR Uyul berehat. Tak sabar nak menembak. Doakan juga perjalanan kami selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan.


Nak tengok Portfolio Uyul?

Baca jugak entry Uyul masuk Kelas Fotografi bersama Otai.

Korang belum ada Photographer untuk wedding korang?
WhatsApp 013 7766426



YOU MAY ALSO LIKE:

14 comments:

  1. in sha Allah berjaya..uyul kan memang dah biasa buat job tu..good luck ye..
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah. terimaa kasih kakak.

      Delete
  2. semoga selamat pergi dan balik uyul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah. terima kasih banyak banyak kakak!

      Delete
  3. Selamat menembak. Semoga hasilnya meletop kebabom. Have a safely journey. Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah kak fizahhh. terima kasih banyak banyak.

      Delete
  4. bestnya nak ikut boleh? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheehehhe, aloooo dah sampai sini. tak boleh bawak neeza.

      Delete
  5. Replies
    1. tq busyraaaa. rajin awak komen blog uyul.

      Delete
  6. best tau shoot gambar wedding..lagi-lagi gambar kawan sendiri.. jadi kenangan abadi dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh kak. yang penting dapat jumpa ramai kawan kawan zaman study dulu.

      Delete
  7. hahahah.. ni mesti macam-macam dia sumbat ke dalam beg tu...

    - Mia Liana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. betul tu kak miaaa. macam mcam sumbat.

      Delete

Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.