*KLIK BANNER UNTUK JOIN*


SYARAT PENYERTAAN [WAJIB]:

  1. Blogger dari Malaysia sahaja.
  2. Follow blog : The Aaisy.
  3. Buat entry bertajuk " #1 Giveaway by The Aaisy ".
  4. Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
  5. Tinggalkan URL entry dan email anda yang aktif di kotak komen di bawah.
  6. Giveaway akan bermula pada 29.3.2017 dan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017

SYARAT PENYERTAAN [TAK WAJIB]:

  1. Follow instagram : @aaisyanr dan @thedaisya
  2. Like FB Page : The Daisya

SENARAI HADIAH:

  1. 1 X Buku MOMEN2 MATLUTHFI.
  2. 2 X Topup RM5.
*KLIK BANNER UNTUK JOIN*



Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.

********************
Ke mana kan ku lari
Membawa diri ini
Biarlah dirimu
Tak dapat memilih
Terbiar ku sendiri

Haruskah ku begini
Mengharap tanpa pasti
Dipukul ombak
Ku hanyut ketepi
Lemas tiada erti

Kan ku relakan
Jika takdirnya
Ku kan lepaskan
Oleh Kerana

Kau tak terdaya
Melupakannya
Seperti dia
Yang terdahulu memilikimu

Pastinya aku terasa pilu
Memisahkan mu
Kan ku relakan
Jika takdirnya

Ku kan lepaskan
Oleh kerana
Kau tak terdaya
Melupakannya

Seperti dia
Yang terdahulu memilikimu
Pastinya aku terasa pilu
Memisahkan mu

Ke mana kan ku lari
Membawa diri ini
Biarlah dirimu
Tak dapat memilih

Terbiar ku sendiri
Terbiar ku sendiri
Terbiar ku sendiri
********************
KURANG SIHAT PUNCA UYUL JARANG BLOGWALKING SEKARANG | Salam. Hai semua, terima kasih sekali lagi kepada yang dah menyertai Uyul Rosli 1st Giveaway dan tahniah di ucapkan kepada para pemenang. Korang boleh tengok senarai pemenang di entry Pemenang Uyul Rosli 1st Giveaway.

Dua tiga hari ini kalau perasan Uyul jarang blogwalking ke blog blog kawan kawan semua. Maafkan Uyul. Uyul tak sihat dua tiga hari ini. Pada awalnya doktor suspect yang Uyul kemungkinan ada ketumbuhan Fibroid atau penyakit Endometriosis. Tapi setelah buat Ultrasound, Uyul disahkan NEGATIF dari penyakit tersebut. Apa yang pelik, Uyul masih sakit sakit lagi dekat bahagian bawah pinggang, dan demam masih on off, batuk tak sudah sudah, kepala sakit jangan cakap lah kan. Kalau boleh nak tidur jer nih. Mungkin kalau sakit makin teruk Uyul akan direct ke Hospital Pantai.

Tambah pulak ada masalah sikit dekat tempat kerja. Haa bertambah tambah sakitnya ni haa. 6 hari jugak lahhh sebernarnya. Larat dengan tak larat nak kerja, datanglah jugak kerja, siapkan mana patut. Tapi itu lah, nak blogwalking tak larat betul. Semalam nak umum pemenang pun gigih juga up entry, terjah blog peserta sorang sorang, sampaikan tertidur tidur depan laptop.

Maafkan Uyul ye semua. Nanti dah sihat betul betul, Uyul akan balas kunjungan kawan kawan.


Smiles even thousand ignores you.



Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


23/03/2017 - 31/03/2017
JOM JOIN SEGMEN INI ;)

Assalamualaikum WBT. Hai semua. Rasa macam dah terlewat nak umum pemenang Giveaway yang Uyul anjurkan pada minggu lepas. Sebelum itu, Uyul nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi join Uyul Rosli 1st Giveaway ini.


Sila rujuk nombor peserta di SINI.



TOPUP RM5
38 & 5

TOPUP RM10
1 & 12

100PCS NAME CARD
26, 35, 31, 16, 18, 4 & 41


Tahniah sekali lagi kepada para pemenang. Diminta untuk para pemenang semua PM details seperti tertera di bawah ke inbox fanpage Uyul Rosli Official.

Bagi pemenang Name Card
No. Peserta:
URL Penyertaan:
Alamat Pengeposan:
No Telefon:
(Uyul akan WhatsApp setiap seorang untuk details pada Name Card)

Bagi pemenang Topup
No. Peserta:
URL Penyertaan:
No Telefon untuk di Topup:

Sila tuntut hadiah masing masing sebelum Jumaat 7 April 2017. 

********************

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi
Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu
Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Ku cuba untuk mengejar kamu

Makin ku genggam ia terlerai

Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu
Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Biar aku jadi penunggu

********************

RANKING ALEXA BLOG UYUL | WOW NOMBOR DAH MENGECIL. Salam. Kemain tengah sakit sakit pun gigih nak juga update blog. Lagi excited bila tengok Alexa Rank nih dah semakin mengecil nombornya.



Ranking in Malaysia: 19660
Baca entry Ranking Alexa yang lepas: Sini
Check Ranking Alexa blog korang: Sini


Kita sedar blog kita biasa biasa sahaja. Tapi Uyul memang tengah berusaha untuk mantapkan blog. Banyak tips yang dikongsi oleh blogger otai. Cuma rajin dengan tak rajin je.



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Endometriotis / Fibroid, kalau ikutkan Fibroid tu Uyul selalu dengar. Endometritis tuh alamak penyakit apa tuh. First time dengar. Terus Google. Apa yang dah Uyul baca dekat beberapa Website, penyakit Endometritis merupakan satu penyakit yang agak luar biasa. Memang ramai yang masih tak tahu tentang penyakit ini sedangkan semakin ramai wanita di luar sana yang menghidapinya.

Antara simptom penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan melampau ketika haid, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang ulang kali. Antara lain, ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain lain. Haaaa yang ini semua antara simptom yang Uyul dapat sepanjang dari Januari hingga Mac. Boleh baca info lain di SINI.

Korang boleh tengok kitaran haid Uyul yang tidak normal seperti tertera. Kenapa daripada peringkat awal Uyul tak melakukan peperiksaan? Ini kerana Uyul fikirkan normal untuk Uyul sebab Uyul memang pernah makan ubat hormon pada 2013.



Dipendekkan cerita, dua hari lepas Uyul dan company Uyul kerja ada ke A Famosa Water Theme Park untuk company trip. Memang Uyul dah pesan awal awal pada kawan kawan yang Uyul takkan mandi manda sebab Uyul period dan senggugut teruk. Sepanjang dalam bas Uyul masih boleh kawal lagi rasa sakit. Dan Uyul tetap minum air putih banyak banyak sebab tengah ada masalah kencing tak lawas. Tapi setiap kali pitstop memang Uyul ke toilet je la cerita dia.

Sampai rumah jam 8:30 malam, Uyul bersihkan diri dan tidur macam biasa. Tapi entah macam mana, jam 2:00 pagi Uyul terjaga sebab pinggang sakit sangat. Masuk bilik Dekna tapi   sebab Dekna tidur bukak aircond, terus Uyul tidur sebelah Mak. Tidur sampai jam 8:30 pagi, bangun terus ke tempat kerja. Actually benda ni dah jadi dua hari. Menggeletar sebab sakit sangat. Sampai office Uyul memang cuba tahan sakit lah. Tak tertahan sebenarnya. Melepek je kat meja. Jam 3:00 petang Uyul tak larat sangat. Mintak izin boss untuk pergi Klinik dan amik MC.

Memang tak larat laaa cerita dia. Call Mak mintak Abah amik. Tapi Dekna datang dengan Hadi amik Uyul. Then pergi Klinik dengan Abah. Pusing satu Batu Pahat cari Klinik terdekat. Klinik Min dah tutup. Klinik Iwani doktor pulak tak ada. Abah bawak ke Klinik L'Medina. Itu pun dugaan juga. Doktor dah tak nak terima pesakit sebab ada meeting. Tapi Uyul merayu jugak sebab dah 4 hari sakit dan menggeletar tak tahan sangat. Akhirnya Doktor terima juga. Terima kasih Klinik L'Medina.

Lepas melakukan pemeriksaan, Doktor mintak untuk buat ultrasound dekat Hospital Pantai. Sebab dekat Klinik L'Medina takde perkhidmatan tersebut. Yang bagusnya doktor siap tanya Uyul kerja apa, mampu tak untuk buat ultrasound sebab kosnya agak mahal. Uyul masa tuh terlupa yang Uyul ada Medical Card. Yelaaa belum pernah sakit teruk kan. Bila Uyul setuju untuk buat ultrasound, Doktor keluarkan satu borang dan esok Uyul akan ke Hospital Pantai untuk pemeriksaan lanjut. Uyul perlu rujuk semula ke Klinik L'Medina selepas dapat report esok.




Semalam dapatlah jugak satu injection, 2 hari mc dan 4 macam ubat. Yang tak tahan, ubat injection habis, tengah malam Uyul menggeletar semula. Sakit dia ya ampun. Bangun jam 4:00 pagi, makan ubat dan sambung tidur semula. Itu pun Uyul call adik dekat bilik sebelah mintak tolong amikkan air. Hampehhh betul dia boleh tak bangun. Last last panggil Mak, Mak amikkan air. Uyul call juga mak cik Uyul yang nurse tuh, Uyul siap tanyaa, memang macam nih ke sakit dia. Ya ampun.



Tengoklah esok macam mana lepas scan. Doakan Uyul baik baik sahaja.
Simptom untuk penyakit tuh memang dah ada cuma tahhlahh harapnya negatif.

JOM KE A FAMOSA WATERPARK. Salam. Hari nih cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Minggu lepas boss ajak pergi company trip. Plan asalnya nak buat team building. Last last ke Water Theme Park lahh kita.

Uyul bawak adik Uyul sekali. Adik Haziq. Ye laaa cuti sekolah kan, dah alang alang. Cuma sayangnya Uyul tak mandi lah kat sana. Sebab Uyul masih sakit sakit lagi nih. Senggugut teruk. Sakit pinggang yakmat. Tapi standby je bawak baju. Kot kot tergerak hati nak mandi kan.

A Famosa Water Theme Park nih Uyul tak pernah pergi lagi. Walaupun kampung memang dekat Alor Gajah. Hahahaha. Jakun sungguh rasanya. Duk Google tengok kemain banyak betul permainan dia. Encik Merah dah laaa pergi. Masa tuh dia buat trip kelas Degree.

Naseblahh bawak iPad. Boleh blogwalking sementara tunggu semua orang mandi. Kalau tak memang bosanlahh jawabnya. Haihhhh itulahhh dapat lagi penyakit yang sendiri tak nak jumpa doktor untuk check. Degil Uyul nih.


Have a nice Company Trip My Album Trading.



Ahmad Faizi Redza Bin Rosli


You were my favorite subject matter since 2011.
May Allah ease our journey, I love you.

Good night.
E-MOHON | YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR. Salam. Wah hari nih kecoh pasal Yayasan Sultan Johor. Uyul ternampak dekat Facebook Viral Johor tadi. Haaa cepat cepat Uyul apply. Yelaaa nak ke Galleria Johor Bahru memang tak sempat lahh.

Korang nak mohon jugak Rumah Impian Sultan Johor nih? Yang pasti rakyat Johor berIC 01 sahaja boleh mohon. Klik Yayasan Sultan Ibrahim Johor untuk pra permohonan.


Semoga murah rezeki Uyul aminnn.

*Klik Banner Untuk Join*

TIPS: SEKAT NAFSU MAKAN. Salam. Masalah obesiti di Malaysia khususnya untuk wanita amat amat membimbangkan. Statistik yang dibuat pada tahun 2013 menunjukkan bahawa 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan dan angkanya semakin bertambah. Justeru, obesiti merupakan masalah kesihatan yang menjadi ancaman rakyat Malaysia.


Antara sebab mengapa masalah obesiti ini tidak dapat dibendung adalah dengan pengambilan makanan berlebihan dan nafsu terhadap makanan yang tidak dapat dikawal. Terdapat berbagai cara untuk sekat nafsu makan kita yang mungkin boleh dipraktikkan bermula dari sekarang.


 1. MENGAMBIL SARAPAN SETIAP PAGI 
WAJIB untuk mengambil sarapan pagi sekiranya kita mahu kurangkan masalah kegemukan. Hal ini kerana, kita akan melakukan aktiviti sepanjang hari dan sarapan pagi wajib diambil supaya kita lebih bertenaga. Kalau nak tahu, waktu tidur merupakan waktu tubuh badan kita bekerja untuk memproses makanan yang dihadam. Justeru, apabila kita bangun pagi, kita pasti berasa lapar, dan kita tak patut membiarkan perut kosong sehingga waktu makan tengahari. Selain itu, mengambil sarapan pagi juga dapat membendung kita daripada makan berlebihan pada waktu makan tengahari. Haaa, kan bagus macam tuh.



 2. MINUM AIR PUTIH MENGIKUT KEPERLUAN TUBUH BADAN 
Ya! Yang ini wajib ye kawan kawan. Wajib untuk minum air putih dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh. Ada yang mengatakan, wajib untuk minum 8 gelas sehari bahkan ada yang kata minum 1 liter mengikut 25kg berat badan kita. Sekiranya berat badan seseorang 75kg, bermakna tubuh badannya memerlukan 3liter air. Sebenarnya, kalau kita rasa lapar, perut kita menghantar signal dehidrasi. Ada orang akan terus makan apabila lapar. Cuba lepas ini kalau lapar, terus minum air putih. Dengan cara itu, boleh mengurangkan nafus untuk makan.



 3. PENGAMBILAN MAKANAN DALAM PORTION KECIL 
Pengambilan makanan dalam portion yang kecil sangat sangat membantu untuk menyekat nafsu terhadap makanan. Menurut Kelvin Zahri, otak manusia adalah sangat kompleks dan cenderung untuk bekerja secara misteri. Ada cara untuk menipu otak manusia berfikir bahawa kita telah makan secara berlebihan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Semakin besar pinggan, otak kita berfikir kita kurang makan. Jadi dengan menggunakan  pinggan yang lebih kecil, kita menipu otak kita bahawa pengambilan makanan kita sudah banyak dan terlebih mencukupi. Pelikk kan? Tetapi ahli psikologi telah mengkaji teknik ini dan mendapati ianya berkesan.



 4. KUNYAH MAKANAN SEBANYAK 40 KALI 
Kunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali merupakan satu tips yang sangat berguna. Ya, apabila kita mengunyah makanan dengan lebih lapar, kita sebenarnya telah menghantar signal ke otak bahawa kita telah makan dalam kuantiti yang banyak sedangkan portion makanan yang kita ambil adalah sedikit. Mengunyah makana sebanyak 40 kali merupakan salah satu sunnah Rasullullahh. Tiada dalil tentang mengunyah sebanyak 40 kali itu tetapi ternyata Rasullullah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah makan sehingga hancur membuktikan bahawa masalah kegemukan dapat di atasi.

Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dan mereka mendapati, orang yang mengunyah makanan dengan lebih lama iaitu sebanyak 40 kali berbanding mengunyah makanan sebanyak 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% pengurangan) untuk makanan yang sama. Ini bermakna, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya lebih lama.




 5. KAWAL TEKANAN DAN LAKUKAN SENAMAN 
Acapkali kan kalau kita stress, mesti kita nak makan. Tak kira waktu, ada je benda nak kunyah. Ya, kita perlu belajar kawal tekanan dan lakukan senaman. Banyak cara boleh kawal tekanan dan melakukan senaman ringan juga boleh mengawal tekanan kita. Sekiranya tiada masa pada siang hari, kita boleh melakukan senaman home workout pada waktu malam sebelum tidur. Tak lama pun masa yang di ambil. Cuma 20 ke 30 minit untuk mengeluarkan peluh.



Demikianlah 5 cara untuk menyekat nafsu makan. Harapnya dapat membantu korang semua yang ada niat nak kurus tapi tak tahu cara mudah sekat nafsu makan. Goodluck semua orang. Uyul masih on track lagi. Yahuuu--




JEMPUT BACA TIPS LAIN >>>>>


LAZADA 5TH BIRTHDAY CELEBRATION SALES. Salam. Wahhhh!! Sales Lazada sempena sambutan ke 5 tahun dah start hari ini! Cepat laju laju shopping di Lazada Malaysia.
.

Aduhhh diskaun hebat weyhh. Rugi betul lah tak shopping dekat Lazada untuk 3 hari ini. Perghhhh ini mahu rambang mata nih. Up to 90% OFF. Sapa tak nak? Klik klik je dekat Website Lazada Malaysia hoi!



Jap jappp tengok dalam bank banyak duit lagi tak. Ada benda nak beli nih. Aumm.
Muhammad Afif Hanis.



Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Geng selfie Mak Long!
NASI KUKUS BATU PAHAT | PALING MARVELOUS. Salam. Haaa korang lunch apa hari nih? Hari nih Uyul tak berapa nak sihat. Biasalah perempuan kan, tiap bulan ada masa dia sakit tiba tiba datang. Masuk kerja pun lewat tadi. Tengahari pun waktu rehat tidur kejap dalam Bilik Kayangan.

So, kawan office Uyul keluar beli makan tengahari. Kebetulan dia nak ke Bukit Pasir, Uyul teringat kat situ ada orang jual Nasi Kukus. Weyhhh sedappp gila Nasi Kukus dia. Suapan pertama dah rasa macam makan kat Sigai depan UiTM Machang. Hahaa. Maklumlahhh, dulu pernah study kat sana, dan Nasi Kukus pertama Uyul makan pun dari sana.



Nampak mengiurkan tak? Ayam dia besar gabakkk.


Kriuk kriuk dia nih wajib mintak lebih. Nasi dia pun lembut sangat sangat. Gebu je rasa.


Nampak tangan debab Uyul? Hahahaha. Tuh belum nampak muka debab lagi.


Siapa siapa yang duduk area Batu Pahat, boleh terjah Nasi Kukus POWER nih! Landmark dia dekat dengan Sekolah Rendah Agama Bersepadu.  Waktu jualan dalam pukul 2:00 pm sampai habis jualan. Tak rugi tau beli. Sedap namateyyy. Heheeheh. Tapi, kalau nak beli tuh, kena sabar sikit ehh. Sebabnya, memang akan beratur panjangggg! Hahaha.


JOM BACA FOOD REVIEW BATU PAHAT YANG LAIN >>
  1. 154E Kedai Makan Jalan Rahmat

PAGEVIEW MENCANAK NAIK - 19 MAC | SIAPA BOM BLOG UYUL. Salam. Wahh amboi amboi. Semalam Uyul satu hari busy. Tak dan nak blogwalking ke blog kawan kawan semua. So bila dah malam malam tuh, saja lah bukak blog ke konon nak tengok lahh berapa ramai dah join Uyul Rosli 1st Giveaway. Amboi bertalu talu orang join ye. Siap dah capai target 30 orang peserta yang join. Alhamdullillah. Eh yang belum join, belum terlambat nak join okayyy! Pergi join lekas. Hehehe. *Kejamnya Uyul paksa orang join.*

Okay berbalik pada tajuk entri kali ini. Ya Allah, terkejut habis nih. Tak sangka Pageview sampai 2724. Gila kau tak terkejut. Uyul baru aktif balik berblog nih sejak awal tahun. Bulan Januari tuari pun masih sendu lagi blog Uyul. Uyul start serius blogwalking, update entri tiap hari start bulan Mac. Tak sampai sebulan pun lagi.


Alhamdullillah. Allah haiii bersyukur sangat sangat. Sekurang kurangnya bila tengok PV Blog hari hari ada peningkatan, baru bersemangat nak jadi blogger secara serius. Tapi itulah, Uyul masih tercari cari siapa agaknya yang bom blog Uyul nih.

Walaupun dah start berblog sejak 2011, tapi Uyul nih dikategorikan newbie lagi. Blog pun masihh di awang awangan. Inshaaallah, slowly Uyul akan cuba juga ikut tips tips yang dikongsi oleh blogger blogger otai. 

Terima kasih kawan kawan alam maya Uyul semua! Kita mungkin tak pernah jumpa. Mungkin tak pernah bersua. Tapi InshaaAllah, ada beberapa blogger yang Uyul cam sangat rajin ke blog Uyul. Terima kasihhh sebab sudi jadi kawan Uyul.


********************
Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah

Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar

Kau tersakiti

Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me

Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Bridge
Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya
********************

********************
Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu


Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Dan bilaaaa
Ternyataaaa
Aku cintaiiii
********************
154E KEDAI MAKAN JALAN RAHMAT | PORT LEPAK UYUL ROSLI. Salam. Korang mesti ada port lepak masing masing lepas penat bekerja kan? Uyul pun ada jugak dua tiga kedai makan area Batu Pahat yang jadi port lepak Uyul dengan Eycak.


Salah satu port lepak kami adalah 154E Kedai Makan Jalan Rahmat, Batu Pahat. Kalau nak tau landmark dia berderetan dengan Kedai Makan Ramly. Ramly tuh kami jarang lepak sebab kebiasaaannya ramai orang. So, memang port kami dekat 154E.

Antara menu wajib uyul dan Eycak akan order adalah Rojak Tempe Tahu. Ahhh tatau laaa orang panggil apa. Tapi kami cuma panggil Tempe Tahu Goreng. Heheheeh. Mengancam okay, sebab tuh jadi menu wajib kami.



 Dan semalam tertiba nampak Mee Rebus. Hahahaha. Goodbye diet!


Korang kalau singgah Batu Pahat, nak cari port lepak, bandar Batu Pahat tuh memang port lepak anak muda macam kami. Ekekeke. Kalau datang Batu Pahat tuh, roger lahhh Uyul hoi!