Hai hai hai. Seperti dijanjikan, aku akan update berkenaan kursus-siap-lengkap-percutian-bersama-kerja-sebeban! Actually, lama dah aku tanya Syed Asyraf merangkap YDP MPP UiTM (Melaka) Kampus Bandaraya bila agaknya HEP nak buat KPO. Dari sebelum naik sem aku dah tanya Asyraf. Tapi Asyraf kata KPO nih setahun sekali. Oke, takpe lah aku cakap. Kalau ade KPO Sem nih, aku cuma nak prepare aktivit jer pun.

Tapi tak sangka lah plak. Khamis 18 September 2014, Azmira merangkap MPP jugak, Whatapps aku nak kan nama peserta yang akan ke KPO. Haaa. Hamekk kau hmenjajau aku cari kau tau tak. Mana tak nya. Aku tahu mesti nak kene come out with 3 activity this semester. Alaaahai. Sebab aku, Ammar dan Mahfudz dah pergi KPO 1.0 Semester lepas. Pening kepala hotak kitorang nak memikirkan program apa BOSS nak anjurkan. KPO kali nih bakal diadakan di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Masjid Tanah.

So, aku pun malas nak fikir kronik sangat. Aku contact dua tiga orang calon Majlis Tertinggi BOSS yang kebetulan baru jer lepas interview tuari. Aku contact Nora, Ismira, sape lagi eh. Ada lah lagi tak ingat. Last last semua tak boleh nak join. Sebab dorang dah plan nak balik kampung. So, aku try contact Zurinahidayah. Haaa hamekauuu nama panjang sekali. Well. Alhamdullillah. Mujur Zurinahidayah nih free tau. So aku pun bagi lah nama Zurin nih kat Azmira.

Settle hal tuh. Now masa dekat KPO, baru aku tahu orang panggil Zurin nih Kak Long. So, aku pun nak lah jugak panggil Kak Long. Acam best je kan. Ye laaa. Kak Long nih sebaya aku jer pun. Asek tersasul nak berkakak dengan dia je. Sebab nya junior junior lah nih asek akak akak akak! So far, masa aku berkursus 3 hari dua malam tuh, Kak Long banyak bagi idea dan banyak membantu aku. Secara tak langsung memudahkan kerja aku.

Dah balik semula ke KPO. Well, KPO nih banyak membantu Majlis Tertinggi Persatuan/Kelab dalam merancang program/aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester. Apa yang aku boleh komen antara KPO 1.0 dengan KPO 2.0, well MPP dah banyak lakukan penambahbaikan. Program berjalan lancar. Flow smooth jer. Template Takwim dah diedarkan awal, semua orang pun tak stress nak berkursus. Cuma pengisian macam kurang sikit lah. Mungkin sebab masa tak mengizinkan. Tapi apa pun aku tabik lah dengan MPP.

Paling best aku jumpa balik MT Persatuan lain. Antara yang aku rapat, Iman from MASA, Marketing Student Association. Kitorang satu bilik lagi. Oh bukan bilik. Tapi Dorm. Dalam tuh ada 12 orang. Aku kenal jugak MT baru yang baru attend kursus tuh. Cuma tak kenal sangat lah kan. Sessi Taaruf takde plak masa tuh.

Haa. panjang sangat aku bebelkan? Sebenarnya tadi lepas Isyak aku tidur sebab kepala sakit sangat. Dalam pukul 11:00 pm aku bangun, mandi mandi dan settlekan Assignment. So skang dah pukul 5:00 lebih, Journal pun dah dapat, Survey Questionnaire BEL pun dah setel. Sempat jugak aku buat Timetable yang fancy fancy. Lagi ape eh? Banyak lah jugak kerja da settle. Cuma esok kelas start jam 3:00 pm. ingatkan nak lepak library settlekan proposal Health.

So aku stop sini lah eh. 

Muka konon suci kan aku nih hahaha.

Edit kemain ekk?

Hai, Kapten Zurin dan Co Pilot Uyul bakal berlepas ke Planet Pluto.

Muka muka happy masa sukaneka.

Kan dah putih melepak.

Ada jugak ekk gambar berdua? Tak pelaaa masukkan je ok?
hahaha

So guys.

Jom layan Youtube bawah nih.
Budak GRADE yang buat montaj nih.
GRADE stand for Grafic Design Club.


kbai~~

Yang dah mengantuk tapi masih nak update blog, 
Aku, perempuan pailang yang cuba bangkit.