Triangulate? Kejadah ape doe. Well, aku nih benda lawo pada mata aku, semua aku nampak cantik. No wonder lah kan sebab aku bukan jenis manusia yang shopping dua tiga hari untuk cari sepasang dress. Sebab dah nampak cantik pada mata aku, terus aku sapu. Dalam erti kata lain, aku tak CEREWET lah.  

Back to topic. Apa itu Triangulate? Bergaduh doe aku dengan en.Merah. Aku jumpa Triangulate nih dekat  ---> IG Dribblack. So aku pun mintak lah en.Merah buatkan Dribblack nih. Mati mati lah kan, aku asek sebut DribblackDribblackDribblack. 

Terus en.Merah kata, BUKANLAH! INI TRIANGULATE! DRIBBLACK TUH OWNER IG TUH! Okefoine dah termalu. 


Patutlah kan, en.Merah balas chat Line aku lambat. 
Kadang tuh dua tiga kali haaa aku chat baru berbalas. 
Rupa rupanya. 
Haaaa ini haaa kojer dia.

Kantoi masa aku skodeng IG dia lah nih.
Ohhh TERHARUNYAAA kite!





So amacam? Amatur buat. Memang tak cukup halus lah kan. So, aku pun bagi lah kata semangat sikit kan. Then dia buat lah lagi kan. Dia buat gambar aku lak tuh. Terharu doe! Ye lar dia try buat sampai pandai guna gambar aku tau. Berani lah dia guna gambar perempuan lain. Jeles aku nanti tau. Hamboi kau Uyul. Hahaha.

Meh aku bagi korang tengok mana Triangulate yang dia dah siapkan.



Nih gambar time Diploma nih. 
Aku ingat lagi.
Nih masa Part 3 kot.
Rasanya time nih snap gune iPod jer.

Lawoooonya Triangulate nih hoi!!



\

Gambar nih aku tak tahu bila pulak en.Merah snap.
Handsome pulakk aihh aku nengok
Dah jadi Wallpaper iPhone pungg.

See.


Haaa TERHARU TAK en.Merah ku sayang?
Choiii!




Haaa nih pulak gambau baru snap petang tadi masa nak keluar dengan Omak Den.
Macam menawan tantikkk je kan.
Oke perasan!


Well. Ini pun dah cukup membanggakan aku dah tau.
Rasa macam en.Merah nih anugerah Tuhan paling indah dalam hidup aku.
Mintak jela buat ape pun.
Kalau memang dah bidang dia, memang boleh je dia buat.

Last aku skodeng Dropbox, en.Merah ada save file ni dalam Dropbox kitorang.
Yang nih macam tak siap lagi jerkk.
Dia buat iPod rasanya.



Hamekk kau.
Adobe Illustrator dia guna haaa.
Thumbupss sayang!
I know you can do it.

Kalau rasa bidang nih boleh bawak dia pergi jauh, aku dengan berbesar hati akan sokong apa jua bidang yang dia nak ceburi.

In Shaa Allah lepas Degree nanti memang aku nak bukak business printing.
And this will be one of our business. 
In Shaa Allah. Amin.

Oke lah. 
Dah jam 4:18 am yayyy dah nak pagi!
Kejap lagi nak siapkan sarapan pagi Dekbil dengan Adik.
Nanti aku update entry lain oke.

Nunyte peeps!


Yang TERHARU SANGAT,
BamBam Awak, Faizi Redza hoi.





Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

 tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Kaki masih gah naik turun tangga bas. Kalau pun ada transport, cuma Motor KRISS100 Abah. Apa nak buat, aku takde kereta, takde motor sendiri. BERSYUKUR. Tiba tiba nak cerita pasal BERSYUKUR. Bersyukur kah aku? Cukup REDHA kah aku? Cukup cukup kah aku dengan rezeki Allah bagi? Mungkin korang bosan kan kalau aku asek cerita pasal en.Merah jer. Tak abes abes up status pasal en.Merah. Macam aku sorang jer lah yang ada boyprennn. So guys, if you don't mind, aku teringin nak cerita pasal adik adik aku. Dah besar panjang dah masing-masing. Hurm.

LET BEGIN.

..Bismillahirahmanirahim..

First, bawah aku, Muhammad Nur Hadi. Adik lelaki pertama aku dan merupakan MANAGER di Pizza Hut, sudah berkereta. Motor pun dah ada. Rumah? Aku tak tahu either dia dah beli rumah senyap senyap or tak. Sudah berpunya. Kalau ada rezeki, tahun depan naik pelamin. Ohhh.. dia berusia 23 tahun. Selain pengurus di Outlet PH, dia juga sedang menguruskan tender Vegie bersama-sama Mak untuk diedarkan ke Outlet sekitar Batu Pahat, Muar dan Kluang. Alhamdullillah, aku tengok business dia run smoothly. Syukur tengok Mak bersengkang mata sama sama dengan dia uruskan business tuh. Dia sudah punya tanah tapi aku tak tahu berapa ekar. Bestkan? Everything in his hand. Its quite impressive to me. He got everything in just his 23 years old. Bagi aku, dia dah cukup sempurna untuk menjadi seorang suami. I means, da cukup bersedia lah. Mungkin dia ade personal saving yang semua orang tak tahu kan. Ye lar nak jadi suami orang. Kalau betul dah cukup simpanan, alhamdullilah. Next year boleh lah naik pelamin. Amin.

********************

Nurulatiqah. Berusia 22 tahun. Sudah bersuami. Bulan 6 tahun lepas selamat diijabkabulkan. Oh ye, adik ipar aku merangkap rakan sekerja dia jugak dan rakan sekerja aku jugak lah. Kenal pun masa kerja kt Pizza Hut BP Mall. Alhamdullillah. Walaupun mereka masih menyewa, tapi dah ada Toyota Vios. Suami dia pun ada Motor besar, aku tak tahu model ape. Tapi aku teringin jugak lah nak bawak, sebab motor motor besar nih idaman aku sebenanrnya. In Shaa Allah, one fine day. Aku akan ada jugak Motor Idaman aku kan kan. Btw, adik aku masih belum ada anak. Takde rezeki lagi. Dua kali gugur. Rezeki Tuhan bagi kan, nak buat macam mana Tuhan lebih sayang anak dia.

********************

Hurm. Adik nombor 3 aku, Muhammad Zulfadhli. Berusia 21 tahun. Well, dia pun dah jadi suami orang. Anak nak masuk 2 dah. Terkejut? Yes. Aku tak tipu. Dia nikah lepas SPM masa usia dia 18 tahun. Dah jodoh kan. Kun fayakun. Allah dah tetapkan jodoh awal untuk dia. So anak nak masuk dua orang. Aku tengok dah matang dah dalam berfikir. Dah jadi Baba kan. Kalau tak matang lagi, tak tahu nak kata apa. Tapi kalau korang tengok dia sekarang pun, memang tak macam usia 21 tahun. Dia kenal wife dia pun dekat Pizza Hut jugak. Satu tempat kerja. In Shaa Allah, akhir bulan nih, dapat lah aku anak sedara nombor 2. Harap harapnya perempuan lah ye. Ada sepasang dah nanti. 

So.. 3 orang adik aku yang bawah aku nih, semua kenal pasangan masing masing di Pizza Hut. Selalu aku cakap kat dorang, "Nasib baik lah pakwe aku bukan jumpa kat Pizza Hut jugak." Haha.

********************

Yang nombor 4, Nurdiyana, 20 tahun. Sekarang masih belajar kat INSTEDT. Amik Legal Secretary. In Shaa Allah sem depan dia dah nak praktikal. Lepas tuh boleh lah sambung Degree kalau dia nak. Aku tak banyak cerita sangat pasal dia. Sebab jarang jumpa. Ye laaa aku balik pun jarang jarang.

********************

Next, Nurdiyana Nabilah. Dia amik SPM tahun nih. Dia je lah harapan Mak yang tinggal. Antara adik beradik, bagi aku dia paling untung. Sebab dia paling pandai. So Mak Abah mengharapkan dia. PMR last 2 year pun dia dapat straight A. Impact besar kat family aku. Ye laa, mana ada lagi dalam adik beradik yang dapat straight A. Aku pun belajar tak pandai. So I hope, SPM nih dia boleh lah kekalkan prestasi dia. Dapatkan straight A jugak. Maknanya kene lah aku kumpul duit, belikan dia iPad. Dah berjanji kan. In Shaa Allah, jika Allah izinkan, straight A lah Dekbil.

********************

Adik bongsu aku, Muhammad Haziq Hanis. Darjah 3 sekarang. Paling bongsu kan. Apa je yang dia mintak, tak pernah tak dapat. Tapi nak compare zaman kanak kanak dia dengan zaman kanak kanak aku mana boleh. Zaman aku, Mak Abah tengah susah lagi. Bersengkang mata nak besarkan aku. Sekarang Mak Abah dah ada rezeki sikit nak bagi kesenangan pada adik adik aku.


Yes, aku anak sulung daripada 7 beradik. Berusia 24 tahun. Penuntut Tahun Akhir pada semester akan datang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat. Mempunyai seorang kawan rapat yang serapatnya merangkap special BF, en.Merah. Masih belum bertunang mahupun berkahwin. Masih milik tunggal Mak dan Abah. Masih terkial kial dalam hidup. Masih belum punya harta benda terutama sekali rumah. Masih menumpang teduh bersama Mak Abah. Masih tidak punya apa apa untuk dibangga.

Kadang kadang kan, kalau firasat jahat aku datang, aku mesti compare hidup aku dengan adik adik aku. Bagi aku, aku macam tak bertuah langsung. Punya lah berangan nak kawen awal, tapi adik beradik aku dah naik pelamin dulu. Punya lah nak ada kereta awal, adik adik aku dah lama tinggal tangga bas. Alahai aku jer lah yang masih naik turun tangga bas. Masih pinjam Motor Abah untuk ke mana mana. Kadang kadang aku rasa macam, Ya Allah haih. Kenapa aku tak bernasib baik seperti mereka.

Tapi kan, kalau nak fikir balik, kenapa aku compare hidup aku dengan mereka? Oh. Sebab aku anak sulung. Aku anak pertama. Sepatutnya aku dah lebih maju daripada adik adik aku. Aku rasa macam kosong. Tak de apa apa untuk dibangga. Kadang kadang aku give up. Kenapa aku takde macam apa yang adik adik aku ada. Aku tak rasa bersyukur langsung. Sampai aku rasa aku sepatut stop belajar, dan cari kerja dan punya segalanya macam adik adik aku. Atleast ada Motor ke kan. Ini langsung takde. Kadang nak tambah lagi firasat jahat, ohh tengok kawan kawan yang Mak Bapak belikan kereta ke motor ke kan, wahhh bestnya. Mewahnya dorang. Aku yang dapat ANC nih pun takde dapat hadiah kereta macam dorang.

Itu kalau aku ikut firasat jahat aku. Cuba belajar bersyukur sikit. Aku tinggal setahun jer lagi nak habis Degree. Lepas nih kerja lah. Kerja kuat kuat. Cari duit. Beli kereta beli rumah. Banggakan diri sendiri. Lepas tuh nak kawen, kawen lah. Itu pun kalau en.Merah sudi nak nikah dengan kau, Uyul oi. Manusia kan. Mana pernah cukup. Mana pernah puas. Aku selalu cakap kat diri aku. Sabar. Sabar. Sabar. Nanti dah kerja, beli lah kereta. Belilah apa pun yang aku nak. Sekarang fokus dulu study. Doalah banyak banyak dapat First Class Degree. Nanti tayah bayar PTPTN. Boleh jadi scholarship terus. 

So guys. Aku nih tak reti bersyukur ker? Aku memang selalu merungut. Tapi aku tak pernah stop pun study. Aku teruskan jugak usaha untuk jadi orang berjaya. Memang nampak aku mengeluh. Tapi aku tak pernah pun stop usaha semuanya. Aku sedar, Abah takkan bagi aku kereta even Kancil buruk sekali pun. Mak takkan hadiahkan aku Motor, even Motor Honda Kapcai sekalipun. Aku sedar Abah dan Mak takkan bagi pun apa yang aku nak. Sebab Motor atau Kereta adalah dua benda yang sangat mahal. Takpe. Aku tak mintak. Dan cukup cukup lah aku menyusahkan hidup Mak Abah selama ini.

Kepada adik adik aku, kalau korang baca post nih, ketahuilah. Beruntungnya korang, sudah terlepas daripada dosa berzina, tidak kira zina kecil atau zina besar. Dah ada hubungan yang halal. Dah ada kehidupan sendiri. Cuma jangan lupa, Mak dan Abah, dua manusia yang pernah besarkan korang.





Bie, whatever it is, aku tetap dengan kau. 
Susah senang kita sekarang, siapa tahu kan esok lusa.
Aku sayang kau bie.
Sayang masa kau susah.
Sayang masa senang kau.
Demi Allah.


notakaki : Kau kene sentiasa bersyukur, sebab rezeki kau, Allah yang bagi, Uyul.


Yang benar,
Aku.