31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER | DAY 2 - GAMBAR SETAHUN LALU

January 02, 2017

DAY 2 | GAMBAR SETAHUN LALU. Hai, saja nak bagi throwback ke tuh? Hahaha. Okaylah Uyul tepek beberapa keping gambar setahun yang lalu. By the way, gara gara entry nih, habis punggah external hardisk semata mata nak cari gambar setahun yang lalu.





Antara gambar gambar yang Uyul berjaya ketchingg ketchingg setahun yang lepas. Gambar gambar nih 100% ORIGINAL dari Canon 550D Uyul. Masa tuh baru baru gila kamera. Tak pakai lagi pun 5D Mark II. Ingat lagi masa nih birthday Uyul dengan Faizi. Yeahhh kitorang kongsi tarikh birthday yang sama. So, disebabkan setiap tahun memang celebrate sama sama, tahun lepas memang plan untuk celebrate dekat Kuala Lumpur. Dah alang alangkan, so bawak lah ke hulu ke hilir kamera tuh. Tangan pun gedik nak ketching ketchinggg. Hahaha.

Uyul terjebak dalam dunia photography nih secara tak sengaja pun. Masa tuh one of my Diploma UiTM Machang nak jual DLSR dia nih. So Uyul beli lah dari dia. Masa tuh mak aihh macam mana lah nak setting benda alah nih weyh. Lama lama dah pandai pun even masih perlu banyak dipelajari. And lately banyak jugak shoot wedding. Korang boleh tengok dengan sini, DUNIA PHOTOGRAPHY UYUL. Haa nih semua hasil hasil karya Uyul yang tak seberapa tuh. Part editing pulakk Uyul akan gunakan software Lightroom. Uyul godeh sendiri software nih. Daripada jakun sampai dah pandai edit sesikit.

Actually, Uyul bersyukur gila sebabnya, tah lahhh mungkin bidang fotografi nih masih baru bagi Uyul. Tapi banyak benda Uyul belajar. Walaupun skil dan teknikal masih banyak yang perlu diperbaiki, Uyul yakin Uyul masih boleh belajar lagi. Ramai sifu yang boleh Uyul mintak tunjuk ajar. Abam abam fotografer khususnya dekat Batu Pahat masih ada yang sudi nak ajar. Thanks so much kat Abang Farid Sahar dari Zenuz Photoworks sebab paling banyak tolong Uyul, Abang Yuz dari Yuzsmart Photography, yang kadang kadang tolong kritik gambar Uyul. Haaa tak lupa jugak kat Abang Rasidi sebab dulu Uyul amik upah tolong edit album dia sampai dah pandai dah nak design layout untuk Custom Album.

Eh, terpanjang pulak entry kali nih. Okaylah. Uyul stop dulu, nanti kita cerita panjang lagi okay!




#jdtblogger #teambloggerjohor #31dayschallengebyjdtblogger

You Might Also Like

1 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>