KEPUTUSAN SPM 2017 | TAHNIAH ADIK ADIK SEMUA

KEPUTUSAN SPM 2017 | TAHNIAH ADIK ADIK SEMUA. Salam. Wahhh semalam kecoh dekat timeline Facebook. Result SPM dah keluar ye. Tahniahhh adik adikk semua. Mana yang telah berjaya capai target, kena teruskan berusaha bila sambung ke peringkat lebih tinggi. Mana yang tidak berjaya capai target pun, jangan risau, SPM bukan pengakhirannya. Masih banyak lagi ruang dan peluang untuk adik adik capai impian yang menggunung tuh.

Nak cerita pasal keputusan SPM Uyul. Fuhh memang teruk. Teruk lahhh bagi Uyul. Belajar main main lagi siapa suruh kan. Tapi tapi tapi. Semua tuh tak laaa melemahkan semangat Uyul nak belajar ke peringkat seterusnya. Alhamdullillah, apply UiTM dapat masuk untuk fresh intake. Haaa seronoklahh kan. Tapi bukan mudah nak habiskan Diploma dan Degree. Bermacam ranjau Uyul lalui.

Paling tak boleh blahhh bila Uyul masuk Diploma sampai 3 kali dan 3 course kau! Hahaha. Mesti takkan percaya kan. Tak apa, nanti Uyul share cerita perjalanan Uyul menempuh 7 tahun dalam alam Universiti. Sekarang nih Uyul nak share tips belajar dengan adik adik semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti. Boleh klik gambar dekat bawah nih untuk tahu 7 Tips Belajar Secara Cemerlang.





Dan yang ini Uyul share cerita macam mana perasaan Uyul bila dapat Anugerah Naib Chansellor masa Diploma.



Dalam entry nih pula Uyul share pengalaman Uyul dapat 4 Flat untuk Semester Akhir Degree.



See, tak semestinya keputusan SPM kita tak gempak, tak "cemerlang" macam orang lain, kita tak boleh berjaya. Kalau dah Allah kata rezeki itu tak pernah salah alamat, tugas kita adalah berusaha berdoa dan bertawakal.

Jangan give up awal awal. Uyul dulu tak pernah nak rasa putus asa awal pun. Sedangkan Mak Uyul duk compare Uyul dengan anak kawan kawan dia, Uyul relax je buat dek. Hahaha tapi dalam hati menangis jugak lahhh. Itu sebenarnya pemangkin semangat kita untuk berjaya. Jangan give up okayy! Masih banyak peluang terbuka kalau kita rajin berusaha.

Yang penting BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH.



  CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM  


CONVERSATION

9 000, 000 Pengkomen:

  1. fuiiyyooo..kak nurul blh buat seminar motivasi utk anak2 PKAYIK yg nak SPM hehe

    - JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa kan. kalau laaa ada masa. mmg nak sgt buat program motivasi kat adik2

      Delete
  2. assalamualaikum uyul...seronok tengok anak mama seorg ni berjaya...semoga akan terus berjaya hendaknya...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab dapat anugerah naib canselor dan 4 flat..bab kena compare tu selalu kena..mmg luar buat dek je dlm hati sedih xtau nak kata..hehe. Saya spm dulu pn xgempak, dah masuk u ni, alhamdulillah result pun memuaskan dan xde dah compare2 tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheheh. kan shahida. sedih betul kena compare. tapi bila da habis study, baru tahu semua tuh dorongan orang sekeliling pada kita secara tak langsung.

      Delete
  4. Tahniah kepada yang berjaya dalam SPM yang lepas.
    Yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhirannya.
    Tahniah juga kepada Uyul

    ReplyDelete

Terima Kasih. Sila Datang Lagi.