BELAJAR BEKERJA BELAJAR SAMBIL BEKERJA

/
4 000 Comments
November 24, 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم

Anda masih belajar?
Anda sudah bekerja?
Anda belajar sambil bekerja?
Apa kebaikan dan keburukannya?


Walaupun siapa anda, samaada anda masih belajar mahupun sudah bekerja ataupun kedua-duanya sekali, yang menentukan masa depan anda adalah anda. Ceh, aku cakap dah macam cikgu-cikgu je gamaknya. Entry kali nih aku credit kat Syda Amanda. Tahu kenapa? Alaaa, sebab dia dapat tawaran bekerja di Sektor Kerajaan. Walauweyhh... Ada lagi dua sem belajar, dah dapat tawaran kerja. Untungnya. Aku nih tinggal satu sem pun tak dapat tawaran mana-mana. 

Actually, pagi tadi Syda Amanda atau nama sebenarnya adalah Nur Syahidah (*ceh nama Syahidah tapi diShortformkan jadi Syda. Siap ada Amanda. Nasib baik bukan Alamanda. Jangan marah oke Syda mok mok). Oke, macam nih... Pagi tadi dia suruh aku tengok Whatapps sebab dia nak cakap benda penting. Ada ke pagi-pagi main Tweet tweet dengan aku. Setelah aku menSetelkan Whatapps aku yang bengong sejak kebelakangan ini, then aku terima lah whatapps dari Syda nih. Before that, aku nak bitau uols, Syda nih merangkap junior aku. Kira aku Part 5 dia Part 4. Tapi dia sama batch dengan aku. Cuma masa aku Part 1, dia PraDip. Kitorang kenal masa MDS aka Minggu Destini Siswa. Alaa, macam orientation week la. Tak sangka, hubungan tuh kekal sampai lah aku dah nak grad. Eceh, bajet toi. Ada satu sem lagi sebenarnya.

Dipendekkan cerita, si Syda mok mok nih duk Whatapps aku cakap lah yang dia lepas nih dah tak belajar lagi. Sebab dia dah dapat tawaran kerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan under Kementerian Kesihatan. Haaa! Hamek kau, under Govern lagi. Cerah lah kan masa depan. Kerja Govern nih, untung sikit. Macam-macam kerajaan bagi untuk orang yang kerja dengan mereka. Gaji permulaan tuh memang lah rasa macam ciput je kan. Tapi atleast, macam-macam faedah dapat. Dengan bonusnya lagi. Hurm, aku cakaplah kat Syda, pergi kerja tuh. Sebab aku terasa rugi jugak lah. Masa aku Semester 2, aku dapat gak tawaran kerja Govern nih. Pembantu Juruaudit kat Pejabat Daerah Batu Pahat. Tapi aku terang tang tang lah tolak jawatan tuh, gara-gara nak habiskan study. Oke, aku stop dulu cerita nih.






Now, apa pandangan korang pulak?
Belajar, bekerja atau bekerja dan buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh)?

For me yang belajar asek pindah-pindah UiTM, tukar-tukar Course, aku rasa kalau aku dapat tawaran bekerja semasa belajar, aku akan habiskan belajar dulu. Sebab? Aku cuma takut apa yang aku nak tak dapat, yang dah ada berciciran pulak da. Haa, aku prefer belajar habiskan dulu. Antara sebabnya, aku nak buktikan kat family aku, student tukar tukar macam aku nih pun boleh Graduate dengan cemerlangnya. Eh, actually kalau boleh masa aku Konvo nanti aku nak suruh mak bapak aku yang naik atas pentas. *Moga-moga aku dapat hadiahkan ANC. Satu sem je lagi Uyul !

Haa, tuh pasal la aku tolak tawaran kerja tuh. Tapi korang tau, punya mengamuknya mak aku sebab aku tolak jawatan tuh. Kepada korang korang yang masih bergelar Student, belajar rajin-rajin. Usaha dan dapatkan keputusan peperiksaan yang amat membanggakan. Biarlah orang kata kita bangga diri, asalkan mak bapak kita bangga dengan kita. Takde lah rasa macam buang masa 3 tahun belajar then tak Grad On Time, ada tuh yang Dismissed. Salah siapa? Salah Tuhan ke sebab tak bagi kite rezeki durian runtuh? Tuhan akan berikan kita kejayaan jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Ye tak? So salah kite la kalau kite tak dapat apa yang kite nak. 



Bekerja dan belajar kemudian pulak?

Oke, yang nih ada. Tapi bukan batch aku laa. I means yang dah bekerjaya, dan ada yang dah berkeluarga. Kebiasaannya, golongan macam nih, dorang tak berkesempatan belajar masa zaman muda. Bila dah ada kerjaya sendiri, dah berduit, mereka plan untuk sambung belajar. Wooo woo.. Sapa kata belajar di usia lewat akan mempengaruhi keputusan peperiksaan kita? Oke, masa aku Part 2, dok study kat Library. Ada sorang akak nih, datang kat aku bawak buku MAT112. Aku egatkan lecturer tadi. Dengan handbagnya, dengan pakai blazernya bagai. Terkejut aku. Hamek kau, rupanya dia tanya nak tanya aku soalan. 

Oke, masa aku Part 2 akak tuh Part 1, atleast dia berusaha jugak cari orang mintak ajarkan. Aku pulak masa tuh tak berkesempatan nak ajar dia sebab masa tuh aku nak jumpa Ustazah. Biasa lah kan, time Study Week la aku akan menempel kat bilik lectuter. Oke, tuh habit aku. :) Tapi kan, sekarang since aku tinggal satu sem je pun, aku tak nampak dah akak tuh. Itu la kali pertama dan terakhir aku jumpa akak tuh. 

Korang tau apa kekangan kalau kite belajar di usia lanjut? I means macam akak tadi la. Oke, satu je. Susah nak sesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di mana majoritinya pelajar semua muda-mudi belaka. Tapi andai mereka-mereka ini berjaya mengatasi kekangan tersebut, mereka akan lebih sukses daripada orang lain. Jika di izinkan Allah, ianya tak mustahil, oke!  :)



Bagaimana pula dengan PJJ atau nama panjangnya Pengajian Jarak Jauh?

Yang ini pula amat disyorkan kepada orang yang berkerjaya nak sambung belajar dalam masa yang sama, dorang still nak teruskan bekerja. Aku dengar dari senior yang buat PJJ ni, banyak gak la kos yang perlu digunakan. Mana nak pikir duit minyak nya. Mana yang nak kene korbankan hujung minggu dengan study, Isnin sampai Jumaat dah penat bekerja, tambah lagi hujung minggu nak belajar. Untuk orang berkemampuan dan masih berkeinginan untuk belajar, semua nih tak jadi hal bagi mereka. Kena tabah sedikit lah nak abes kan belajar. Tapi aku salute la dengan orang macam ni. Pandai bahagikan masa antara belajar, kerja dan masa untuk diri sendiri. 


So apa pilihan anda?

Sebenarnya, apa yang jadi pada kita, di mana rezeki kita, semua dah tercatat di Lauh Mahfuz. Kita kecundang masa belajar, kita duk tukar-tukar Course masa belajar, loncat-loncat UiTM macam aku, semua tuh Tuhan dah tetapkan. Kita cuma pelakon, skrip semua Allah dah reka sehebat-hebatNya. Cuma kite je yang tinggal untuk melakonkannya di pentas dunia nih. Apa pun pilihan uols, yang mana masih belajar, belajar betul-betul. Yang mana sedang bekerja, ianya bukan klimaks kehidupan anda, semuanya masih permulaan. Kerja lagi banyak tekanan. Hadapinya dengan sabar. 


"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'du:11)







YOU MAY ALSO LIKE:

4 comments:

  1. Haha tengs kakak!!heee,dh kaji punye kaji,dh mntk pndpt dr pendidik,org yg lebih tua,dan berpengalaman,kbykan merka menggalakkan aq p keje,sbb dpt keje tetap,now nk dpt peluang mcm ni sgt ssh,aq terpaksa korban dlu blja,n continue stdy mei thun dpn,bia lmbt,b4 aq nk kawen ni elok la p stdy partime..dan ats dorong sir azmil yg byk bg nasihat,dan mngalakkan aq pergi kje,sgt bersyukur!selaen ibubapa,fmly,kwn2,aq solute lectrer cmgini!sbb dlu p keje pon wt pjj!dy pon grab keje n stdy!!so dy pon berpenglman mcm aq !!I'll miss u uyul!!t kte jmp ye!ko pon g satu sem :)

    ReplyDelete
  2. Beb! DO ur best oke.. Aku syg kau tau!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum uyul....semoga terus berjaya dlm lakukan apa jua...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mama. terima kasih maa.

      Delete

Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.