CERITA SATU HARI SATU MALAM DI BUMI MELAKA



Yuhuuui-- Hai semua.
Bila SI GEMOK di make over oleh si cantik manis Bia Mansur, huiii tak sabar nak jadi raja sehari.
Tak sabar nak cecantik cecantik macam nih.
 Hahaha (✿◠‿◠)


Nak dijadikan cerita, aku ke Melaka sebab nak buat Clearance. Ye laaa kan dah grad dah. Dah habis Degree dah. So memang kena buat clearance. And dah alang alang tuh aku jumpa customer sekali lah. COD #urpocketalbum. (Nanti aku amik mood update pasal business aku oke?) So lepak Melaka satu malam. Stay bilik Bia. Borak borak sampai tertidur. Punya lah kepoh makcik Penang sorang nih. Padahal kitorang tak pernah rapat pun. Rapat chit chat chit chat pun dalam Facebook. Fuhhh. Bila pagi bangun tidur, aku memang tak ready nak pergi HEA awal awal. Confirm sesak punya. So aku malas nak naik waktu peak hour, aku naik HEA around 11:00 am macam tuh. 


Punyalah berhati hati aku nak siap siap tak nak bagi Bia terbangun. Sebab malam tuh Bia baru balik dari KL so tak nak lahh ganggu dia tidur. Lagipun kelas dia jam 1:00 pm. Mungkin sebab aku bising sangat bukak pintu, Bia tersedar pulak. Haa terus dia cakap nak siapkan aku. Kebetulan masa tuh aku tengah tepek eyeliner. Haaa hamekkk kau. Dekat 45 minit jugak lah dia make over aku kan.

Masa tuh memang aku cakap,


"Bia tak mahu heavy sangat tau. Akak nak jumpa Madam Ain.
Kang terkejut Madam tengok akak."


"Tak lah kakak. Bia touchup sikit sikit aje."



Jengg jengg. Masa untuk pakai shawl. MashaAllah haihh. Menjerit jugak lah aku sebab malu siot tengok muka sendiri lepas dimakeoveroverkan si Talented Senyorita Bia Mansur nih. Adoi. Memang malu habis masa tuh. Punya lah call Kak Long mintak Kak Long teman aku pergi HEA. Ajak si Bia nih lagi lah dia tak mahu teman. Malu siot!  Last last aku mintak tolong Mas teman aku. Sumpah malu weyhh. Sebab aku rasa macam bukan aku jer kat depan cermin tuh.



Yang paling aku geram, Kak Long siap cakap, 


"Hai selama nih boleh jadi Lone Ranger, takkan hari nih tak boleh jadi Lone Ranger."


Perghh punya sedih masa tuh takde orang nak teman aku. Kuangg asam tol Kak Long! (╥︣﹏᷅╥)


*******



Naseb tak heavy. Kening kemain dia lukis, cantik weyh. Sumpah cantik Bia buat kening aku.
Rasa nak menikah time tuh jugak. Nak tayang kat shuben. Hahaha.




*******


Haaa tengoklah muka aku lepas dimakeoveroveroverdose. Haha. Memang nak gerak pergi KBM tuh aku rasa student student kemain tengok aku atas bawah. Memang nampak macam aku Lecturer dah time tuh. Malu weyhh malu. Jatuh ke gaung terus confident level aku.  Jalan pun aku menyorok belakang Mas aje. Memang pandang bawah. Punya tunduk sebab tak nak junior perasan aku. So lepas settlekan Clearance, berjalan sampai ke Kolej Tun Mamat, sebab nak amik sign semua tuh, aku terus jumpa Madam Ain. Sebab dah alang alang kat Level 13 kan. Sign Miss Zarina memang aku ketepikan dulu. Nak jumpa dia last sekali. Sebab tahu dia takde kat office time tuh.


Tapi aku memang dah jangka. Memang Madam Ain akan terkejut habis tengok aku karang. Mana tak nya, aku dah lah nak submit softcopy Thesis kat Madam. Lepas tuh datang siap melawa bagai pulak. Adoi. Madam punya expression muka memang terkejut weyh. Hadoo. Siap Madam tanya, "Eh, awak dah nak kahwin ke?" Ehh ehhh Madam nih main kasar pulak. Saja je nak bakao hati kita nih macam lah dia tak tahu yang kita nih dah clash dengan mamat poyo tuh. Hahaha. Nih mesti kes Madam ingat aku dah baik semula dengan mamat tuh. Choi lahhh Madam. Tapi tak pe Madam, saya aminkan aje. Mana tahu termakbul semua doa, hujung tahun nih boleh kahwin ye tak. AMINNNNN!


Hahaha


And after jumpa Madam Ain, aku turun Level 5, jumpa Miss Zarina pulak. Adoii. Hapakkk ahhh. Ayat pertama diaaa "Ehhhh lainnyaaa awakkk Waneyyyy." Perghh merah Mak Ngah dah aku rasa pipi aku yang gebu nih masa tuh. Dah settle semua benda, aku laju laju ajak Mas turun. Sebab nak pergi makan dengan Bia dan Kak Long. Padahal aku nak lari, tak mau nampak lecturer lain. Malu Makkknakkk! ≧◉◡◉≦


Dah settle semua tuh, apa lagi selfie selfie lahh dik oi. Perempuan dengan kamera mana dapat dipisahkan. Haaa sebab itu aku berdoa semoga jodoh aku dengan Photographer. Seronok siot ada orang tukang amikkan gambor. Hahahahahahaha AMIN YA RABBAL ALAMIN.





Senyorita Bia Mansur.

Terima kasih dik, sebab transform akak jadi cantik walau sehari.
Si Gemok nih terharu sangat sangat sebab dapat merasa lelawo. Heyyy, INSECURE tak? 
Walaupun cuma fake Uyul, aku tetap Uyul Si Gemok yang berjanji akan kurus dan cantik. 
Supaya mamat poyo tuh menyesal sebab tinggalkan aku.

By the way,
Semoga Bia dan Firdaus maju dalam dunia fotografi. 
Sorang MUA, sorang Photographer.
What a perfect match, Masha Allah.
Cepat sikit kahwin sayang, akak tak sabar nak pergi Penang!

Muahhh untuk Bia!!!









Masatiqah.

Terima kasih sebab teman akak ke hulu ke hilir dari pagi sampai tengahari.
Dari awal sampai akhir buat clearance.
Dengar celoteh akak itu ini.
Kesian Mas sebab terpaksa siap awal awal sebab kene teman akak yang low confident level bila di transform cecantik cenggitu.

Muahhhh untuk Mas!!






Zurinahidayah.

Kak Long, terima kasih sebab sudi dengar luahan hati kita dari sejak Kak Long sem 4 sampai sekarang.
Terima kasih sebab Kak Long selalu bagi semangat supaya kita teruskan hidup.
Sentiasa berdoa pada Allah dicepatkan jodoh dengan orang baik baik.
Kak Long selalu cakap, redhakan hati.
Memang payah tapi usaha. Tak boleh nangis nangis selalu.
Muahhh sayang Kak Long!

Muahhhh untuk Kak Long!!!






TAMAT CERITA SATU HARI DI BUMI MELAKA YANG MENYIMPAN 
1001 KISAH AKU DAN DIA.



Dan aku kalau boleh dan seboleh bolehnya tak mahu dah jejak Melaka lagi.
Pakkal je lahh Konvo nanti dekat Melaka.

Hurmmm.


Love,
Uyul Rosli