ENDOMETRIOSIS / FIBROID | SAKIT APA TU?

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Endometriotis / Fibroid, kalau ikutkan Fibroid tu Uyul selalu dengar. Endometritis tuh alamak penyakit apa tuh. First time dengar. Terus Google. Apa yang dah Uyul baca dekat beberapa Website, penyakit Endometritis merupakan satu penyakit yang agak luar biasa. Memang ramai yang masih tak tahu tentang penyakit ini sedangkan semakin ramai wanita di luar sana yang menghidapinya.

Antara simptom penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan melampau ketika haid, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang ulang kali. Antara lain, ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain lain. Haaaa yang ini semua antara simptom yang Uyul dapat sepanjang dari Januari hingga Mac. Boleh baca info lain di SINI.

Korang boleh tengok kitaran haid Uyul yang tidak normal seperti tertera. Kenapa daripada peringkat awal Uyul tak melakukan peperiksaan? Ini kerana Uyul fikirkan normal untuk Uyul sebab Uyul memang pernah makan ubat hormon pada 2013.



Dipendekkan cerita, dua hari lepas Uyul dan company Uyul kerja ada ke A Famosa Water Theme Park untuk company trip. Memang Uyul dah pesan awal awal pada kawan kawan yang Uyul takkan mandi manda sebab Uyul period dan senggugut teruk. Sepanjang dalam bas Uyul masih boleh kawal lagi rasa sakit. Dan Uyul tetap minum air putih banyak banyak sebab tengah ada masalah kencing tak lawas. Tapi setiap kali pitstop memang Uyul ke toilet je la cerita dia.

Sampai rumah jam 8:30 malam, Uyul bersihkan diri dan tidur macam biasa. Tapi entah macam mana, jam 2:00 pagi Uyul terjaga sebab pinggang sakit sangat. Masuk bilik Dekna tapi   sebab Dekna tidur bukak aircond, terus Uyul tidur sebelah Mak. Tidur sampai jam 8:30 pagi, bangun terus ke tempat kerja. Actually benda ni dah jadi dua hari. Menggeletar sebab sakit sangat. Sampai office Uyul memang cuba tahan sakit lah. Tak tertahan sebenarnya. Melepek je kat meja. Jam 3:00 petang Uyul tak larat sangat. Mintak izin boss untuk pergi Klinik dan amik MC.

Memang tak larat laaa cerita dia. Call Mak mintak Abah amik. Tapi Dekna datang dengan Hadi amik Uyul. Then pergi Klinik dengan Abah. Pusing satu Batu Pahat cari Klinik terdekat. Klinik Min dah tutup. Klinik Iwani doktor pulak tak ada. Abah bawak ke Klinik L'Medina. Itu pun dugaan juga. Doktor dah tak nak terima pesakit sebab ada meeting. Tapi Uyul merayu jugak sebab dah 4 hari sakit dan menggeletar tak tahan sangat. Akhirnya Doktor terima juga. Terima kasih Klinik L'Medina.

Lepas melakukan pemeriksaan, Doktor mintak untuk buat ultrasound dekat Hospital Pantai. Sebab dekat Klinik L'Medina takde perkhidmatan tersebut. Yang bagusnya doktor siap tanya Uyul kerja apa, mampu tak untuk buat ultrasound sebab kosnya agak mahal. Uyul masa tuh terlupa yang Uyul ada Medical Card. Yelaaa belum pernah sakit teruk kan. Bila Uyul setuju untuk buat ultrasound, Doktor keluarkan satu borang dan esok Uyul akan ke Hospital Pantai untuk pemeriksaan lanjut. Uyul perlu rujuk semula ke Klinik L'Medina selepas dapat report esok.




Semalam dapatlah jugak satu injection, 2 hari mc dan 4 macam ubat. Yang tak tahan, ubat injection habis, tengah malam Uyul menggeletar semula. Sakit dia ya ampun. Bangun jam 4:00 pagi, makan ubat dan sambung tidur semula. Itu pun Uyul call adik dekat bilik sebelah mintak tolong amikkan air. Hampehhh betul dia boleh tak bangun. Last last panggil Mak, Mak amikkan air. Uyul call juga mak cik Uyul yang nurse tuh, Uyul siap tanyaa, memang macam nih ke sakit dia. Ya ampun.



Tengoklah esok macam mana lepas scan. Doakan Uyul baik baik sahaja.
Simptom untuk penyakit tuh memang dah ada cuma tahhlahh harapnya negatif.

12 comments:

  1. Assalamualaikum uyul...semoga tiada apa yg berlaku yer...mama doakan semoga dipermudahkn semuanya yer..

    ReplyDelete
  2. Ee..tak tertahan rasanya sakit tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuhhh cik tie. memang tak tertahan.

      Delete
  3. moga diberikan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  4. take care kak uyul.. jangan lupa makan ubat.. semoga kak uyul sihat semula rindu keletah kak uyul yang ceria

    ReplyDelete
  5. Jaga diri uyul.moga cepat sembuh.banyak sungguh ubat tu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.