KELAS FOTOGRAFI BERSAMA OTAI | UYUL+DSLR

ASSALAMUALAIKUM | KELAS FOTOGRAFI BERSAMA OTAI. Hai hai haii semua. Dah masuk bulan Februari dah nih. Apa target yang korang dah capai sepanjang satu bulan untuk 2017? Heheheh. Uyul punya lahhhh berderet pending entryy weyh. Boleh tahan jugak marathon. 

So untuk topik hari ini, Uyul nak share dengan korang semua apa output yang Uyul dapat masa follow otai shoot wedding. Oh ye sebelum tuh, bagi yang tak tahu, Uyul baru je berjinak jinak dengan fotografi nih. Terjebak dengan Wedding Photography nih sejak bulan Mei 2016. Kiranya hampir setahun jugaklah Uyul dalam bidang nih. Eceh. Tapi tak adalah pro mana. Artwork Uyul korang boleh tengok dekat Uyul+DSLR.

Untuk pengetahuan korang, Uyul nih tak ada basic in photography. So Uyul sapu bersihlah sesiapa yang sudi nak ajar Uyul godeh godeh DLSR tuh. Pada 28 Januari lepas, Uyul follow Abang Yuz shoot sanding dekat Kluang, Johor. Actually before this Uyul dah follow Abang Farid. Korang boleh tengok artwork Abang Yuz dekat Yuz+DSLR dan artwork Abang Farid dekat Farid+DSLR. Dorang berdua nih memang power! Yang penting masing masing ada kelebihan masing masing. Itu yang Uyul salut dua dua nih.

Dekat bawah nih antara hasil yang Uyul shoot 28hb bulan lepas. Khas untuk tatapan mata korang semua. Hehe. Sebenarnya gambar kat bawah semua tak edit pun. Tak masuk Lighhtroom, Uyul cuma masuk Photoshop, letak watermark je. Alhamdullilah. Lepas Abang Yuz dan Abang Farid ajar setting kamera, dan speedlight, Uyul bersyukur sangat dapat tahu apa fungsi setiap kamera tuh. Sebelum nih duk tengok kat Youtube, ada yang paham ada yang krik krik krik.


Bagi Uyul, bidang fotografi nih, bukan satu bidang yang mudah. Tak semestinya ada DSLR terus boleh jadi jurufoto. Kena belajar banyak benda. Gila kau nak kena absorb semua ilmu. Orang lain belajar bertahun tahun baru dapat title Photographer tuh. Eceh. Uyul memula malu nak cakap Uyul nih Photographer. Yelaaa kita nih ilmu dah laaaa takde. Kena banyak tanya pada otai otai. Nak apply Diploma pun macam dah lambat sangat. Duit InshaaAllah boleh cari. Otai siap cakap, tak payah bazir masa nak masuk kelas. Cari ilmu pun boleh dari pengalaman. Sebab tuh Uyul follow je otai otai nak ajar. Kalau ada yang organized kelas pun Uyul bedal masukkk je. Hehehe.

So berbalik kepada kelas fotografi dengan Abang Yuz, apa yang Uyul dapat hari tuh? First thing first Abang Yuz mintak kamera Uyul. Lepas pastikan environment dekat kawasan pelamin tuh, Abang Yuz setting balik kamera Uyul. Fuhh nak setting kamera pun ada cara dia tahu. Dah settel bab tuh, dia ajak Uyul keluar, duduk depan kawasan Khemah. Dekat situ Abang Yuz mula ajar apa step atau macam mana flow majlis berlangsung. Tips yang Abang Yuz berikan mudah je. Simple. Uyul senang nak adapt sebab sebelum nih Uyul dah pun 3 kali buat job, so pahamlah apa yang dia cuba nak sampaikan. Dapat tambah ilmu dekat situ. Topup balik apa yang Uyul kurang.

Apa yang Uyul boleh share kat korang, nak tahu macam mana flow majlis, korang anggap majlis tuh majlis korang. Korang mestilah nak flow majlis tuh nampak smooth kan? So nak ketchingg ketching pun kita kena belajar tentatif pada hari kejadian. Contohnya macam Abang Yuz ajar, first kena snap moment moment majlis. Lebih mudah kalau kita datang awal majlis, boleh snap kawasan khemah. Tengok khemah, pastikan jugak client guna servis rewang ke ataupun guna katerer. Kalau guna servis orang rewang, snap moment orang basuh pinggan mangkuk ke kan. Moment tuh. Haaa lepas tuh snap jugak gambar tetamu amik makanan. Dah siap kat kawasan khemah, pergi pulak dekat meja makan damai. Snap gambar kat situ. Oh sebelum terlupa, kalau majlis tuh ada banner ke bunting ke, jangan lupa snap jugak.





Next, Abang Yuz ajar, lepas setel bahagian tuh, masuk dalam rumah, mintak izin untuk shoot gambar pengantin lepas makeup. Kebiasaannya, kita kena tahu lah bila pengantin mula makeup dan dari situ kita boleh bajet pukul berapa dorang siap bersolek. Dapat shoot beberapa posing dah kira okayy lahh tuh. Dan lepas tuh korang boleh standby untuk perarakan ketibaan pengantin lelaki. Haaa kat situ pun moment jugak okay. Sebolehnya korang gunakan lahh kamera korang sebaik baiknya. Penting semua moment tuh. Bila pengantin lelaki dah tiba, haaa masa korang memang banyak kat pelamin je lah. Kalau dapat ruang yang luas memang seronok, kalau ruang sempit memang berasak asak lah korang dengan tetamu yang datang lagi.





Disebabkan hari kejadian hujan selebat lebatnya petang tuh, Uyul takde rezeki nak tengok camne Abang Yuz shoot outdoor. So, maybe nextime boleh lah kot kan. Kalau Abang Yuz sudi nak ajar. Hehehe. Sebenarnya Uyul excited nak tengok Abang Yuz main lighting semua tuh. Teruja nak dapat hasil yang kebabom macam tuh weyh. Korang kalau tak caya, pergi tengok kat Facebook Abang Yuz dekat sini Yuz+DSLR.


Okay, sampai sini je laaa Uyul dapat share. Apa apa pun, ribuan terima kasih Uyul ucapkan dekat Abang Yuz mahupun Abang Farid. Next entry Uyul share pulak artwork Uyul masa shoot dengan Abang Farid. Semoga otai otai nih dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan semoga segala ilmu yang diberikan diberkati Allah. Hanya Allah je dapat balas jasa kalian berdua sebab tak putus putus kongsi ilmu dengan seketul Uyul yang ZERO KNOWLEGDE nih. Aminn.

Regards,
Uyul Rosli


p/s: Nak book Pakej Fotografi?
WhatsApp 0137766426

CONVERSATION

13 000, 000 Pengkomen:

  1. Replies
    1. alhamdullillahh kak. ilmu yg dicurahkan akan digunakan sebaiknya,

      Delete
  2. assalamualaikum uyul...menarik dan terbaikkk...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam mama. heheheh. menarik tertarik kau memangg debom!

      Delete
  3. Replies
    1. nak tunang ke nak kawin ke meh la panggil uyul. hehehe

      Delete
  4. Kak uyul memang ada talent lah, daebakk, admire your skill, teruskan kak uyul, fighting :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah. terima kasih adikku syg. hehehe

      Delete
  5. wow bestnya. teringin nak belaja lagi mengenai fotography. banyak sangat lagi kelemahan ni

    ReplyDelete

Terima Kasih. Sila Datang Lagi.