Hurm, tips kali ini  yang aku rasa macam dah ketinggalan je la kan. Clorox usus korang dengan lemon. Istilah clorox tuh macam kejam sangat kan kan? Orang selalunya sebut DETOX tapi aku saja nak kasi gempak sikit, bubuh lah CLOROX. Kahkahkah oke-ta-klaka.

Disebabkan Mak sekarang dah ambik tender hantar vege ke Outlet Pizza Hut, makanya kalau ada lemon lemon lebih tuh kira rezeki aku lah ye. Memandangkan masih ada balance sebakul lagi, so aku cakap ler ke mak yang aku nak buat detox. 

Bila aku cakap kat Dekbil, dia dengan selenganya, "Haaa? Detokkk. Apanya kau nih Long?" Ewah si bengong nih, aku terajang jugak. Aku cakap DETOXXX bukan DETOKK!!


Apa itu DETOX??
Alaaa.. Aku cakap DETOX Dekbil tak paham, tahu pulak dia sebut DETOXIFICATION. 
Reti pulak dia cakap ada belajar kat sekolah. 
Sengal ko Dekbil. 
Meh sini aku explain in English jugakk!

DETOXIFICATION is a process of removal of toxic substances from human body.

Haaa! Hamekk! Baru kau paham ye Dekbil.




Fungsi dia tak lain tak bukan untuk membuang segala toksin toxic tokmak tokayah dalam badan!
Toksahh nak nipu tokmak tokayah pulak!

Oke, camni, aku just potong lemon tuh slice by slice dan masukkan dalam botol kaca.
Kalau ade Epal ke, Mangga ke, perghhhh wa cakap luuu lagi masyuk.
So kira macam peram lah lemon nih.
Aku peram dalam botol kaca, tuang air masak sikit, letak gula setengah sudu.
Simpan dalam fridge.

Taraaaa!!!

Dah boleh minum sebab dah sejuk gila bakhang.
Oke camni, kalau nak minum.
Tuang sikit je dalam gelas oke.
Lepas tuh sila tuang air suam kasi penuh gelas.

Kau cuba minum!
Perghhh!! Dia punya bau, buat aku telan air liur.
Masa nak  minum, merenyeh muka aku haaa tahan dia punya MASAM.

Lepas setengah jam aku minum, rasa macam nak terberyyy doe.
Memang betul cuci usus aku.
Takde ler sampai abes dia kasi cuci.
Tapi oke lahhh untuk kosongkan perut kan.

So guys!! Cepat ler beli Lemon.
Sebijik mak aku tolak harga kat Outlet Pizza Hut RM1.20.
Aku tak tahulah harga kat luar berapa.
Sebab aku dapat free jekkk pungg.

Terima kasih, Omakku sayang.


 Yang dah lapar nihhh,
Aku dengan detox ku.



Oke foine!! Aku dah grad. Baru Kak Fynn sampai Lendu. UiTM Lendu oke. Lendu! Memang tak berkesempatan langsunglah kalau ikutkan. Aku dah grad hoi. Dari duduk kampung sampai dah tercampak ke bandar. Ye laa. Dari UiTM Alor Gajah ke UiTM Bandar Melaka. Alahai.. Time ni lah Kak Fynn datang Lendu. Sodehhh gila babeng.. 

By the way. Kau tayah nak chonggg sangat Uyul. Setakat Bandar Melaka nak ke Lendu bukan makan berejam pun. Apa ada hal. Nak seribu daya tak nak seribu berdalih. So nak diikutkan, 26hb June tuh aku sedang bermood FE. Kalau ikutkan gap antara paper sebelum dan selepas that date hanya dua hari. So aku decide untuk study dulu paper AOM masa study week.

Tengok hok yang PINK je sebab BIRU tuh en.Merah punya.

Kita kene merancang FE dengan sebaiknya oke. So, disamping aku bercita-cita nak jumpa Kak Fynn, pelajaran mesti diutamakan jugak. Jangan main hembus je, abes result kau nanti Uyul oi. 

Hurm dipendekkan cerita. Aku sampai jugak Lendu sebelum magrib. Aku ke sana naik kereta bakal adik ipar aku. Memandangkan dia kerja masa tuh, so kawan aku dengan gf dia teman lah aku. So kami berempat lah pergi. Dorang nih classmate aku, Rezza Firdaus dan Nurana Faezah. Sebbaiklah si Nana nih ada. Kalau tak mati kutu jugak lah aku sensorang terkinja kinja. Thanks Nana dan Fahin Celup!

Nak dijadikan cerita, Kak Fynn sampai lambat masa tuh. Aku setia jugak lah nunggu. Walau jam dah nak nginjak ke angka 9:00 pm. Gedebak gedebuk. Akhirnya sampai jugak this cute family. Kak Fynn, Bongtri dan Nuna Tuna. Ohkey, EXCITED bakhanggg aku cakap kau.  Yela, kau jumpa someone yang inspired kau a lot. Bukan sedikit kot. Mau tak excited. Nak nak pulak aku duduk antara yang paling depan. Yang betul betul menghadap Kak Fynn.

Sumpah doe. Menitik airmata aku bila Kak Fynn start bercerita. Bukan kerana excited punya pasal. Tapi sebab segala yang Kak Fynn cerita, sedikit sebanyak sama macam perjalanan hidup aku. Bukan 100% sama lah tapi macam kau tengok wayang dan jalan ceritanya adalah berkisarkan hidupkan. Kau rasa tak macam kau sepatutnya ubah jalan hidup kau jadi lebih baik. Kau sepatutnya jadikan cerita hidup kau lebih sempurna dari apa yang kau lalui.  No matter what, no ones is perfect. And I am those who love imperfect. Acah acah konon, one fine day akan datang seorang lelaki yang perfectkan hidup aku. Macam Kak Fynn, ada Abang Tri dan plus plus plus Arjuna untuk lengkapkan hidup dia.


 

Antara ayat Kak Fynn yang paling aku suka, "Kita terlalu mengagungkan kawan kite berbanding kita yang sepatutnya di kawankan kita." Yes. Exactly. Aku dah tak nak jadi KAWAN yang mengagungkan kawan. Kau paham tak agungkan kawan macam mana? Kau terlalu jaga hati orang sampai kau terfikir tak, yang orang langsung tak kisah andai kau tak de pun dengan dorang. Kau kena fikir, tak semua orang suka kau jadi kawan dia. Mungkin untuk masa masa terdesak, yes. You did. Tapi tak semua orang suka untuk kau ada dengan dia. Mungkin kerana perangai kau yang kalah setan buat orang tak suka dengan kau.  For me, untuk apa buat orang suka kita. I dont need it. Mungkin kerana aku trauma. Trauma untuk buat orang suka aku. Sedangkan ke akhirnya, dalam kubur pun aku sorang sorang doe.


Nak dipendekkan cerita, so sampai lah masanya Kak Fynn baca soalan aku. 


Soalan : Institusi pendidikan dulu dan sekarang banyak perbezaannya. Peluang yang diberikan cukup mewah. Sehingga untuk melihat generasi muda sekarang tidak ke sekolah adalah sesuatu yang mustahil. Pada pendapat kak Fynn, bagaimana transformasi mahasiswa sekarang dapat menjadikan institusi pendidikan sebagai salah satu teras kehidupan dalam Malaysia khususnya?

So ini jawapan Kak Fynn. 



Nak cerita panjang panjang pun tak guna tol tak. Takpe, aku memang rakam from the start apa Kak Fynn cerita. Nak layan kat sini boleh, nak layan dekat Youtube pun boleh. Ikut korang lah.


Selamat menyelami diri sendiri korang!
Enjoy watching.


#notakaki : Oh, sorry. Baru sekarang aku nak update. Sebab rindu Kak Fynn kot. Tuh yang update. Love
you forever kak!

Salam sayang, 
Aku tanpa suami dan anak anak.







Rasa nak sambung entry yang lepas lah.
Sapa tak baca lagi, dah pergi ----> 2014 PART 1.

Rasanya takde lah benda yang best pun aku nak sambung cerita. Cuma mungkin aku rasa perlu untuk aku masukkan cerita nih dalam blog. Atleast, if one day, Allah give me amnesia, boleh jugak godeh godeh blog I yang bercapuk bersarang tebuan nih. Itu pun kalau aku ingat lah aku ada blog. Kahkahkah TAK LAWAK DOE.

Alaaa. Tak de apa pun. Cuma nak kongsi cerita pasal aku buat program dekat rumah anak yatim.  Tak pernah sebenarnya buat event berkonsepkan training nih. So bila Madam Mimi cakap kene conduct training program di rumah anak yatim, aku excited gila nak mati. Rasanya aku lah paling excited form group, call 2 3 rumah anak yatim sekitar Melaka.  Naseb menyebelahi, dalam sehari aku dah dapat confirmation untuk laksanakan tugas nih. 

Dipendekkan cerita, taraaa. Tempat program kami adalah di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah, Bukit Katil Melaka. Opps, sebelum terlupa. Ahli kumpulan aku cuma 13 orang. Separuh separuh haa Madam Mimi pecahkan. So bila Madam cakap je kene submit proposal, on that week, aku da submit. Memandangkan aku nak bagi peluang pada orang lain untuk jadi Ajk Tertinggi, so aku cuma bantu mana aku rasa perlu. Antaranya, aku finalize Proposal yang Bieha buat. Banyak lah jugak nak kene edit, sebab Bieha takde pengalaman buat proposal event.  Bila dah submit tuh, Madam Mimi puji lah pulak sebab proposal aku tuh concise dan complete. Alhamdullillah.  Senang lah kerja. Sebab kalau proposal awal awal kene reject, mau tak mati nak kene delay lagi. Nak dapat cop Puan Zaini sikit punya payah. Kelulusan HEA pun lambat nak tahu. Geram betul.

Hurm.. Bincang punya bincang. Persetujuan sudah dibuat. Program Semai Kasih Pupuk Cinta nih akan diadakan pada ketetapan berikut :


Antara aktiviti yang kitorang buat, Ice Breaking yang dihandle oleh Azie dan Ismail. Pahtu ade Bunga bunga Cinta yang dikelolakan oleh Zura dan Rina. Aku dengan Pika pulak handle Baloon Pop. Ain dan Bieha yang gila Running Man, handle Running Sketching. Lily dan Amirul handle Cabaran Tisu.  Ada jugak aktiviti Rakit Kita Bersama yang dikemudi oleh Hanna dan Jedot. Dan seterusnya Helmi handle Hikayat Abjad. Tak lupa jugak Cameran of the day, Faizi Redza.

Alhamdulillah. Tuhan permudahkan semua usaha kami dalam melaksanakan program ini. Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan mudah.  Adik adik pun sporting abes. Senang keje ahkak ahkak ahbang ahbang nih dik oi. Terima kasih sayang sayang semua. 

Apa yang paling berharga aku dapat dalam program nih? Selalunya persepsi orang tentang anak yatim, "Kesiannya. Takde Mak takde Ayah." Selalu kita rasa yang duduk di rumah anak yatim nih adalah kanak kanak malang. Tapi, after aku buat program kat sini, aku perhatikan, mereka sangat sangat beruntung. Duduk di rumah anak yatim yang punya ramai adik beradik, ada ummi, ada ibu, ada mak. Seronok. Tak nampak pun air muka anak anak yatim nih bermasalah. Mungkin pada awalnya sukar bagi mereka nak adapt dengan suasana baru, lebih lebih lagi baru kehilangan ahli keluarga kan. Tapi aku for sure, dorang sangat selesa dan terjaga apabila dah berada lama di sana. Ini sekadar pandangan aku. Hakikatnya aku tak pernah rasa duduk di rumah anak yatim. Jadi aku tak boleh nak selam 100% perasaan adik adik nih.

Dan satu lagi, paling aku kagum. Perghh.. Konfiden level adik adik nih sangat sangat tinggi. Kau bayangkanlah, mereka boleh lakukan semua aktiviti yang kitorang buat tanpa sebarang masalah. Senang je bagi mereka nak buat segala bagai aktiviti dalam kumpulan. Mungkin sebab mereka dah hidup bersama dah lama. Dah tahu perangai masing masing. Jadi takde masalah communication among them. Masa pengagihan kumpulan pun, takde lah macam pelajar UiTM, sebuk nak tukar tukar group. Steady je dorang bila dapat group masing masing. Bila bercakap di hadapan orang ramai pun mereka relax je. Kagum betul aku. Aku pun tak macam mereka.

Paling seronok bila Madam komen program kitorang. We all got full mark. Aku rasa semua kumpulan dapat full mark kot. Effort banyak doe labur dekat event nih. Madam ada lah jugak komen sikit sikit. Penambahbaikan untuk masa akan datang. Dan masa aku handle groupmate aku untuk buat report, alhamdullillah. They give high commitment on that. Tapi aku jugak lah macam nak mati, sebab nak kene compile 13 orang punya report. Pening jugak lah kepala hotak nih. But then, aku rasa sangat berbaloi sebab our group got 9 out of 10 mark on documentation. Ini menjadikan kitorang paling highest mark untuk training program. 29 over 30 hoi! Terima kasih Madam. 


Dah jom ler layan gambo. Bosan dah ye baca bebelan aku. Hahaha.


Sesi Ice Breaking akak abang Fasi. :)




*****
Ice Breaking by Azie dan Ismail.













*****
Bunga Bunga Cinta by Zura dan Rina.










*****
Balloon Pop by Pika dan aku.





*****
Running Sketching by Bieha dan Ain.




*****
Cabaran Tisu by Lily dan Amirul.





*****
Rakit Kita Bersama by Hanna dan Jedot.








*****
Hikayat Abjad by Helmi




*****
Kesian adik adik, kene denda. Hihihi.





*****
Nih lah dia Madam Mimi.
She is very sporting, adorable and I admire her.


*****
Majlis Penutup.
Adik adik dah get ready nak jawap Post Test.










*****
Alhamdullilah.
Feedback dari Madam sangat memberansangkan.






*****
Sikit je nih gambo #selfie kami.
Kahkahkah.






*****
Melepaskan lelah di Klebang.
Lega, segalanya selesai seperti dirancang.









Oke done.
Thanks for reading.


Yang BamBam,
Uyul
Pelajar Semester 4
Bachelor in Office Systems Management
UiTM Kampus Bandar Melaka