27 TAHUN DAH TUA KE?

January 02, 2017

Assalamualaikum | Hye semua. Wow!! Dah 2017 ke? Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Tahun Baru kepada semua. Happy New Year everyone!! Korang korang, sebelum Uyul merepek jauh, mehh lahh tengok Vlog ke 6 Uyul untuk #Projek2017 #VlogRetis anjuran Broframestone.





27 tahun? Tua sangat dah ke? Tak dinafikan, semua orang akan rasa 27 tahun dah cukup tua untuk seketul perempuan bernama Uyul Rosli nih sebab sebab sebabbb ramai je rakan sebaya yang dah pun mendirikan rumah tangga, yang dah ada kereta sendiri, rumah sendiri, kerjaya kebabom. Macam Uyul bebel dalam Vlog tuh, usia 27 tahun Uyul tak ada lagi pencapaian untuk dibanggakan. Kereta belum ada, rumah belum ada. Yang Uyul ada adalah angan angan. Ecehhh. Hahahaha.

In fact is, Uyul tak lah rasa down sebab belum capai semua benda tuh. Still in progress orang cakap. Bagi Uyul, better kita mulakan daripada kita terus tanam azam but in the end takde satu apa pun yang kita capai.

Betul ke takde benda nak dibanggakan nih Uyul? Hahahaha. Actually, bukannya tak ada. Yeahhh, Uyul akui, Uyul masih dalam proses bina kerjaya. Masih tercari cari apa sebenarnya yang Uyul nak dalam hidup. Lebih lebih lagi bila Uyul dah ambil keputusan untuk serius dalam perniagaan. Perniagaan apa??? Amboi. Hahaha. Dah mula dah sebenarnya. Mula mula tuh business main main je. Tak sangka pulak makin lama makin serius. But yeahh, still lagi dalam R&D. Masih fasa Research and Development. Dari segi market price, dari segi produk apa nak jual, servis macam mana nak provide. Bukan simply simply nak setup kedai dan promote produk kita. MashaAllah banyak kena belajar lagi.

Uyul jual apa? Uyul provide apa? Hampir setahun sebenarnya Uyul cuba cari identiti. Setahun tuh agak lama sebenarnya sebab sekarang nih pun belum ada lagi identiti apa produk yang Uyul cuba ketengahkan. Actually, Uyul nih business service. Uyul jual design, percetakan dan servis fotografi. So untuk 2017, Uyul dah plan balik dari birthday trip 7hb nanti, Uyul nak reschedule segala aktiviti business, dan dah WAJIB prioritize segala benda. Lebih lebih lagi part harga.

Bukan apa, untuk fokus 100% pada business semata mata agak susah sebabnya Uyul fulltime kerja dengan MPS. Adududuuu. MPS nih apa pulak? Hahahaha. Tak apa, nanti ada masa Uyul akan cerita macam mana boleh terjebak dengan business nih dan apa kaitan dengan MPS. Btw, korang boleh follow dulu IG Shop Uyul, Redzney Creative Network dan jugak IG Portfolio Uyul, By Uyul Rosli.

Untuk azam 2017, rasanya tak ada azam baru yang nak Uyul capai. Cukup kalau dapat capai azam azam sebelum nih yang terbengkalai, yang masih separuh jalan. Tapi apa yang pasti, I want be better me yesterday, I wont be better than others. At the end of the day, I know, the person I should compete is my dear self. Tak ada yang lebih indah kalau kita dapat jadi yang lebih baik dari diri kita sebelum nih kan?

Semoga dipermudahkan. Amin.


You Might Also Like

6 000, 000 Pengkomen

  1. Muda lagi hehe.. masih banyak tenaga untuk capai apa jua impian hehe... selamat tahun baru uyul... first time blogwalking jumpa blogger buat VLog hehe

    ReplyDelete
  2. all the best untuk tahun 2017

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum uyul ...semoga berjaya dlm projek2017 ini...:)

    ReplyDelete
  4. umur sekadar angka jek yul..tengok muka uyul comel tak macam 27 hehehe

    ReplyDelete
  5. all the best uyul...teruskan usaha

    ReplyDelete
  6. lom tualah 27.. kak uyul always looks young and sweet 20 gitewwww

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>