FOUNDATION, CONCEALER, BROW MOUSSE, LOOSE POWDER, EYELINER // BARANG MAKEUP UYUL

December 19, 2016



Assalamualaikum WBT

Sekarang nih, kemain banyak lagi produk produk kecantikan ya. Berlambak betul kalau tengok dekat Instagram / Facebook. Tak kira local ke atau oversea punya, bagai cendawan tumbuh mekar mewangi. Eceh sejak bila bau cendawan tuh wangi.

Seketul Uyul yang baru 6 bulan bermain dengan berus dan foundation serta barang makeup yang lain pun tak terkecuali untuk menggedik cuba itu cuba ini tau. Masa masuk kelas makeup Basic to Advance anjuran MUA Batu Pahat, Alea Hassan, Foundation pertama yang tercalit dekat pipi gebu nih adalah Foundation NARS. Disebabkan Uyul nih tak berapa nak putih dan tak laa gelap sangat, so Kak Alea bagitahu yang Uyul sesuai dengan code Tahoe dan Punjab. Kena mix kan baru dapat tone yang sesuai dengan Uyul. Foundation NARS nih harga dia dalam RM180 macam tuh. Tak sure actual price berapa sebab Uyul tak pernah beli. Pakai pun masa kelas je. Nak beli sampai dua code macam membazir je kan sebab bukan Makeup Artist.

Kebetulan kelas Kak Alea tuh masa bulan puasa. So, Uyul dah berangan dahh raya nih nak makeup makeup jugak. Merata jugak lah nak cari Foundation yang lebih murah dari NARS tuh. Disebabkan selalu tengok tutorial Kak Yatie dari Sendayu Tinggi, Uyul pun buat keputusan nak cuba dulu High Definition Liquid Foundation. Harga pun lebih murah, sebotol dalam RM50.

Bila dah sebulan dua pakai Foundation Sendayu Tinggi, tiba tiba masa tuh Sephora buat sales 20% Discount untuk Black Card. Kebetulan Kak Alea nak pergi sana, Uyul kirim lah Amazonian Clay 12-Hour Full Coverage Foundation SPF15. Ecehhhh acah acah nak pakai High End laaaaahhh tuh. Haha. 



Amazonian Clay 12-Hour Full Coverage Foundation SPF15
Code Light Medium Beige


Antara kelebihan Amazonian Clay 12-Hour Full Coverage Foundation SPF15 nih of course lah full coverage, boleh tutup liang pori, dan yang penting sekali texture dia ringan. Pakai sikit je, dah menutupi cela cela dekat muka kita nih. Tak rasa berat langsung pun.

Dah alang alang nak Tarte sangat kan, order sekali Amazonian Clay Waterproof Brow Mousse. Harga Tarte pun sebenarnya murah sikit dari NARS. Untuk Foundation harga asal RM164 after less RM131.20. Manakala untuk Brow Mousse harga dia RM116 after less RM92.80. So total shopping hari tuh, RM224.




Amazonian Clay Waterproof Brow Mousse
Code Medium Brown


Yang bestnya Brow Mousse nih senang gila nak bentuk kening. Nanti ada masa Uyul buat video cemana Uyul lukis kening. Nak kata power sangat lukis kening tuh tak lahh, tapi ada lah jugak bentuk. Hehehe. Haaaa, kalau dah lukis kening tuh, confirm lah kan kena conceal bagai betul tak? So untuk concealer, Uyul pakai concealer dari Sendayu Tinggi, Wheel Concealer High Coverage harganya RM41.35.




Wheel Concealer High Coverage
Code CHC01

Disebabkan Wheel Concealer nih datang dengan 4 pilihan warna dalam satu bekas, so setiap warna ada fungsi tersendiri. Uyul pakai Code CHC01 dimana warna dia agak kemerahan sikit bila apply dekat muka. Warna coklat seakan warna kulit muka tuh Uyul akan gunakan untuk conceal keliling kening. Warna yang cerah sikit sikit dari coklat tuh Uyul apply nak tutup jerawat yang tiba tiba tumbuh melata. Manakala yang warna cerah seakan kekuningan tuh, Uyul akan guna untuk highlight bahagian bahagian tertentu terutama sekali bahagian bawah mata, hidung dan dagu. Dan yang terakhir untuk warna merah maroon tuh, Uyul akan gunakan bila nak contouring. So boleh bentukkan muka yang bulat macam pau nih jadi lonjong persis Zulin Aziz. Hahaha.




Waterproof Liquid Eyeliner

Untuk eyeliner pun sama, Uyul beli dari Sendayu Tinggi. Uyul kalau bagi eyeliner jenis selain dari ini, memang tak reti nak apply kat kelopak mata. Mungkin sebab dari 2013 lagi dah memang pakai Liquid Eyeliner dari Sendayu Tinggi ni dan berus dia yang lembut membuatkan Uyul senang nak lukis dekat kelopak mata tuh. Yang nih pun boleh dapatkan dekat Store Sendayu Tinggi. Harganya cuma RM29.70. 





 

Rose Tyara Glow Foundation
Code Rose


Yang atas nih pulak Glow Foundation dari Rose Tyara. Uyul baru order minggu lepas. Tak sampai sehari dah sampai parcel depan pintu office. Saja je menggatal nak cuba apply kat muka. Mana taknya kalau dah hari hari tengok orang review produk Rose Tyara nih. Mula mula tengok Nisa Kay pakai, lepas tuh nampak pulak Ferra Rossa dengan Nuex Rosli punya tutorial. Terus gatal nak beli. 

Untuk Foundation ada 3 code. Code Lily, Violet dan jugak Rose. Yang sesuai dengan kulit Uyul, Code Rose. Warna dia macam yellowish sikit. Ada yang cakap kena mix dengan Code Lily baru hasil dia kebabom. Tapi buat masa sekarang Uyul pakai satu code dulu. Harga promosi untuk Code Rose RM89 manakala untuk Code Lily dan Violet RM93. 




Rose Tyara Radiance Loose Powder


Haaaa yang nih pulakk Rose Tyara Radiance Loose Powder. Fungsi dia untuk bagi kemasan yang sempurna pada kulit yang sudah disapu dengan Foundation. Texture Radiance Powder nih sangat halus dan ringan. Selain tuh, ianya jugak berfungsi sebagai shimmer yang memberi kesan yang sangat flawless dan glowing. Uyul suka gila weyhhh Radiance Powder nih. Sebelum nih duk usha je Loose Powder brand lain, akhirnya dapat jugak grab satu dari Rose Tyara nih. Harga promosi untuk Rose Tyara Radiance Loose Powder nih RM63. Selain dua produk kat atas nih, Rose Tyara jugak tampil dengan Rose Tyara CC Cream (Correct and Care Cream) yang dipakai sebelum kita apply foundation. Kiranya macam makeup base jugak lah.






Haaa, ini jelah yang Uyul nak share buat masa sekarang. Tak lengkap lagi pun nih. Nanti ada masa kita share pasal Lipstick, Blusher dan yang lain lain lagi. Terima kasih. ♥‿♥


You Might Also Like

6 000, 000 Pengkomen

  1. Perghhh, hargaaa boleh tahann, huhu~

    Adik saya sukaaa make up orangg

    ReplyDelete
  2. hai uyul....usha lama da benda alah ni...haha...

    ReplyDelete
  3. Cantik uyul.
    Aida x pandai mekap.
    And memang xde mekap se complete uyul.
    Foundation, bedak kompek, celak & lip balm aje.
    Lain2 x reti!

    ReplyDelete
  4. suka product ST jugak.. RT pun best !!!

    ReplyDelete
  5. RT LOOSE POWDER MMG OK KAN..NAMPAK MCM MENARIK JE NI.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>