MENU DIET ATKINS : TELUR GORENG CAMPAK DAUN SUP DAN TAUGEH

June 15, 2015

Daisypath Anniversary tickers


Malam tadi sampai rumah nampak ikan kembung masak asam pedas yang Mak masak. Sebab tuh cancel nak celebrate birthday Abah semalam. Sebabkan dah pukul 10 pm dan aku mengantuk tahap raban sampai siap tanya Mak, "Mak, kalau Mak, Mak makan ke Mak tidur Mak? Ngantuk gila nih Mak." Dah Mak kata, tidur jer lah, aku pun terpaksa melupakan menu kesukaan aku itu. So, aku plan bangun pagi nak ratah ahh lauk asam pedas tuh. Tapi disebabkan bangun pun dah 6:15 am, kemain berdesup desup aku turun naik bilik, dengan baju tak iron lagi, siap siap nak pergi kerja. Adeshhh.

So disebabkan itu, aku terpaksa melupakan asam pedas Mak dan bukak peti ais nampak telur dua biji. Balance daun sup dengan taugeh semalam pun banyak lagi. Apa lagi, siap jer pakai tudung, capai kuali, bukak api, curah minyak, pecahkan telur sebiji, pecahkan sebiji lagi, campak daun sup, campak taugeh. Balik balikkan, dah agak kering, angkat. Isi dalam tupperware. Bawak pergi office.


Andddd taraaa! Breakfast dekat office pagi nih.





Andd annddd.. Lawannya adalah Green Tea suam! Yabedaaa beduuu!


Perfect match auwww~~




Alhamdullillah. Syukur atas nikmat Allah berikan hari ini.

You Might Also Like

0 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>