31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER | DAY 5 - 6 PERKATAAN MENGGAMBARKAN DIRI

January 05, 2017

DAY 5 | 6 PERKATAAN MENGGAMBARKAN DIRI. Amboi dah ke 5 katakoo. Bermakna hari nih hari ke 5 tahun 2017. Hai semua Selamat Tahun Baru. So Uyul teruskan 31 Days Challenge by JDT Blogger ye. Sebelum tuh korang dah like page JDT BLOGGER dekat Facebook belum? Pergi like sekarang. Dengar cerita berderet giveaway admin nak anjurkan.

So tajuk entry kali nih, 6 Perkataan Menggambarkan Diri seketul Uyul Rosli.
Meh lah go through satu satu mehh.




SI GEMOK | Well, memang Uyul gemok. Si Gemok nih sebenarnyaaaa ishhh malas nak cakap, marahh sebenarnya. Hahaha. Ex Uyul lahh nih. Dia suka panggil Uyul dengan panggilan Si Gemok. Sekarang tak tahu lah contact name tuh dia masih letak Si Gemok lagi ke tak. Geram tahu tak. Sebenarnya sengajalah call dia waktu tu nak tengok dia save nama Uyul kat hp as what. Sekali amik kau, SI GEMOK dia save. Mujibul betul. But then, sokay Uyul tahu Uyul memang gemok. Nak buat cemana, bila ada duit je mula lah pergi makan sana makan sini. Tak tahu boleh kurus ke tidak nih. Okay okay, nanti masuk gym balik okay! Kita kasi fit sikit. Wakakakaka.



PANAS BARAN | Yes, Uyul memang panas baran orang nya. Sikit sikit nak berapi je kerja dia. Nak buat cemana, perangai seketul nih tak boleh nak buang habis. Kadang kadang tak reti control langsung weyh. Lagi lagi bila part orang usik kita. Amboi amboi, sesuka hati kau je kan nak tuduh tuduh aku. Haaa mulaaa lah aku melenting. Hahaha. Alaaa korang janganlah takut. Uyul takde lah tertiba nak marah tak bertempat. Uyul cuma pantang bila orang tuduh kita, orang provok provok kita. But yeaahhh, I promise you, panas baran yang satu nih akan di ubah slowly. Hehehehe. Ye ke nih? Ye laaaaa, I will try bebeh! 



PENDENDAM | Haaaa haa! Hahaha. Ya saya. Seketul Uyul memang pendendam. Pendendam tuh bukan bermaksud amik parang, tetak orang suka suka. Tak lah sampai macam tu teruk dia. Hahaha. Adoi. Uyul nih takat kalau orang buat Uyul, sampai bebila lah Uyul ingat. Paling paling pun Uyul akan cakap, "Ohhh, kau nak mintak tolong aku juga akhirnya ya. Aritu kemain kau ehhh kutuk kutuk aku sambil makan satay ayam?" Alaa, tapi akhirnya Uyul tolonglah jugak. Takde makna nak buat bodoh je kalau dah orang datang kat kita mintak tolong. Ye tak?



PEMAAF | Ayoyoyoyoyo. Kata pendendam, tapi pemaaf pulakk. Hahahaha well, kena lah maafkan orang. Takkan selamanya nak berdendam. Cuma tuh lah, Uyul punya perangai, kalau orang tuh tak datang kat Uyul mintak maaf, susah sikitlah nak maafkan. But jyeahh, slowly Uyul akan maafkan jugak. Sampai bila nak demand orang datang mintak maaf kat kita kan? Maafkan jelaaa orang ego macam mereka. Sebab kadang kadang pun kita nih lupa kita buat salah kat orang. Tah tah kita pun susah nak mintak maaf kat orang. Lagi nak demand orang sujud atas kaki kita ke? Cehhh Uyul bila berbicara katakooo-- Hahaha



DEGIL | Yihahhh! Yang nih memang betul. Degil nauzubillah. Kalau dia dah buat keputusan, A, A lah jawabnya. Somehow, degil nih ada bagus dan tak bagusnya. Contohnya lah, Uyul degil nak jugak habiskan mee goreng atas meja padahal perut dah penuh dah tuh. Haaa kan bagus Uyul degil, tak adalah makanan tuh membazir. Tapi yang tak bagusnya, MUNTAH. Alahaiiii degil lagi sapa suruh makan dah tahu dah kenyang.



HATI KERING | Well, this is absolutely me! Hahaha. Uyul memang hati kering punya orang. Tak gentar langsung kalau dah buat keputusan tuh. Tapi I will makesure lah baik buruknya keputusan yang Uyul buat tuh. Cuma tuh lah, kadang kadang yang tak bagusnya hati kering nih bila kita terpaksa pedulikkan perasaan orang lain dengan keputusan yang kita buat. Haaa, part nak berhenti kerja nih, kira hati kering lahh nih nak jadi fulltime blogger dan fully run business Redzney Creative Network? Tak pe kita tengok Uyul, sado ke tak sado. Boleh ke tak boleh nak harapkan gaji yang belum tentu tiap bulan tuh. Haiii kata hati kering, Uyul?

****************************** 
Hye korang, jomlah follow IG Uyul, IG Shop Uyul dan IG Portfolio Uyul.
Jangan lupa LIKE Fanpage Redzney Creative Network.
Rajin rajin lah SUBSCRIBE Youtube Channel Uyul
******************************





#jdtblogger #teambloggerjohor #31dayschallengebyjdtblogger

You Might Also Like

5 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>