TIPS : MANDI AIR SEJUK BAIK UNTUK KESIHATAN

April 30, 2013



Mandi air sejuk baik untuk kesihatan? Biar betul! Pasti korang korang dan korang tidak suka mandi air yang sejuk di pagi hari. Okay lupakan dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat.

Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.

Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting. Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.

Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.

Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.

Lihatlah air sejuk yang korang takut sangat nak mandi pepagi tu sebenarnya terdapat banyak kebaikan. Dah dah! Tayah beli heater okeng!

Sumber : Google

You Might Also Like

6 000, 000 Pengkomen

  1. tq for sharing.adik memang mandi air sejuk awal -awal pagi.

    ReplyDelete
  2. orang dulu-dulu kata air pertama di pagi hari yang kita mandi tu adalah penawar..dan boleh berikan kesegaran pada kita tau..

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh,. ye betul.. mandi sebelum subuh boleh kurus

      Delete
  3. assalamualaikum uyul...betul tu mmg baik...masa mandi pula sebelum subuh lg baik kn...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. betul ma. org kata mandi sebelum subuh boleh kurus hehehe.

      Delete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>