بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

السلام عليكم
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Kriukk Kriukk. Rumah papan itu berbunyi. Menandakan usianya sudah uzur. Lalang dan semak samun sudah semakin meninggi. Menjadi langsir semula jadi. Redup berteduhkan pokok tua yang hampir tumbang. Batuk kedengaran. Seorang pemuda keluar sedari subuh. Bukan satu atau dua pekerjaan yang dilakukannya. Selagi terdaya tubuh kurus itu, selagi keringat masih boleh dibanting untuk mencari sesuap nasi, dia tidak akan berhenti. Impiannya besar. Kepayahan hidup sedari dibangku sekolah lagi bukan halangan yang kecil. Tiada siapa peduli.

Mengharapkan yang lain memahami jauh sekali. Malah fitnahan dan caci maki semakin hari semakin banyak ditabur. Berdepan kepayahan hidup dengan penyakit yang dihadapi, dia masih mengharap masih ada yang sudi memahami. Namun sekali lagi, hanya kedengaran angin bertiup sunyi. Malam memandu lori. Penat lelah tetap ditempuhnya. Cekalnya semangat lelaki itu. Tengah harinya, berjalan mengutip tin tin kosong. Petangnya pergi ke rumah orang memasang apa yang boleh. Selagi ada waktu dia ingin berbakti.

Batuk itu bukan dibuat-buat. Tidak. Dia tidak mengharapkan simpati. Penyakit TIBI yang dihidapi semakin hari semakin teruk. Tidak. Bukan dia mengharap sesiapa menghulur bantuan. Memberi wang membeli ubatan. Tidak. Bukan dia meminta tumpang di rumah yang mewah. Cukup rumah yang selesa agar tidak perlu dia berada di persekitaran yang akan memudaratkan penyakitnya. Tidak. Bukan dia datang untuk meminta wang. Cuma datang meminta sedikit makan kerana tidak larat bangun pergi ke kerja. Tubuhnya semakin dimamah virus TIBI. Tidak. Dia tidak menangih najis itu. Tidak. Tapi fitnah terus dilempar. Saat dia hadir di majlis keluarganya. Tidak. Hanya datang untuk melihat-lihat sahaja tapi dihalau bagai anjing kurap. 

Harapannya besar. Impiannya setinggi langit. Terus berusaha. Tidak. Dia tidak pernah mengalah. Bukan tidak mahu ke sekolah semasa muda. Tidak. Dia hanya memikir orang tua yang susah membanting tulang menyekolahkan adik-adik. Tidak. Bukan tidak mahu menuntut ilmu. Dia cuma berkorban menyekolahkan adik-adiknya. Tiada siapa tahu. Tiada siapa mahu mendengar. Bila melihat kawan-kawannya memandu kereta mewah dia juga ingin memandu sebuah kereta. Ingin menjaga ibu dan ayahnya. Menghantar mereka ke mana saja. Tidak. Bukan dia inginkan sekelip mata. Usahanya besar. Sebesar impian murni itu.

Lelaki itu. Saat ajalnya sudah hampir tiba. Masih tiada siapa yang peduli. Sakitnya dari kecil. Tidak. Dia bukan seorang penagih. Saat itu dia masih mampu tersenyum. Di sudut bilik di hospital itu. Petang itu jadi saksi. Kata-kata terakhirnya masih terngiang. "Belajar betul-betul. Banggakan Mak. Banggakan Abah. Jangan jadi macam Pak Lang. Jangan susahkan orang". Tidak. Seumur hidupnya tidak pernah aku lihat dia sebesar zahrah pun menyusahkan yang lain. Tidak. Tidak. Tidak walau sekali.

Lelaki itu. Terlalu dahagakan kasih sayang kedua ibu bapanya. Terlalu sayangkan kedua ibu bapanya. Pernah dia berkata, "Kalaulah atuk kau boleh terima Pak Lang....." Tidak. Bukan dia mahukan perhatian. Cukup disayangi seperti orang lain. Lelaki itu. Walaupun hidupnya tidak pernah bahagia. Dia tetap cuba membahagiakan orang lain. Setiap kali tiba hari raya. Dia akan datang. Tapi tidak lama. Takut kegembiraan orang lain tercela kerana kehadirannya. Kini, bila tiba hari lebaran. Dia sudah tiada. Tidak. Bukan tidak rindu akan ibu ayahnya. Cuma Allah lebih menyayanginya.

Petang itu, aku lihat wajahnya tersenyum. Tidurnya nyenyak. Tidak seperti sebelum ini. Gembiranya dia dapat tidur di katil di rumah sendiri. Batuknya berkurang. Petang itu aku lihat matanya terbuka memandang aku lama. Nafasnya teratur. Bibirnya mengulum senyuman. Ayah yang dikasihi kini duduk bersebelahan. Senyumannya makin lebar. Syahdunya masih segar dalam ingatan. Lelaki itu akhirnya pergi. Dalam senyuman. Nur diwajahnya masih tergambar. Suaranya mengucap dua kalimah syahadah masih terngiang-ngiang. Lelaki itu. Dia istimewa.

Lelaki itu. Dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi. Tidak mempunyai rumah yang mewah. Harta yang banyak, mahupun wang yang banyak. Tapi siapa tahu sebelum pergi dia ada menyimpankan wang untuk ibu ayahnya. Perginya dalam tenang. Perginya tidak menyusahkan sesiapa. Lelaki itu. Dia istimewa. Lelaki itu. Dia cekal. Lelaki itu dialah yang menjadi inspirasi aku. 5 Ogos 2011. Hari itulah Allah menjemputnya. Untuk kembali kepada penciptanya semula. Diiringi kalimah syahadah dan laungan azan Zohor pada hari mulia, Jumaat di bulan Ramadhan. Masih ku ingat. Tenang sekali. Ya Allah, hanya doa yang mampu aku beri. 

Hari ini, ada yang menyingkap sejarah hidupnya. Ada yang bercerita tentang kecekalannya. Dia tidak pernah menagih. Dia tidak pernah menyentuh barang sehasta pun najis dadah itu. Lelaki itu. Mungkin sudah sampai ke Jannah Allah. Alhamdulillah.


Kredit : Nurdiyana Nabilah Binti Rosli
Edit : Nurulsyazwani Binti Rosli


Ramadhan bakal datang lagi. Kau sudah tenang disana. Aku? Kami semua yang masih hidup, masih berusaha untuk pergi ke jalanNya.  Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.. 






Assalamualaikum..

Sekadar update pendek.



16 Mei 2013

Sakit? 
Tidak. Saya kan kuat.

Darah menyembur?
Rasa nak pitam?
Tidak. Saya kan kuat.

Sipi lagi nak kene mata.
Buta? Tidak. Cuma kabur sahaja.

Parut? Ya! Berparut.
Cantik? Tidak! Tetapi cukup sampai tua akan kenang.
Terima kasih.

Dah macam Samseng jalanan pun ye.
Kata Minah Rempit.
Ye tak??





Terima kasih untuk hadiah Hari Guru paling mahal pernah diterima.
Terima kasih untuk PARUT yang kekal sampai tua.
Terima kasih untuk kekaburan mata kiri yang menyesakkan mata dan kepala.

Aku REDHA.
Pasrah.

Terima kasih.
Parut nih akan jadi GURU paling indah.
Ya paling INDAH. Terima kasih.

Pendosa seperti aku dihukum oleh manusia yang tidak sempurna.
Penghukum menghukum pendosa.
Sedangkan penghukum bukan Rabbi.
Terima kasih.

Maaf. Tipu sunat aku buat ramai ragu ragu.
Sekadar untuk menjaga aib agar tiada yang tercela.
Cukup orang terpenting sahaja tahu apa sudah terjadi.
Terima kasih.

Maaf aku bukan mahu membohong.
Sekadar malas nak menjawab.

Kbhai.~~









Assalamualaikum.


Sebenarnya masih berbahang lagi Keputusan Peperiksaan Akhir pelajar Diploma. 
Dan oleh itu, mahu kiranya aku berkongsi apa rahsia disebalik Anugerah Naib Canselor yang aku perolehi.
Sebelum tuh, nak ucap terima kasih kepada yang sudi lagi membaca entry di blog buruk nih.
Jasa mu dikenang selamanya. Eceh! 
Labayu sangat wahai readers.





*dalam gambar : Izzudin Rosley, Quza Malek, Mimi Suhaimi dan aku.*
Terima kasih Ahmad Faizi Redza sebab edit kasi cantik. Labayu yanggg!

1. TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA

Kajian mendapati, tidur yang cukup mampu memberikan rehat yang baik untuk otak. Percaya tak, aku pernah mengalami masalah Insomnia agak teruk. Malam memang tak mampu nak tidur. Jadinya waktu pagi mengantuk Nauzubillah. Terjadi masa aku Part 1 sampai pertengahan Part 3. Tidur memang tak stabil. Kejap boleh tidur, kejap paksa tidur tamau tidur. Untuk mengatasi masalah mengantuk, makanya lepas habis kelas, means petang lepas Zohor atau Asar, aku mesti kene tidur. Tapi kan, tidur petang nih tak bagus tau. Lagi lagi lepas Asar. Boleh mewarisi kegilaan. 

Entah macam mana, naik Part 4, iaitu lepas aku sewa dekat Taman Dimensi, masalah Insomnia aku dapat diatasi. Mungkin perubahan tempat tidur kot la kan. Yela, duduk Kolej, mana nak tidur awal. Dapat plak Level Mate semua kaki memekak *termasuk aku* Hamekkau! Sebenarnya Syukur sangat. Sebab memang sepanjang Part 4 sampai Part 5, asal balik rumah jam 10:30 je mesti mata dah layu. Terkejut tak aku balik lewat? Biasalah kaki Library macam aku memang stay Library sampai lewat.

Secara konklusinya, korang nak fokus dalam Kelas, kene cukup rehat, cukup tidur.  Memang masa aku Part 1 sampai Part 3 tuh, mengantuk dalam Kelas, tahan bijik mata yang nak terkeluar ni. Haish lepas tuh tak boleh nak fokus. Even, korang kata Result Part 1 sampai Part 3 aku agak gempak, tapi  Ya Allah, dia punya nak struggle tuh, Tuhan je tau. So, bila naik Part 4, memang jarang tidur lewat. Dalam kelas pun boleh Fokus dan belajar pun Study Smart je. :)



2. HORMAT DAN PATUH PADA ARAHAN CIKGU

Nak berkat hidup, hormat Mak Ayah, sayang Mak Ayah. Maka, kalau korang duk jauh dengan Mak Ayah, dekat IPT, secara rapatnya, Mak Ayah korang jatuh pada para pendidik. Cikgu korang, iaitu para pensyarah wajib dihormati dan korang kena patuh pada arahan mereka. Ishh, meluat macam mana pun korang pada cikgu korang, jangan sampai tak dapat keredhaan dan keberkatan ilmu yang korang dapat. 

Contoh, pernah aku digelar perkataan tak sopan oleh pensyarah aku. Memang menangis aku. Sedih, rasa maca hina sangat ke aku sebab tak boleh ikut cara dia mengajar? Aku takde lah sampai nak dendam. Malah aku yang minta maaf dekat beliau. Lepas dapat Result, perghh subjek dia paling cuak. Takut sangat Fail. Sampai aku cakap kat Roomate aku, aku takut Fail subjek dia. Tapi Alhamdullillah. Aku dapat A :) 

See, walau apa yang keluar dari mulut cikgu, baik ke jahat, ucap syukur. Bila mereka keluar perkataan tak baik, terima! Dan mohon maaf. Kadang-kadang manusia nih emosi dia tak stabil. Masa dia tengah stress, kita pulak tambah Stressor. Hormat kan mereka. Dan, kalau boleh setiap kali nak abes kelas, salam tangan cikgu. InsyaAllah, berkat belajar. Minta juga dihalalkan ilmu yang diberikan. 



3. TAHU SEBELUM DIBERITAHU

Hok yang nih, dalam bahasa mudahnya. Get ready dulu otak tuh, penuhkan dulu ilmu tuh sebelum masuk kelas. Maksud aku, sebelum cikgu mengajar, belek lah dulu buku tuh. Kan senang kalau cikgu tanya, dah boleh jawab. 

Aku bagi contoh. Masa Part 3, ada satu subjek Komputer (CSC). Ishh.. Nak kata aku pandai, tak ler. Tapi, cikgu aku masa tuh Sir Elimtiaz *yang ensem malah comel.* nih suka benor tanya soalan before dia ngajar. Dan dia pun suka nau masuk kelas Lewat. So, aku amik kesempatan baca dulu buku tebal tuh. Then, bila dia tanya soalan, memang suara aku je yang jawab. Sampai classmate pun nganjing nganjing kat belakang. Tapi takpe, itu MOTIVASI! Haha.. 

Jadinya, standby dulu sebelum masuk kelas. Macam korang bawa keta, takde minyak, mana nak pergi jauh ye tak?



4. BUAT KERJA JANGAN LAST MINUTE

Oke, yang nih aku memang pantang kalau buat kerja last minit. Haish.. Aku bukan nak kata apa. Sepanjang belajar di UiTM, memang benda nih mengajar aku jadi nombor satu! Aku suka jadi nombor satu siap kerjarumah cikgu bagi. Sebab? Nak tunggu due date baru buat, lepas tuh terhegeh hegeh nak print lah, apa laaa.. Kerja pun bantai siap je. Alahai, bukan pesen aku. 

Memang, kalau grouping, susah nak dapatkan kerjasama semua team.  Alahai, takde orang marah kalau kita lantik diri sendiri jadi ketua. Bodoh je kalau bergaduh sebab nak jadi ketua buat assignment.  Sejak Part 2 sampai Part 5, team Assignment aku tak lain cuma Syamimi dan Quzaimah. So far, kalau antara kitorang tak gerak buat assignment, salah sorang mesti ingatkan. Internal problem memang la ada. Sape kata kitorang tak pernah bertekak. Cuma, positif je la, dan be professional nak siapkan sesuatu tugasan tuh. Kebiasaannya, memang group kita First Group yang submit Assignment. 

Nak nak kalau Submission Date assignment nak dekat dengan Quiz or Test, kitorang memang laju siapkan Assignment. Sebab? Huishhh.. Nak cover Test lagi, mana sempat kalau buat kerja last minit. Ye tak? Kalau boleh, first day masuk kelas nak tau ape assignment yang bakal ada. Haha.. Itulah kitorang. :)

Dan, korang kalau nak cari team Assignment, cari yang boleh harap. Bukan yang makan usaha kederat korang then dapat A senang senang. Dan korang plak dua kali lima, memang hancus jawab nya. Haaa! Satu lagi, AKU PANTANG ORANG COPY PASTE ASSIGNMENT ORANG LAIN!! Ingat ye, Plagarism ni satu DOSA! Hahaha!~



5. ISTIQAMAH, DISPLIN DAN BERMURAH HATI

Istiqamah iaitu berterusan. Jangan sekerat jalan. Kang aku kerat kaki tangan kau! Belajar nih kalau hangat hangat tahi ayam, baik jadi ayam. Belajar kene displinkan diri rajin datang kelas. Rasanya sepanjang aku belajar, tak pernah tak ponteng. Sikit sikit aku kene pergi Hospital la, checkup la.. Tapi Alhamdullilah, masa Part 5, 2 kali je MC. Displin sangat penting. Atleast kalau korang datang kelas, korang dapat 1/3 ilmu cikgu bagi pun dah cukup daripada takde kan? Kalau tak datang nak dapat 0.5/3 pn takde deee! Kalau susah sangat nak bangun pagi, korang Displin diri jangan tinggal Solat Subuh. Dalam kalangan Housemate aku, aku lah orang pertama yang bangun. Sebelum Jam 6 dah bangun, even kelas Jam 10:30. Sebab nak displinkan diri bangun awal nih susah ye kawan kawan.

Apa yang dimaksudkan bermurah hati? Jangan kedeeeekkk ilmu. Ilmu ada kongsi. Walaupun kita mintak tolong orang lain, tapi orang lain nak tak nak je ajar kita, jangan marah dia. Korang, TAK SEMUA ORANG ADA BAKAT MENGAJAR DAN BERSABAR. Aku? Alhamdullillah.. Dari zaman duduk Asrama SekMenTekMuo, memang Tuhan kurniakan kreativiti mengajar. *Tapi aku tak layak jadi cikgu ye* 

Ada sesetengah orang, kalau kawan ajar, senang je nak masuk. Kalau cikgu ajar, masyaAllah, macam susah. Kebanyakkan kawan kawan aku, macam tuh. Mungkin sebab kawan ni lebih senang nak berinteraksi. So, aku kalau mana yang aku mampu, aku ajar lah dorang. Paling best masa Part 5, ajar Akaun kat kawan kawan. Mula mula tuh, aku giveup jugak dengan subjek nih. Yela, sumpah tak minat. Kalau minat tak la aku lari dari UiTM Segamat sebab takley bawak Akaun. 

Korang tak perlu Master sesuatu subjek tuh nak ajar kawan. Mana yang korang paham, korang terangkan balik kat mereka. InsyaAllah, kalau mereka paham, bermakna sampai lah ilmu korang pada mereka. Double triple korang kan paham kalau korang tolong kawan lain. Contoh macam Akaun kan, aku ajar tak ramai, ada dalam 3 kumpulan. Setiap kumpulan tuh aku maximumkan 5 orang je. Sebab susah nak ajar ramai ramai. Syukur, so far aku tanya dorang, result dorang membanggakan. Sebenarnya, kawan kawan aku yang belajar dengan aku, semuanya pandai pandai. Dorang cuma tak cukup latihan je. 

Haa!! Kalau dah tahu kita lemah dalam sesuatu subjek tuh, jangan malas study! Buat banyak banyak Past Year. Lagi lagi subjek kira-kira! Siyesly, macam nak menangis kalau ingat balik macam mana aku dengan en.Merah study Akaun, perghh!!



6. RESTU MAK ABAH

Jangan sombong! Jangan malu nak mintak mak abah doakan kita.  Setiap kali nak Exam, hish tak kira lah sekecik kecik Quiz tuh, aku mesti tepon mak mintak mak doakan. Lepas abes pun aku tepon balik. Dan kalau susah, aku cakap kat mak. "Mak doakan, soalan susah sangat. Tadi tak dapat jawab dengan baik." Eh, kompom mak cakap, kenapa tak buat betul betul.  

Korang, doa ibu bapa ni memang masyuk! Tuhan senang nak makbulkan. Tapi kalau tak termakbul, korang jangan salah kan Mak Abah tak doakan, mungkin korang tak usaha, lepas tuh senang senang mintak Mak Abah usahakan doa. Memang itakkkk lerrr Tuhan nak bagi. Jangan buruk sangka dengan Tuhan, Mak Abah.. Buruk sangka pada diri sendiri okeng.. :)



7. DOA DAN BERTAWAKAL

Selalu kalau pagi pagi, memang aku bukak Surah Ar Rahman. *Terima kasih en.Merah sebab letak Apps Al-Quran dalam iPhone ni.* Surah Ar Rahman nih aku amalkan sejak SPM lagi. Masa tuh, cikgu Biologi aku mesti suruh baca 5 ayat terawal Surah Ar Rahman nih lepas baca doa belajar. Memang sejak duduk Asrama, macam macam ilmu Agama aku dapat. So, memang setiap kali lepas Solat, aku baca Surah nih dan berdoa semoga apa yang aku hajati tercapai.



Antara doa aku masa zaman SPM, "Ya Allah, aku tak dapat banyak A pun tak per laa, asalkan aku dapat Masuk Universiti." Alhamdullilahhh.. Termakbul. :)

Dan antara doa aku masa zaman Kampus, "Ya Allah, aku mahukan keputusan peperiksaan yang membanggakan Mak Abah. Aku mahukan ANC Ya Allah." Alhamdullillah, rezeki Tuhan yang tidak pernah kedekut dengan hambaNya. Cuma hambaNya selalu lalai mengingatinya. 

Maka, aku turunkan resepi kejayaan nih kepada Dekbil. Dan, setiap kali dia study, memang aku dengar bacaan Al-Quran teman dia study. :) Samalah macam aku. Lebih suka dengar ayat Al Quran daripada suara Jastinggg Bibiqq! 


Oke? 
Done! 7 TIPS BELAJAR SECARA CEMERLANG. 
Semoga entry ini dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam pelajaran.

Goodluck korang ! !

kbai~~




Assalamualaikum..


Okeyh, memandangkan esok Off Day. 
Maka malam ini dengan berbesar hati aku menghapdate blog.

Sebelum tuh nak kasi tahu.
Aku kerja Part Time kat Mr. Magic.
Mengisi masa lapang sambil merehatkan diri yang panjang.

First sekali. 
Tahniah dulu kepada semua Mahasiswa/siswi UiTM Di Hatiku.

Kepada yang Dean List.
Kepada yang tidak peroleh seperti yang dikehendaki.
Kepada yang beroleh peningkatan.
Kepada yang kecundang.

Tahniah, usaha kita sudah terbayar.
Tuhan sudah tetapkan, keputusan peperiksaan ini adalah usaha kita.
Jangan sedih, jangan hiba, jangan cepat putus asa.
Rezeki Tuhan bagi, tidak sekarang, esok lusa akan ada manisnya.
Setiap yang berlaku sudah termaktub di perlembagaan Tuhan.
Tuhan ADIL. Bersangka baik lah dengan Nya.

Gagal? Jangan hina Cikgu. 
Gagal? Jangan salahkan Tuhan.
Tanya diri, cukupkah usaha doa dan tawakal kita padaNya?

Berjaya? Jangan girang sangat.
Berjaya? Kejayaan itu sebenarnya milik Allah.
Jika dia berkehendakkan, dia akan tarik balik.

Selalu kita dengar gagal sekali, tidak semesti gagal selamanya.
Maka, berjaya sekali, tidak semesti berjaya selamanya.
Jika selalu kita berjaya, mungkin sekali kita tersungkur, itu bukti peringatan dari Tuhan.
Bersyukur. Tuhan caring pasal kita. Bila CARE makna Tuhan SAYANG.

Peristiwa di sebalik kejayaan aku hari ini.

 *pause*

Sebelum itu, tutup minda sekejap, dengar dengan teliti, pahamkan baru mencelah.

*sambung*

Kejayaan aku peroleh Vice Canselor Award, adalah kerana kegagalan aku suatu ketika dahulu.

Di mana masa tuh, mak sebak. Mak sedih.
Mak marah aku stop study.
Bukan sekali, bahkan dua kali.
Mak terus terusan menyalahkan aku.

Aku tukar khusus, Akauntansi.
Disebabkan aku rase tak daya nak teruskan, aku berhenti.
Bila mak tanya kenapa tak balik kampung, aku jawab ada kerja.
Padahal aku memang bekerja di Kuala Lumpur.
Masa tuh, Tuhan sahaja tahu, betapa aku semuda 19 tahun.
Seorang di Bumi KL. Tanpa kawan. Tanpa teman.

Setelah 4 bulan, tembelang pecah.
Mak tahu juga rahsia ini.

Sedih. Aku sedih buat mak sedih.
Aku anak sulong. Tapi aku tak macam Kak Long..

Giveup? Yes.
Aku tekad tidak mahu belajar semula.
Tidak mahu menyusahkan mak dan abah.
Tetapi...
Entah macam mana, aku mohon UiTM sekali lagi.

Dan rezeki. Aku di bumi Melaka.

Sejak tuh aku tekad kan hati. Kentalkan jiwa.
Aku ingin tebus segala dosa.


2 tahun setengah...

Akhirnya...

Alhamdullillah..

Berkat 5 Semester tahan sabar. Tahan dugaan.
Manis takkan ada selagi Tuhan tidak datangkan hempedu.

Pahit manis di UiTM.

Bermula dengan makian, cacian rakan sebaya yang tak berapa nak sebaya.
*Lupakan hal itu, aku tak nak ingat langsung sejarah aku dipulaukan.*

Tak kisah. Aku cuma datang nak belajar, tebus dosa pada mak dan abah.
Bukan nak cari kawan, yang hadir cuma 5 semester.
Cukup seorang dua yang ada.
Tak perlu ramai.

Aku mula bangkit, dari satu hari ke satu hari.

Dan akhirnya aku dipertemukan dengan jejaka yang tak berapa nak jejaka.
*maksud aku, jejaka yang digilai perempuan comel. sumpah jejaka tuh comel.*

Aku ditemukan dengan dia yang sentiasa ada disisi.
Menjadi pendengar setia, mengajar erti kawan lawan dan cinta.
Dia yang sentiasa menaikkan semangat aku siang dan malam untuk terus bercita cita.

Terima kasih Cinta. Kerana kau pembakar semangat aku di kala aku keseorangan.



9 Mei, aku melonjak gembira.

Dua kali.

Pertama, sewaktu Email berbunyi di iPhone.

Oh! Kekasihku Dean List!

Alhamdullillah.. 
Usaha di hujung hujung Diploma yang meletakkan dia bergraduasi sebagai
pemegang Diploma dengan satu Dekan.

Setengah jam, aku gentar.

Takut. Sedih kalau aku tidak Dean List seperti dia.
Setengah jam rasa seperti beribu tahun.
Menangis. 
Takut jika aku tidak dapat membalas jasa mak abah dengan keputusan corot.

Dan.. *kelentinggg*

EMAIL!!!! 

Alhamdullillah...

VICE CANSELOR AWARD.

Mak Abah, rupanya kegagalan masa lampau adalah manis hari ini.

Ya Allah , Syukran.
Terasa berkat berdoa dengan surah Rahman Mu, Ya Allah.

Ya, aku menangis.
Seronok rupanya menangis dengan kemanisan.

Alhamdullillah..

Jika dibolehkan permintaan,
MOHON SUPAYA KONVO NANTI BIARLAH MAK DAN ABAH YANG BERGRADUASI.

Nikmatnya Ya Allah.


*kesat airmata*



** Sekian. Terima Kasih kerana sudi membaca rintihan aku malam ini.**










~~ AHMAD FAIZI REDZA BIN ROSLI ~~

Kekasih pengarang jantung buah hati tersayang !
Aku cinta kau !
Tahniah Bucukku! 
Tahniah untuk usaha keras kau yang membuahkan hasil!











Kbai.

Assalamualaikum.



Assalamualaikum..

Hari nih aku nak kongsi satu resipi mudah dan sangat simple.
Jom tengok bahan-bahannya.







Bahan-bahan (Sos Pasta)

Sos Prego (Aku pakai Prego Mushroom)
Bawang besar 3 ulas
Tomato 10 biji (potong dadu)
Cendawan Butang (dihiris) 
Sosej (potong kecil)
*Nak tambah yang lain, ikut sedap tekak korang.
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara (Sos Pasta)

First, korang blend bawang besar. *Aku pakai 3 ulas. Bawang lagi lebih, lagi manis masakan korang.*

Next, dadu dadukan Tomato. 
Kalau korang tak nak pakai buah Tomato, korang boleh guna readymade pes Tomato. 
Tapi nak rasa lebih masam, guna buah Tomato. 
So, tayah tambah air asam.

Lepastuh, aku guna Cendawan Butang. 
Hiris halus halus baru sedap. *Nih aku suruh adik aku hiris*
Oke, aku guna Sosej gak dalam Pasta nih. 
Untuk satu botol Prego tuh, aku cuma guna 6 batang Sosej. 
Banyak sangat tak sedap pulak.


Oke, done!

Sekarang, panaskan api.
Dah agak agak panas, korang masukkan bawang yang sudah diblend.
Tumis sehingga naik bau.

Oke, dah naik bau?
Masukkan Sosej dan Cendawan Butang.

Lepas tuh, masukkan Sos Prego.
Kacau dalam 5 minit.
Then, masukkan Tomato yang telah didadukan.
Masak sehingga Tomato hancur.

Jangan lupa garam secukup rasa.
Tabur secubit gula.
Masukkan juga Serbuk Cukup Rasa. Ikut korang lah nak masukkan ke tak.
*Aku memang gunakan dalam masakkan.*

Siap! Sos Pasta !




Bahan-bahan (Spageti)

Spageti (sebungkus)
1.5 liter air
Majerin (sesudu)
Garam (1/2 sudu)
Minyak masak (sesudu)


Cara-cara (Spageti)

Panaskan air di dalam periuk.
Apabila sudah menggelegak, masukkan Majerin, Garam, Minyak masak dan Spageti.






Rebus sehingga Spageti masak.
Tos dan hidangkan.




Selamat bergaduh periuk dan kuali. :)