Kebiasaan mengunyah ais (Pagophagia) ternyata mempunyai hubungan yang dekat dengan penyakit Anemia. Hubungan dekat yang dimaksudkan disini adalah ais menjadi tanda fizikal dalam mengetahui apakah seseorang menderita kekurangan sel darah merah atau tidak. Anemia adalah keadaan di mana apabila seseorang mempunyai jumlah sel darah merah di bawah normal (kekurangan pengeluaran sel darah merah). Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

Sebuah hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia yang sering mengunyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai batas normal. Tetapi hal ini ternyata mempunyai kesan negatif yaitu dapat membuatkan gigi anda cedera. Selain itu, mengunyah ais batu boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi yang boleh menyebabkan gigi mudah patah dan retak. Selain itu juga tubuh yang mengalami Anemia akan menunjukkan gejala seperti muka pucat, lelah/keletihan, kurang tenaga, mengantuk, sakit kepala, mudah penat bila bersukan, sukar memberikan konsentrasi, mudah lupa dan warna kulit tampak kekuningan, malah memberi kesan pada bahagian putih kornea mata.

Mayo Clinic juga menyatakan dalam laman webnya, walaupun latar belakang orang mengunyah ais belum diketahui, tetapi apabila seseorang mengambil ais dalam frekuensi yang kerap, sudah dapat dipastikan bahawa dia mengalami gejala Anemia. Sebagai maklumat tambahan, dalam dunia perubatan, kebiasaan mengunyah ais batu termasuk ke kategori Pica, iaitu masalah perubatan yang mencerminkan keinginan untuk makan sesuatu yang tidak mempunyai nilai pemakanan.

Hai laaa Dekbil...
Bukan sekadar ekau boleh bongkok akibat tulang bengkok, malahan, Anemia pulak.
Kesian pulak aku nengok Adik aku sorang nih. 
Suka nau kunyah Ais macam gula gula.
 Entry nih khas untuk ekau la Dekbil.


Sumber : Pakcik Google


Mandi air sejuk baik untuk kesihatan? Biar betul! Pasti korang korang dan korang tidak suka mandi air yang sejuk di pagi hari. Okay lupakan dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat.

Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.

Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting. Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.

Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.

Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.

Lihatlah air sejuk yang korang takut sangat nak mandi pepagi tu sebenarnya terdapat banyak kebaikan. Dah dah! Tayah beli heater okeng!

Sumber : Google