31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER | DAY 9 - SESEORANG YANG MEMBANGGAKAN

January 09, 2017

DAY 9 | Seseorang yang membanggakan? Ohhh, ini topik untuk hari ke 9, 31 Days Challenge by JDT Blogger. Siapa agaknya seseorang yang Uyul kenal amat membanggakan? Yeahh. Mak dan Abah Uyul. Of course lah tak ada orang lain.

Ini Abah Uyul. Abah berasal dari Alor Gajah, Melaka. Abah dilahirkan pada 14 Jun 1964. Abah Uyul nih jual makanan laut macam ikan, udang sotong apa semua tuh. Mula mula dulu Abah start berniaga dekat Pasar Besar Batu Pahat. Tapi sejak Uyul masuk Darjah 1 tak silap, Abah dah start berniaga dekat Pasar Tani. So, merata lah Abah bawak Van Buruk dia tuh. Yelaaa, masa tuh cuma ada Van Buruk tuh. Hehehee. Tapi bila dah lama lama, Abah tukar dah van tuh dengan lori. Now Abah dah ada dua buah lori. Tak perasan pulak berapa tan. Yang Uyul respek kat Abah, Abah pandai berniaga. Dulu masa berniaga dengan van, orang siap gelakkan Abah lagi. Yelaaa, berniaga dengan van buruk buruk. Dorang tak tahu dengan van tuh lahhh kami 7 beradik membesar sampai tahap gemok gedempol nih haaa.


Yang nih pulak Mak Uyul. Mak memang asal Batu Pahat, Johor. Tempat tinggal Uyul sekarang. Mak dilahirkan pada 1 Mac 1967. Sebelum nih ada jugak Mak tolong Abah berniaga. Tapi sejak tahun lepas Mak dah tak follow Abah. So now Mak merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Mak Uyul nih orangnya sangat sangat teliti. Buat apa semua kemas je. Contoh macam lipat baju. Perghhh rasa macam beli baju baru. Kalau bab basuh baju, memang akan ada step dia. Siap kena asingkan lagi baju baru baru dengan baju basahan. Nak nak kalau baju putih, tah boleh campur dengan baju gelap gelap. Ada lah tuh pantang larang dia. Hehe. Bab masak pulak, memang tak boleh kalahkan Mak. Lagi lagi asam pedas Mak. Perghh memang sedap. Uyul kalau masak asam pedas kan, tak kira lah ayam ke ikan ke, memang takkan sama lah dengan Mak punya. Haaa tu pasallah Uyul jadi dugung sekarang nih. Duduk rumah makan sesedap je.


Okay, nih jelaaa yang Uyul dapat coretkan. Apa apa pun Uyul doakan Mak dan Abah sentiasa dibawah rahmat Allah, jauh daripada azab api neraka, dan paling penting sihat alafiat sampai Uyul bertemu jodoh. Haa lepas tuh kahwin, dapat pulakk cucu dari Uyul. Wakaka. Berangannnnn je ekkk!


****************************** 
Hye korang, jomlah follow IG UyulIG Shop Uyul dan IG Portfolio Uyul.
Jangan lupa LIKE Fanpage Redzney Creative Network.
Rajin rajin lah SUBSCRIBE Youtube Channel Uyul
******************************



#jdtblogger #teambloggerjohor #31dayschallengebyjdtblogger

You Might Also Like

0 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>