KURANG SIHAT PUNCA UYUL JARANG BLOGWALKING SEKARANG

March 29, 2017

KURANG SIHAT PUNCA UYUL JARANG BLOGWALKING SEKARANG | Salam. Hai semua, terima kasih sekali lagi kepada yang dah menyertai Uyul Rosli 1st Giveaway dan tahniah di ucapkan kepada para pemenang. Korang boleh tengok senarai pemenang di entry Pemenang Uyul Rosli 1st Giveaway.

Dua tiga hari ini kalau perasan Uyul jarang blogwalking ke blog blog kawan kawan semua. Maafkan Uyul. Uyul tak sihat dua tiga hari ini. Pada awalnya doktor suspect yang Uyul kemungkinan ada ketumbuhan Fibroid atau penyakit Endometriosis. Tapi setelah buat Ultrasound, Uyul disahkan NEGATIF dari penyakit tersebut. Apa yang pelik, Uyul masih sakit sakit lagi dekat bahagian bawah pinggang, dan demam masih on off, batuk tak sudah sudah, kepala sakit jangan cakap lah kan. Kalau boleh nak tidur jer nih. Mungkin kalau sakit makin teruk Uyul akan direct ke Hospital Pantai.

Tambah pulak ada masalah sikit dekat tempat kerja. Haa bertambah tambah sakitnya ni haa. 6 hari jugak lahhh sebernarnya. Larat dengan tak larat nak kerja, datanglah jugak kerja, siapkan mana patut. Tapi itu lah, nak blogwalking tak larat betul. Semalam nak umum pemenang pun gigih juga up entry, terjah blog peserta sorang sorang, sampaikan tertidur tidur depan laptop.

Maafkan Uyul ye semua. Nanti dah sihat betul betul, Uyul akan balas kunjungan kawan kawan.


Smiles even thousand ignores you.


You Might Also Like

10 000, 000 Pengkomen

  1. syafakillah uyul. jaga diri baik2 ;)

    ReplyDelete
  2. alahai... macam kritikal je tak sihat ni..harapnya bukan sakit yang serius...banyak kan rehat...ambik la mc uyul..akk suggest p la hospital pantai tu cepat2..tak payah delay lagi...risau pulak...gws ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. dia macam sakit gigi kak, bila sakit baik, terus tak g spital. hhuhuhu

      Delete
  3. Semoga kembali sihat seperti sediakala. Aamiin

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>