ENTRY BLOGPOST GUNA IPAD | CARA MASUKKAN GAMBAR

TEST BLOGPOST GUNA IPAD | Salam. Haaaa ha. Jakun pulak bila update blog guna iPad nih. Sebelum nih Uyul memang update guna PC je. Cumanya sejak dua menjak nih jadi malas nak update guna PC. Itu pasal lah Uyul tanya Faizi tablet apa sesuai untuk blogging. He said iPad. Tah macam mana boleh sekejap je dah dapat seller. Uyul beli dari Photographer je pun sebabnya dia terdengar perbualan Uyul dengan Acha tempoh hari.

Dipendekkan cerita, Uyul nih kan jenis kalau nak sesuatu tuh, Uyul nak jugak. Tak kira lah kena tunggu berapa lama. Actually dia kebetulan je nih. Sehari selepas Uyul cakap nak beli iPad, ngam ngam Facebook keluarkan throwback 3 tahun lepas. Baru teringat memang ada wishlist nak beli iPad.



 CARA CARA MENULIS ENTRY BLOGPOST MENGGUNAKAN IPAD 

Dah kebetulan taip entry pakai iPad nih, boleh lah Uyul buat tutorial sikit. Kot kot korang yang ada iPad nak fully utilized iPad korang kan? Simple je sebenarnya. Tak banyak beza kalau korang gunakan PC. Cuma kalau nak masukkan gambar ke dalam entry, agak leceh sikit. Tak pe korang boleh tengok tutorial ringkas Uyul nih okayy.

1. Bukak Blogger.com dekat Safari.
2. Bukak New Post untuk tulis entry baru.


3. Taip entry korang seperti biasa. Dan bila nak masukkan gambar, boleh klik icon gambar macam biasa. Nanti dia akan keluar macam kat bawah nih.


Apa yang korang kena buat, install dulu apps Google Photos dan backup gambar dalam iPad ke dalam Google Photos tersebut. Kiranya Google Photos tuh adalah aplikasi untuk simpan gambar yang boleh link terus ke blog korang.


Bila dah selesai backup gambar dalam Googles Photos tuh, balik semula ke entry korang dan klik icon insert gambar semula. Akan keluar arahan seperti di bawah. 


Korang boleh resize gambar korang macam korang nak. Ikut kesesuaian blog korang.


Taraaaa!!! Dah siap pun insert gambar ke dalam entry blogpost korang.


Haaa. Macam tuhlah cara nak masukkan gambar dalam entry korang. Gigih nih update dekat iPad nih. Bagi Uyul update entry guna iPad nih agak leceh sikitlah. Rasa macam lambat betul. Biasanya watermark pada gambar Uyul akan edit guna Photoshop. Yang ini nak kena edit dulu dekat aplikasi Snapseed. Tapi itulah. Niat asal beli iPad nih pun memang untuk update blog kesayangan nih. Mungkin Uyul boleh gunakan secara menyeluruh bila Uyul travel kan.

P/s: Kalau korang ada cara lain yang lebih mudah untuk update blog gunakan iPad, boleh share dekat ruang komen.

8 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Nak beli ipad dulu, nak try tips ni :)

    ReplyDelete
  2. ada ipad tapi macam nak hang je.. hahah dah makin lembap ipad aku...

    ReplyDelete
  3. wohooo, terbaik uyul... akak punya lama dok pecah paler fikir nak update kat chrome guna iphone ... sudahnya pakai apps blogtouch jer... memang mudahkan akak...tapi ini lagi awesome ni...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. senang bila dah ada ipad ni,boleh terus update dalam tu je...kalau guna hp kecik benau kan

    ReplyDelete
  5. update kat tablet..emm kadang-kadang tak leh upload photo..geram

    ReplyDelete
  6. Terbaik perkongsiannya :)... Nak try blogging guna ipad jugalah

    ReplyDelete
  7. semoga uyul konsisten update blog sebab ipad dah depan mata hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.