Aku cepat cepat amek wudu'. Sebab Zuhur betul betul tinggal 20 minit. Itu pun lepas meseg dengan Pika dan Pika cakap nak solat Zuhur sebab dah hujung hujung waktu sangat. Dan aku, campak phone, pandang jam dinding. Masha Allah, rasanya baru 20 minit aku dengar Azan. Lekas lekas aku pergi toilet, amek wudu' dan solat Zuhur. 


Tengah tengah basuh muka, hati aku terdetik. Ya Allah, aku dah patut kahwin rasanya supaya ada suami yang akan rotan aku bila aku lambat lambatkan untuk berjumpa dengan Kau.  Ya Allah, sungguh, bila terdetik sahaja, aku rasa macam sebak. Tengah tengah solat, khusyuk aku lari ke lain. Aku masih terbayang seandainya aku sudah bersuami, dan suami aku akan pukul aku akan rotan aku jika aku tinggalkan atau melewatkan solat. Sungguh, adakah ini sekadar permainan Syaitonirajim sewaktu aku di dalam solat?


Sungguh, masa doa tadi, aku rasa pipi aku berbahang. Ye, aku menangis sambil berdoa. Dan aku tak tahu kenapa dalam detik hati, aku masih fikirkan jika aku punya suami, suami aku akan hentak aku pakai batang mop sebab melewatkan solat. Masha Allah, kenapa perasaan ini perlu ada. Aku tahu aku belum layak Ya Allah. Tapi aku mahukan seseorang yang boleh bimbing aku untuk Istiqomah. 


Berapa ribu kali Ya Allah, aku berdosa kepada Mu dan Kau memberi peluang untuk aku bertaubat? Berapa ribu kali Ya Allah, aku tadahkan tangan nih memohon sejuta keampunan Mu. Dan Kau tidak pernah menolak, barang sedikit. Ya Allah. Berdosanya aku. Setiap kali aku selingkuh, Kau tidak pernah menolak keampunanku. Kau masih berikan aku peluang untuk bertaubat kepada Mu. Dan kebongkakan aku ini, seringkali membuat aku alpa dan terus berdosa kepada Mu, Ya Allah. 


Ya Allah, jika masa silam ku menjadi punca kenapa aku tidak mampu Istiqomah ke jalanMu, aku mohon Kau tarik lah ingatanku terhadap kisah silam ku. Aku berdosa Ya Allah. Aku tak pernah lupa walau sedetik pun kisah hitam ku masa lampau. Demi Mu Yang Maha Agong, aku ralat aku palat aku sakit Ya Allah. Hanya kau sahaja yang maha Mengetahui betapa aku cuba melupakan semuanya. Jijiknya aku Ya Allah.


Ya Allah, aku takde tempat mengadu selain Kau. Aku tahu Kau lebih mengetahui apa yang ada dihadapanku. Aku mohon Ya Allah, seandainya Kau takdirkan aku untuk hidup sendiri, lupakan lah aku dengan kisah kisah hitam yang telah lama terpalit dalam diriku. Seandainya tiada ruang untuk aku menjadi seorang suri kepada seorang lelaki yang bakal membawa ku ke syurga Mu, kau tetapkan pendirian aku untuk melupakan semua kisah hitam, noda hitam itu.


Ya Allah. Bertahun Ya Allah. Bertahun aku cuba bangun. Tapi hanya Kau sahaja yang maha mengetahui sejauh mana kemampuan ku. Hanya Kau. Aku mohon, Istiqomahkan aku untuk menjaga solatku, walaupun tiada orang lain akan ingatkan aku untuk beribadah kepada Mu. KeranaMu Ya Allah.


Astagfirullahalazim..

Ampunkan dosaku.