Keputusan Peperiksaan Akhir bagi Semester 2/2015 dah lama diumumkan. Dah nak masuk 2 minggu dah pun. Tak terlambat kan untuk aku ucapkan tahniah for those yang berjaya score Final Exam dengan CEMERLANG? So tahniah guys! Yang mana masih tak dapat nak capai target. Atau masih suam suam suku pointer tuh, takpe usaha lagi. Mana yang memang dah semester akhir, memang dah tak boleh nak naikkan CGPA, takpe, rezeki bukan pada berapa tinggi CGPA kau tuh. Bukan mati pun tak dapat 4 Flat, bukan mati pun tak dapat Ijazah Kelas Pertama. Ingat satu, rezeki semua dari Allah.


So guys. 4 Flat dan Ijazah Kelas Pertama. Alhamdulillah. Syukur Allah. Rezeki aku kali ini. Dari Diploma memang setiap sem aim nak dapat 4 Flat. Ngam ngam Allah bagi masa semester terakhir. Syukur syukur syukur. Walaupun aku tak dapat sarung selempang pink sebab terkandas di Semester ke 4, tak apa lah. Allah dah hadiahkan benda lain untuk aku. Dapat Anugerah Tokoh Kepimpinan masa Majlis Pra Graduan. Ya tuh nanti aku cerita lain hokey? 



SEMESTER 3

SEMESTER 4

SEMESTER 5

SEMESTER 6


Sadis sebenarnya sebab tak boleh nak kekalkan Anugerah Naib Chanselor. Boleh baca kat SINI. Takde rezeki nak pakai Selempang Pink masa Konvokesyen nanti. Aku dah habis nangis masa Semester 4. Memang sedih gila bila pointer aku sikit lagi nak Dean. Nak buat camano, rezeki tak berpihak pada aku. Punya lah pulun masa Semester 5 sebab nak naikkan lagi CGPA. Memang waktu tuh dah dapat Ijazah Kelas Pertama dah, cuma kalau boleh nak lah CGPA tuh boleh tahan tinggi macam masa Diploma. Dulu Diploma CGPA aku kemain CGPA 3.75. Nih Degree nak dapat 3.5+ pun payohhh. So masa Sem 5 tuh dapat naikkan lagi CGPA. Dapat lah 3.53. 


Aku nih pulak jenis memang tak boleh berpuashati. Memang kalau boleh nak tamak lagi. Sebab tuh masa Sem 6, aku pulun buat FYP punya nak rak. Walaupun time tuh, hampir 4 bulan aku down gila nak mati weyh. Ahhh dia punya give up tuh sampai rasa nak stop study. Takde sapa tahu aku sampai STRESS, sampai jumpa Psychiatrist. Punya lah stress gara gara putus cinta. Naseblah waktu tuh baru bulan pertama internship. Masuk jer bulan 4, aku dah nekad, hanya aku jer yang boleh ubah semua benda. Aku memang nekad nak fokus pada Final Sem. Aku memang nekad nak buktikan yang perempuan meroyan kene tinggal pakwe macam korang cakap tuh pun boleh dapat 4 Flat.  


So masuk jer bulan kedua intern, masa tuh bulan April, memang aku start collect information, analyze problems yang berlaku dekat KPJ Kluang, decide system apa nak buat. Well, aku student Office System, so memang Final Project kene create satu system dekat organisasi yang aku intern. In one week, aku dah tahu dah system apa aku nak buat. Lepas dah dapat information, aku decide pulak nak pakai software apa nak buat system tuh. So fikir punya fikir, nak tak nak kena pakai Adobe Dreamweaver. Pandai ke tak pandai, aku dah takde Faizi Redza untuk ajar aku semua benda. Memang aku explore sendiri doe software tuh.  Ye lahh masa tuh dia tinggalkan aku terkontang kanting. Kalau aku tanyaa pun, dia memang lokek gila ilmu nak tolong aku. Memang kene usaha sendiri semua benda.


Syukur, Allah permudahkan doe. Akhirnya after sebulan aku explore sana sini, refer pakcik Google, mintak pandangan supervisor aku, siap jugak system aku. Yes, e-Recruit System. Nanti ada masa aku cerita pasal e-Recruit System nih hokey? Boleh share tips untuk adik adik junior jugak. Selain buat system nih, aku pun kena bahagi masa untuk buat Thesis jugak. Thesis pun penting bhai. Tapi syukur, Thesis aku dah sampai dipublish pun. Alhamdullillah.







Nih antara screenshot system yang dah aku buat. So adik adik Junior, dah dapat idea nak buat system apa tak? Nanti aku update lain oke. Inshaaallah, korang boleh score dapat A kalau buat system pakai Dreamweaver.


Back to result Semester 6. Syukur, aku dapat 4 Flat. Memang waktu tengok Result memang menangis gila babengg doe. Happy dia MashaAllah. Allah je tahu betapa aku dah berjaya buktikan aku mampu dapat 4 Flat walaupun stress nak mampus 1 Sem gara gara PUTUS CINTA. Perghh. Syukur. Syukur. Syukur. Sampai ke hari nih aku masih tak percaya doe. Masih tak percaya aku mampu dapat A untuk kedua dua subject.


Sebenarnya, korang percaya tak. Untuk berjaya, tak perlu nak usaha bagai nak rak pun. Tak payah sampai takde life nak hangout dengan kawan kawan. Korang masih boleh enjoy the life macam biasa. Korang nak dating dengan pakwe ke, nak bercuti sakan, ke tak nak pergi kelas ke, buat jer lah. Cuma kena tahu jaga batas korang as a final year student. 



80% DOA, 20% USAHA. 

Sungguh. Aku buat macam nih. Bukan kata aku up usaha aku. Sama je usaha aku dengan sebelum nih. Lagi malas ada lah sebenarnya. Tak lah sampai nak buat notes bagai sebab ye la kan internship. Apa lah sangat. Pergi kerja balik kerja. Balik kerja pun bukan aku siapkan Thesis ke, siapkan system ke. Memang tak laa. Aku balik kerja, basuh baju, masak, pukul 10 dah terbongkang. Penat siut kerja. Balik kerja tidur jer lah hoi. So bila nya aku siapkan System dan Thesis? Aku guna kan masa kat office sebaiknya. Kalau takde kerja dari supervisor aku, memang aku pulun siapkan FYP. See. Mana ada kau usaha banyak pun. 


Sebenarnya DOA ya DOA. Sungguh. Aku serah semua pada Allah. Aku tak bohong. Memang berkat 4 Flat nih berkat doa Mak, Abah. Dekbil, Nenek. Atok dan Adik depan Kaabah. Memang aku mintak sangat dorang doakan aku dapat 4 Flat masa dorang mengerjakan Umrah akhir bulan 5 tuari. Yes, bohong lah kau boleh dapat simply simply apa kau nak kalau tak usaha. usaha tetap usaha. Tapi cara kau usaha tuh macam mana? Allah yang nilai semuanya.


Okey lah meh aku share tips lain. Selain usaha aku dan doa dari ahli keluarga aku, aku sendiri ada cara mohon pada Allah. Aku harap perkongsian aku nih korang tak salah anggap. Lillahitaala, memang takde niat nak bongkak. Camni, aku masuk kerja jam 8:30 am. Aku akan makesure aku sampai offie jam 8:00 am. Letak beg, letak barang semua dekat workstation, terus aku pergi Surau. Amik wuduk, solat Taubat dan solat Dhuha. Bukan lama pun, dalam setengah jam dah boleh siap. Ngadap Allah, mintak Allah murahkan rezeki aku. Mintak Allah bagi kesihatan yang baik. Mintak segala mintak lahh aku cakap. Aku rasa, ini lah berkat aku solat Dhuha tiap pagi, disamping berkat doa Mak Abah dan ahli keluarga yang lain. Korang jangan lah sombong nak mintak, sebab Allah tuh langsung tak lokek. 


Serius aku cakap. Allah makbulkan doa aku sampai aku malu. Malu sebab aku bukan Muslim sebenar. Dulu banyak buat dosa, ikhtilat dengan lelaki tak jaga. Tapi ye la. Dosa tuh semua yang gelapkan hati aku untuk terima ilmu. Bersyukur jugak sebab aku putus dengan Faizi walaupun hakikatnya aku sayang gila babeng kat dia. Dan hikmahnya, Allah hadiahkan 4 Flat untuk aku. Berulang kali aku cakap dekat Faizi, kalau dia tak tinggalkan aku, aku mungkin takkan dapat 4 Flat. Ehh, takde lahh aku bukan suruh korang putus dengan pasangan masing masing. Tapi aku mohon, jaga ikhtilat, jaga batas. Kalau ada duit lebih, tak usah lah nak couple lama sangat, nikah terus kan best tuh. Ehhh nih pahal masuk tang cinta nih Uyul? Hahaha.


Haaa. Okey lah guys. Sampai sini jer kisah 4 Flat aku. Nih pun aku update sebab lama benar duduk dalam draft. Asek takde mood je nak taip entry nih. Ohhh YES! Kejap kejap lagi aku update pasal DOMAIN DOT COM aku yer. See, Uyul dah ada Domain sendiri bhai!



#sayauyuldansayasayangkanMalaysia


p/s :
Ampun maaf andai entry ini menggunakan kata kata yang mungkin membuat anda terisnggung. Astagfirullah, takde niat nak bongkak dan riak atas rezeki Allah. Sekadar my-just-2-cent. (>‿◠)✌


Oh yes, nak tips belajar dari aku? Boleh baca SINI.